"ABANG... she's mine!"
Terangkat kening Raess dengar kata-kata keras adiknya. "Are you nuts? She's older than you and she is mine! Abang dah cop dia dulu!"
"Zuan tak peduli!" bantah Rezuan. "Dia milik Zuan. Abang tak boleh rampas dia!"
Raess ketawa tak percaya. "Eh budak kecik...kau jangan campur urusan abang. Nanti bengkak muka tu!" Raess bagi amaran sebelum masuk ke dalam keretanya. Dia terus pecut laju Camaro kuning. Orang panggil kereta Transformer. Tak banyak kereta tu atas jalan kat Malaysia ni.
Tadi lepas jumpa Naib Presiden, Raess sempat salah guna kuasa untuk dapatkan alamat Qisya. Jadi nama gadis tu Qisya Qistina? Bukan Abby Qistina seperti yang dia cakap dulu. Apa-apa ajelah. Janji sekarang dia dah dapat cari Qisya Qistina. Oh... betapa banyak betul kesalahan gadis tu padanya. Qisya bukan saja dah curi gambar intim dia. Malah Qisya dah fitnah dia depan adiknya sendiri.
Dan Zuan? Tidak! Dia tak akan benarkan adiknya terlibat dengan gadis licik seperti Qisya. Biar dia uruskan Qisya dengan cara dia sendiri. Entah apalah helah sebenar gadis licik ni?
QISYA tolak pintu sekuat-kuat hati. Tapi lagi kuat Raess tolak hingga dia terlentang atas lantai. Tak mau ulang kesilapan tadi, Raess kunci pintu dan sempat tarik meja konsol kat tepi dinding dan halang pintu. Sampai begitu sekali dia tak mahu gadis tu terlepas.
Qisya senyum mengejek. Rakus macam bapak dia. Ni la orang kata, bapak borek, anak rintik. Sepantas kilat Qisya bangun. Inilah masa yang dia tunggu! Dia yang akan lunyaikan Raess. Dia akan pastikan Raess tak akan ada zuriat dan kelelakian dia mati!
"I'm yours." Qisya depangkan tangan seolah-olah menjemput Raess. Dia tahu Raess mahukan dirinya sebab hari tu tak dapat.
Huh? Raess tercengang. Ni apa hal pulak tiba-tiba gadis ni macam menyerah kepadanya? Dia baru aje nak minta balik kesemua gambar-gambar yang dirakam dulu. Kalau boleh SIM card pun dia nak. Dan dia juga mahukan gadis tu tandatangan document of disclosure sebagai jaminan. Manalah tau kalau-kalau gadis tu berdegil dan sebarkan gambar-gambar mereka, dokumen tu akan membolehkan Raess mendakwa Qisya di mahkamah.
"Look... lady...." Raess terus mara ke depan konon-konon nak jelaskan sebab sebenar dia datang ke situ. Tapi lain pula yang jadi.
"Bodoh!" Qisya pantas melepaskan tumbukan ke perut Raess hingga lelaki tu terbongkok. Kemudian sikunya pula dihentakkan ke belakang tubuh Raess hingga lelaki tu tersungkur atas sofa.
Kemudian pantas tubuhnya berpusing dan kakinya layangkan turning kick pada sisi kepala Raess hingga dia jatuh tersembam atas lantai. Tubuh Raess yang terlentang atas lantai disepak terajang sesuka hati. Perut dipijak melepaskan geram.
"Mommy!"
Tapi semua tu terhenti bila suara kecil tu memanggil. Qisya terpaksa hentikan serangan. Masa tu lah Raess bingkas bangun. Tubuh Qisya dia jatuhkan ke lantai. Giliran dia pula melawan balas kerana diserang tiba-tiba tanpa sebab yang masuk akal.
"Mommy!" Suara kecil tu semakin ketakutan. Dia terkejut mendengar bunyi barang jatuh.
"Abby Sha... masuk bilik!" jerit Qisya sambil cuba menolak tubuh Raees yang menimpanya. Mujur ada sofa. Jadi Abby Sha tak nampak apa-apa. Cuma dengar suara aje.
YOU ARE READING
Sweet Vendetta [Published]
RomanceSebuah persahabatan.... "Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang nampak macam Ichigo Kurosaki. "Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck! S...