Tahun 2012...
"HWATTTTTT?" Medina terjerit kuat, ternganga luas mulutnya menampakkan anak tekak lepas dengar cerita Lorna.
Muka Lorna berkerut-kerut sebab risau tengok Medina terkejut amat. Janganlah Medina pengsan. Dia geli nak buat pernafasan dari mulut ke mulut.
"Are you serious?" Nada suara Medina belum lagi turun. Tinggi pitching nya hingga sumbang kat telinga.
Lorna angguk. Kesal. Bimbang. Cuak. Mampos!
Medina lepas keluhan berat. Dia terduduk atas bangku. Nafasnya ditarik perlahan. Cuba nak bertenang.
"You're dead, Lorna. Dead meatloaf. Kalaulah Geng Qiqi tau... abes ko kena bantai ngan kayu hoki."
Muka Lorna pucat. Putih macam keturunan Edward Cullen. "Apa aku nak buat ni, Dina? Dah terlajuk perahu!"
"Terlajak perahu jiran kau!" Tiba-tiba Medina marah balik. Terus dia berdiri sambil cekak pinggang hadap Lorna.
"Kau ni kan terlalu impulsive! Buat sesuatu tak fikir panjang. Too spontaneous. Boleh tak kau break sikit impulse kau tu?" Suara Medina tinggi balik.
"Sorry...." Suara Lorna perlahan. Lemah.
Sekali lagi Medina tarik nafas panjang. Cuba nak tenangkan diri. Kalau tak kerana Lorna tu sepupu tiri dia, dah lama dia tinggalkan Lorna dengan masalah barunya tu.
"Okey... kita kena cari jalan untuk batalkan challenge tu." Otak Medina mula berfikir laju macam roda berpusing. "Aku akan minta tolong Abang Redz."
"Abang Redz?" Bulat mata Lorna pandang Medina. "No Dina! No! Aku tamau libatkan dia lagi." Lorna geleng laju-laju. Dah banyak kali makan budi Redza. Nanti tergadai pulak body... eh... apa daaaa!
"Dia kenal Coach Fahmi. Mungkin dia boleh tolong pujuk Coach Fahmi supaya batalkan penyertaan kau." Medina masih nak cuba.
"It's too late, Dina. Organizer dah finalize kan event tu. Tak boleh tarik diri. It's just a jump." Lorna pasrah. Tak guna nak menyesal.
"It's just a jump you said?" Medina dah cekak pinggang sambil peluk tubuh pandang Lorna. "It's not simply a jump. It's a duet jump. Kau akan jump dengan Abang Zuan. In other words, your bodies will be tied together! Nasib baik Abang Zuan. Kalau orang lain yang kau tak kenal? Eh... tapi bukan itu masalahnya. Masalahnya kau nak JUMP, Lona! Kalau Ibu Layla tau, mampos kau!"
Lorna nak jatuh pengsan!
ALKISAH, bagaimana agaknya Lorna boleh terjebak dalam masalah ni?
Lorna, gadis yang suka pakai jean, kemeja kotak-kotak dan sneakers. Rambut panjang melepasi bahu yang selalu ditocang kuda. Memang fesyen Lorna sejak tadika lagi. Dan cermin mata rabun jauh tanpa bingkai tu buat Lorna nampak nerd. Udah la gaya dia macam tomboy walau berambut panjang.
Tapi di sebalik gaya nerd tomboy dia tu, Lorna sebenarnya thrill-seeker-adrenaline junkie. Hujung minggunya selalu dihabiskan di Kemensah redah denai dengan ATV bike. Kalau tak ke situ, dia panjat dinding. Kalau cuti panjang, dia panjat gunung. Kalau duit banyak, dia snorkeling, scuba diving dan kayaking kat mana-mana pulau.
YOU ARE READING
Sweet Vendetta [Published]
RomanceSebuah persahabatan.... "Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang nampak macam Ichigo Kurosaki. "Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck! S...