Guanlin
Aku tengah pening sekarang ni. Sebab Tzuyu tu anak pemilik syarikat ni, suka hati dia je nak ugut aku. Katanya jangan layan Chaerin dah. Aku tak de pilihan lain selain ikut pilihan dia. Kalau tak mana aku nak cari makan untuk Chaerin ngan anak anak aku nanti. Aku tak nak kena pecat.
Perempuan Tzuyu tu dah lama mampos, bagus la tu dia balik awal. Kalau tak dah lama aku blah daripada office ni even kerja berlambak.
Chaerin? Dia dah lain macam. Entahlah, badan dia pun nampak lain macam bentuk dia, dia asyik pakai baju longgar. Aku pun tak tahu kenapa.
Tetiba, phone aku berbunyi. Aku terus check dan tu mesej daripada Chaerin.
Chaerin jagiya 💞
Balik sekarang. Aku ada benda nak cakap. Urgent.
Aku terus ambil kot dan pulang ke rumah. Aku parking kereta dan terus masuk ke dalam rumah, dan terkejut bila Chaerin keluarkan satu bagasi besar dan dua buah kotak, penuh dengan barang barang dia.
"kenapa chaerin? Kita nak pergi melancong ke?" tanya aku, pelik dengan apa yang dia buat. Dia terus letakkan barang barang tu dalam kereta dia dan berdiri di hadapan aku.
"kita bukan nak pergi melancong, Guanlin." kata dia dan aku mula mengangkat kening. Habis apa yang dia buat? Pindah rumah?
"aku ada satu hajat je"
"ape?"
"lai guanlin, lepaskan aku.
Ceraikan aku."
YOU ARE READING
dare 2 . guanlin
Fanfiction"guanlin, lepaskan aku," [ a wanna one series ] ©taehyuntext