Bab 8 ~ Jump

44 0 2
                                    

IBU dan ayah balik! Yippa! Dia dah tak payah seksa jiwa menumpang kat rumah Mama Rose. Rasanya dah tak larat kena ganggu dengan Redza. Redza yang mengayat kalah penglipur lara. Ngeri bila fikir Redza tunjuk sisi romantik dia. Sikit pun Lorna tak tergugat iman. Bertambah seram ada ler. Awkward duh! Sampai goosebumps satu badan.

Tapi rasa gembira yang dia rasa sekejap aje. Ala-ala satu saat.

"Ibu dan ayah akan ke Auckland. Maknanya Lona kena tinggal dengan Mama Rose... sampai abis belajar."

"Hwattt?" Lorna cakap sampai ketap gigi sambil kawal suara supaya tak tinggi. Kena la sopan sebab Mama Rose dan Papa Azlan ada.

"Zed ikut sekali?" Lorna jeling adik dia yang tengah sandar selamba kat badan dia sambil main iPad.

"Of course la kak. I'm underage. Kena duduk bawah ketiak ibu lama lagi." Sengaja Zed nak sakitkan hati Lorna.

Lorna terus sigung Zed dengan bahu dia sampai Zed melorot jatuh ke tepi. Tapi dia sempat capai keseimbangan dan elak jatuh tersembam atas lantai.

"Boleh tak kalau Lona nak duduk kat kolej aje?" Lorna beranikan diri buat permintaan berani mati.

"Absolutely not, young lady. Bahaya. Tak ada sesapa nak jaga Lona nanti." Ayah Firhad caras permintaan dia bulat-bulat.

"Lona dah besar la, ayah. Dah boleh jaga diri sendiri." Lorna buat-buat muka confident.

Ibu Layla geleng kepala. "Ibu tak percaya yang Lona boleh ikut peraturan yang ibu bagi dulu. Sebab ibu tau Lona ni thrill seeker. Thrills and you are inseparable. Mana la tau kat belakang ibu Lona dah buat bungee jump ke...."

Waktu tu Lorna dah perasan yang Redza tengah pandang arah mereka. Dia dan Medina tengah tengok TV kat ruang tamu sebelah sana. Konon tak mahu campur perbincangan anak beranak pakcik makcik kat sini.

Muka Lorna terus pucat. Jangan la Redza pecah rahsia. Dia tak kisah dengan Medina sebab sama-sama ada rahsia yang dijadikan cagaran.

"Ala ibu... jangan pening-pening fikir pasal kakak. Kahwin kan aje dia. Sure dia behave." Zed menyampuk tiba-tiba.

"Zed!" Lorna melaung. Terus dia terbangun dan Zed berguling tersembam atas lantai. Padan muka! Puas hati Lorna.

Tika tu Redza dah jalan ke arah mereka dan duduk sebelah Ayah Firhad. Tajam mata Lorna jeling lelaki muka selamba tu. Entah apa pula helah dia datang mengacau perbincangan keluarga Lorna.

"How's work, son?" Ayah Firhad tepuk bahu Redza.

                        Lorna mengeluh lega sebab topik kahwin dah bertukar serta-merta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lorna mengeluh lega sebab topik kahwin dah bertukar serta-merta. Dia duduk balik. Bila Zed nak tumpang sandar kat dia, terus dia tolak Zed jauh-jauh. Zed buat muka pada Lorna sebelum alih tempat ke ruang sana, duduk dengan Medina. Aman sket!

"Kerja okey... in fact... I've been promoted."

Terus riuh ruang tu dengan ucapan tahniah. Eleh...riak la tu. Lorna malas nak pandang muka Redza yang tiba-tiba jadi the apple of the eye semua orang.

"Abang Redz...dah naik pangkat mesti gaji bertambah, kan? Dah boleh kahwin tu!" Tiba-tiba Zed menyampuk lagi.

Mama Rose, Papa Azlan, Ibu Layla dan Ayah Firhad bersorak dengar cadangan si budak mentah tu. Gigi geraham akhir belum tumbuh ada hati nak nasihat orang suruh kahwin. Lorna malas nak dengar apa-apa. Dia bangun dan capai mug. Lepas bancuh air, dia nak senyap-senyap selinap masuk bilik. Layan pesbuk lagi baik. Masa kat dapur dia tak dengar lagi dah suara-suara orang kat ruang depan. Aman telinga. Lepas bancuh air, terjingkit-jingkit Lorna jalan tuju ke arah tangga. Harap-harap tak siapa nampak dia buat aksi lesap.

