Bab 3 ~ Vendetta

51 0 0
                                    

RAESS usap rambut berkali-kali ke belakang. Otak rasa buntu. Semua serba tak kena. Sentuh tu salah, sentuh ni salah. Resah. Rimas. Semua ni dia rasa sebab risaukan gambar-gambar tu. Bimbang kalau-kalau gadis tu upload kesemuanya dalam media sosial. Malu besar dia nanti.

Selama ni tak ada sorang pun perempuan yang dibenarkan atau berjaya rakamkan apa-apa kecuali that blonde Usagi-Tsukino-look-a-like. Cuma Usagi tak bermata biru. Perempuan tu bermata biru dan Raess yakin dia pakai kanta lekap.

Mujur gambar perempuan tu yang dia berjaya salin daripada rakaman CCTV dan kerahkan semua juak-juak dia cari sampai dapat. Kalau dia dapat perempuan tu, memang lunyai dia kerjakan. Satu rancangan dah terbayang kat kepala dia. Barulah fikiran Raess rasa aman sikit.

KAKI panjang. Kulit halus mulus gebus. Skirt pendek yang gadis tu pakai betul-betul pendek. Dada dia pun seksi. Baby t yang dia pakai nampak sendat hingga terangkat menampakkan perut yang rata. Dan dia tak pakai baju dalam.

Muka manja, menggoda... Usagi Tsukino versi seksi. Gadis tu datang dekat dia yang tengah duduk atas sofa. Si gadis senyum sebelum duduk atas pangkuan dia, saddle style.

"Wanna have a taste of me?" Si gadis senyum menggoda sambil jilat bibir yang merah dan basah.

Dia dah telan air liur. Kesat aje rasa tekak. Bila si gadis buka mulut dan keluarkan lidah. Eh? Kenapa bercabang? Sekelip mata Usagi Tsukino berubah jadi Mystic, kulit biru menggerutu dan berlidah ular. Lidah bercabang tu ragut lidah dia. Darah memercik dan dia menjerit nyaring.

Raess terjaga. Tubuhnya berpeluh-peluh. What the huekkk? Dia mimpi apa ni? Mula-mula aje best. Belakang? Grrr.... Raess bangun dan duduk di pinggir katil. Rambut diusap perlahan. Ingatannya pada Cik Usagi Tsukino tu masih kuat hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Makin panas dada rasanya. Dah jadi macam obsesi walau sebulan kejadian tu berlaku.

Sebulan yang tak dapat apa-apa petunjuk tentang identiti perempuan tu. Ke mana dia hilang? Sejak kejadian tu, Raess lebih berhati-hati supaya tak terkena perangkap yang sama.

 Ke mana dia hilang? Sejak kejadian tu, Raess lebih berhati-hati supaya tak terkena perangkap yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ENCIK RAESS, saya nak ingatkan encik mengenai mesyuarat Lembaga Pengarah 15 minit dari sekarang." Suara PA Datuk Haider bergema manja. Wajah gadis bernama Athirah yang bertahi lalat kecil di atas bibir tu terbayang di mata Raess. Pernah juga dia cuba-cuba nak dapatkan Athirah. Tapi awal-awal lagi Datuk Haider dah bagi amaran. Athirah itu 'teman sepermainan' lelaki tu. Jadi Raess jangan cuba-cuba nak uji kehebatan.

Raess hela nafas panjang. Hampir terlupa yang dia ada mesyuarat penting hari tu. Teruk sangat dia hanyut melayan perasaan. Dia bangun dan betulkan tali leher. Lepas capai iPhone dan organizer, dia susun langkah menuju ke bilik mesyuarat lembaga yang terletak di tingkat lapan Menara Haider Industries.

Selepas bersalaman dan berbual pendek dengan beberapa orang ahli lembaga pengarah, Raess duduk di atas kerusi dan bersilang kaki. Petang tu mood nak bekerja memang kosong. Memang parah! Mujur buat masa tu dia tak kendalikan apa-apa projek penting.

Datuk Haider melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil diiringi oleh beberapa orang ahli lain. Seterusnya mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Lepas 10 minit mesyuarat bermula, fikiran Raess melayang-layang tinggalkan tubuh badan. Jauh sangat dia mengembara entah ke mana tiba-tiba aje bahunya di tepuk dari sisi.

Dia berdehem dan membetulkan posisi duduk. Pura-pura sibuk belek minit.

"Boleh, Raess?"

Terpinga dia dengar pertanyaan Datuk Haider. Boleh apa pulak ni? Dia tunjuk muka blur.

Datuk Haider tarik nafas dalam-dalam. Geleng kepala dia tengok sikap Raess yang berubah pelik sejak beberapa minggu ni. Tentu ada yang dia tak dapat. Selalunya begitulah. Mood Raess akan merudum negatif kalau ada sesuatu yang dirancangnya gagal. Pasti berkaitan dengan perempuan.

"You akan jadi wakil Haider Industries di Universiti Herriot Ward." Datuk Haider ulangi semula arahannya tadi.

"Why me?" Raess rasa nak melaung kuat. Tapi disebabkan mereka sedang berada dalam bilik mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah, terpaksalah dia kawal nada suara.

"I'm too old for the job." Itu alasan Datuk Haider.

"Papa... mereka nak pengalaman dan kepakaran. It's not your age yang jadi masalah kat sini." Raess cuba berunding. Dalam beberapa mesyuarat yang lepas, perkara ni memang telah dibangkitkan dan kalau tak salah, memang Datuk Haider sendiri yang kena mewakilkan diri sendiri.

"I'm not interested in talking to students. You aje yang buat. You masih muda dan bertenaga walaupun kurang pengalaman." Mentah-mentah Datuk Haider patahkan hujah anak sulungnya. "Lagipun bukannya susah sangat. You kongsi ajelah pengalaman kita bangunkan empayar ni. Just like what I've told you countless time since you're a baby."

"Papa...." Raess masih tak berputus asa.

"Enam bulan saja, Raess. Mereka perlukan wakil syarikat kita enam bulan saja... a semester for that special seminar. Besides... ada banyak hot chicks kat kampus tu yang you boleh 'goreng'." Datuk Haider ketawa. Gatal benar bunyinya. Tawanya disambut beberapa ahli lembaga pengarah yang lanjut usia tapi bertenaga muda. Gagah perkasa sebab makan ubat kuat lelaki.

Raess ketap gigi. Tak tahu ke yang nafsunya sekarang dah tak ada gara-gara terpedaya dengan mudah hari tu. Tak ada gunanya hot chicks bersepah pun kalau dia tak boleh nak tumpukan perhatian.

Sweet Vendetta [Published]Where stories live. Discover now