coincidence

1.5K 140 9
                                    

Lee Chaerin

" dah siap?" tanya Guanlin dan aku hanya mengangguk perlahan. Dia terus mendukung Chaelin dan bukakan pintu keretanya untuk aku masuk. Aku terus duduk di dalam kereta dan Chaelin juga mengikut langkah aku. Guanlin tersenyum nipis dan menekan pedal minyak.

Selepas tiga jam...

"yah, lee chaerin. Bangun," aku mendengus kecil dan membuka mata.

"mana Chaelin?" tanya aku dengan suara serak serak basah baru bangun tidur.

"aku dah hantar dia ke sekolah. Dah jom la. Kita dah sampai pantai ni," dia terus menarik aku keluar daripada kereta dan kami terus duduk di atas bangku panjang mengadap pantai.

"kau.. tak ada pengganti aku ke?" tanya guanlin perlahan dan aku hanya menunduk ke bawah.

"tak." balasku ringkas.

"aku minta maaf la kalau buat kau sakit hati time kau pregnant haritu," ucapnya ikhlas dan aku hanya tersenyum.

"tak pe. Dah lama dah benda tu berlaku. Aku tak kisah dah,"

Guanlin terus menggenggam tangan aku dan meletakkan seutas gelang di pergelangan tangan aku.

"tu je yang mampu aku bagi kat kau."

Aku hanya merenung ke arah gelang tu yang betul betul muat dengan tangan aku.

"dah la,  jangan tenung tenung gelang tu. Kang tembus," perli Guanlin dan aku hanya mencubit lengannya. Geram betullah.

"au sakitlah bodoh!" jerit Guanlin dan aku hanya tergelak besar tengok muka dia kemerah merahan.

"lee chaerin kau ni memang nak kena!" jerit Guanlin dan dia terus angkat aku dan campak kat dalam air. 

"BASAH LA SYAITOONN" jerit aku dan berlari ke arah dia sambil membawa selipar. Aku terus baling selipar ke arah kepala dia dan dia terus menjerit sebab terkejut.

"LEE CHAERIN!!"

dare 2 . guanlinWhere stories live. Discover now