paradise

1.6K 171 8
                                    

Hari anniversary...

Chaerin

Aku duduk di antara budak budak tu.

"korang, cikgu mengandung!" umum aku dan budak budak tu semua tepuk, happy benor ke. Aku yang ngandung, bukan korang.

"cikgu, nanti saya nak kahwin dengan anak cikgu tau," kata jinhwi yang duduk di atas riba aku. Aku hanya mampu tersenyum. Besar betul cita cita dia, kecik kecik dah fikir nak kahwin.

"cikgu, cikgu nak bagi nama dia apa?" tanya diorang dan aku menggeleng.

"cikgu tak fikir lagi," jawab aku dan check jam. Oh dah habis la.

"okay, korang. Cuti elok elok ye? Jangan main benda bahaya, parents korang kat luar. Bye," aku terus biarkan dorang berjalan menuju ke luar .

Aku mengeluh kecil bila check phone. Guanlin tak hantar satu mesej pun. Call? Pergi matilah sampai bila bila dia takkan call.

Kenapa dia tetiba berubah eh semenjak aku mengandung ni?

Hmm, stress kot. Ye la, jadi CEO muda muda ni bukannya senang. Fikir masalah syarikat katakan. Serabut otak.  Nasib baik lelaki tu tak tumbuh uban.  Kalau tak dah putih dah rasanya rambut dia.

Jangan sedih, Chaerin. Hari ni kan hari anniversary korang!

Aku menghela nafas panjang dan drive ke rumah. Eh, Guanlin tak balik lagi. Banyak kerja kot hari ni.

Aah la, aku lupa beli barang nak masak. Aku terus masuk ke dalam kereta dan drive. Tetiba rasa cam nak lalu depan bangunan syarikat lak. Aku terus drive dan lalu depan syarikat. Dan aku nampak..

Seorang perempuan dan seorang lelaki yang tengah kiss

Tapi kenapa lelaki tu nampak familiar?

Degupan jantung aku rasa nak berhenti bila aku nampak dengan jelas bila aku berhentikan kereta.

Guanlin, kenapa buat cam ni kat aku?

dare 2 . guanlinWhere stories live. Discover now