"I tak setuju!" Tiba-tiba suara Ibu Layla kuat.

Langkah Lorna mati. Dia intai ke ruang tamu sambil tangan kacau kopi kat dalam mug.

"She's too young. Only 20. Apa yang dia tau pasal hal rumah tangga?"

Huh? Apa ibu bebel ni? Lorna terus pasang telinga sambil sembunyi belakang dinding.

"She still a baby. My baby!" Ibu Layla makin emo. Apa hal lak ni?

"Layla... kita bukan nak kahwinkan dia dengan sesiapa. Kahwinkan dengan Redza aje. Hanya Redza aje yang layak untuk Lona."

"Hwatttt?" Lorna terjerit. Mug kat tangan terlepas dan pecah berderai. Air kopi panas terpercik kat kaki. "Ouchh!" Dia sambung jerit lagi kuat.

Semua orang berlarian ke dapur. Lorna dah terduduk sambil tekup kakinya.

"Masya-Allah budak bertuah ni!" Suara Ibu Layla tinggi. Panik dia lihat serpihan mug dan tumpahan air kopi panas.

Papa Azlan capai penyapu dan penyodok. Mama Rose pula masuk bilik air cari mop. Redza buka peti ais keluarkan sebiji telur ayam. Kemudian dia bertinggung di sisi Lorna. "Zed, hulur chopstick!" Dia hulur tangan pada Zed yang berdiri bersandar pada laci tempat Mama Rose simpan sudu bagai.

"Abang nak buat apa tu?" tanya Zed curiga sambil hulur chopstick yang dia baru ambik dari dalam laci.

"Kurangkan lecur." Dengan menggunakan chopstick, Redza tebuk kulit telur. "Tepi sikit tangan tu." Dia arahkan Lorna supaya jangan tekup lecur di kakinya.

Perlahan-lahan Lorna alih tangannya. Dan Redza tuang telur putih ke atas lecur. Dengan hati-hati dia ratakan telur putih ke seluruh lecur di kaki Lorna.

"Good job, young man!" Ayah Firhad tepuk bahu Redza. Bangga. Yakin. Memang Redza layak jadi menantu dia.

Semua orang bergerak tinggalkan dapur. Tinggal Zed sibuk memerhati. "Hurmm... kurang la hantaran kakak RM3000 sebab dah berparut."

Pantas tangan Lorna capai mangkuk plastik kat rak pinggan dan lempar pada Zed. Tapi Zed sempat larikan diri sebelum mangkuk bertukar jadi boomerang.

"Easy sayang... tak elok main baling-baling barang." Redza tahan senyum.

Lorna ketap gigi tahan rasa marah dan malu yang datang silih berganti. Dia tunduk aje pandang kesan lecur yang dah berbalut dengan cecair telur putih.

"Biarkan kering. Jangan basuh dulu," pesan Redza lalu bangun. Dia campak baki telur ke dalam tong sampah dan basuh tangan. Masa lap tangan, dia toleh ke arah Lorna yang masih terduduk atas lantai.

"Awak dah boleh bangun...atau awak nak duduk kat dapur ni sampai esok pagi?" Dia hampiri gadis tu. "Jom duduk depan." Dia hulur tangan pada Lorna.

"Tak nak. Lona nak duduk sini sampai telur tu kering. Kemudian basuh dan naik atas." Lorna cakap tanpa pandang muka Redza.

"Okey." Redza buka kabinet dan keluarkan mug. Kemudian dia buka penutup serbuk kopi. Lorna hanya memerhati dengan rasa hairan. Buat apa lagi lelaki ni? Sejak bila dia minum kopi?

Bila Redza duduk bersila depan dia dan hulurkan kopi, Lorna terus terkaku tak tau nak buat apa. Dia rasa sangat awkward dengan layanan mesra Redza! Sejak bila hubungan mereka bertukar mesra sampai tahap ni?

Sweet Vendetta [Published]Where stories live. Discover now