Bab 7 ~ Jump

42 0 0
                                    

TUBUH Lorna rasa melayang, bebas di udara seketika sebelum kepala dia hampir tenggelam ke dalam air dan kemudian ditarik naik ke udara semula. Waktu tu baru dia rasa jantung macam nak meloncat keluar dari mulut. Kecut siut! Semuanya berlaku macam sekelip mata. Rasa tak puas. Lain kali dia nak terjun sorang-sorang. Baru nikmat!

Lepas naik ke atas bot dan harness ditanggalkan barulah Redza pulangkan cermin mata dia. Ha...barulah nampak dunia. Tapi Lorna segan nak pandang muka Redza. Kulit muka dia rasa merah semacam. Rasa terbakar aje.

Bila dia jejak tanah, dengar kawan dia bersorak-sorak. Lorna buat-buat gembira dan sengih sambil tunjuk peace kat dua-dua tangan. Sebenarnya dia nak tutup rasa cuak. Dia nak cepat-cepat lari dari Redza.

"Lain kali kalau nak duet, panggil abang. Tak payah panggil orang lain. Abang tak izin lelaki lain peluk awak."

Rahang Lorna macam nak tertanggal dengar Redza cakap macam tu waktu dia lalu sebelah Lorna sebelum tuju ke bilik tukar pakaian.

Redza ni dah kenapa cakap macam tu? Jantung hati Lorna mula tak tentu arah balik. Dia dengan Redza memang dari dulu lagi janggal.

Dia mula kenal Redza masa ibu kahwin dengan Uncle Firhad, adik Mama Rose. Masa tu umur dia baru 8 tahun dan Redza dah 16 tahun. Dia tak pernah bertegur sapa dengan Redza kalau ada kenduri. Cuma bila Redza mula kerja dan dia mula belajar kat universiti yang sama dengan lelaki tu barulah mereka bertegur sapa. Tapi dalam keadaan janggal.

Walaupun jarang bertegur sapa, selalu juga Redza tu jadi bodyguard dan bouncer bila Lorna ditimpa masalah. Macam sekarang ni. Tapi semua bantuan tu melalui kabel iaitu Medina. Nak harap Lorna minta tolong sendiri? Memang tak la.

Anehnya, Lorna tak pernah anggap Redza macam abang walau pangkat mereka sepupu tiri. Dia anggap Redza lelaki asing. Dengan Medina, Lorna memang rapat macam adik-beradik. Sejak beberapa bulan ni, Lorna menumpang tinggal kat rumah Mama Rose jika cuti panjang.

Sebelum ni Lorna memang tinggal kat kolej sepenuh masa sebab ibu dan ayah dia ada di Singapura, bekerja. Hujung tahun ni mereka akan berpindah ke KL. Tak perlulah Lorna nak tumpang rumah Mama Rose lagi. Lagipun selama ni elok aje dia tinggal kat kolej. Entah kenapa sejak beberapa waktu ni, Mama Rose sibuk gesa dia pindah duduk dengan mereka.

Dan bila dia pindah masuk, Redza pindah keluar. Lega! Tak lah Lorna rasa segan-segan kalau balik cuti. Dapatlah dia buat rumah Mama Rose macam rumah dia sendiri. Tapi kebebasan tu sekejap aje la kan. Sejak semalam, Redza balik dan mereka terpaksa kongsi bilik air sebab bilik dia dengan bilik Redza bersebelahan dengan bilik air yang sama. Seksa bukan main! Nak masuk bilik air pun rasa segan-segan. Mata dia tak lepas-lepas pandang pintu bilik air yang menghala ke bilik Redza. Takut sangat kalau pintu tu terbuka walhal dia dah kunci dari dalam. Fobia tak kena gaya.

Panjang lamunan Lorna fikirkan hal dia dan Redza. Kenapalah sejak dia tahu Redza akan bantu dia dalam kes bungee jump bodoh ni dia banyak terfikir pasal Redza? Selama ni Redza tu dia anggap alien dari planet asing kut. Jarang benar nama lelaki tu nak menyinggah kat ingatan dia.

Tapi lepas kejadian jump tadi, setiap saat, nama Redza muncul. Dan sekarang tuan punya badan dah terpacak depan mata dia. Hensem yaww! Dah mandi dan tukar baju.

"Jom balik." Selamba aje Redza ajak dia. Memanglah tadi datang sama-sama. Tapi Lorna tak ada rancangan pun nak balik dengan Redza. Dia dah susun rancangan lain dengan kawan-kawannya.

Sweet Vendetta [Published]Where stories live. Discover now