heal.

1.5K 170 0
                                    

Chaerin

Aku tak tahu kenapa tapi Seonho suruh aku pergi office Guanlin. Katanya Guanlin curang dengan aku. Takkanlah kan? Aku yakin Guanlin takkan buat cam tu kat aku. Tapi, aku kenalah ikut apa yang best friend aku cakap. So sekarang ni, aku ada depan bangunan besar syarikat tu. Nak jugak tahu apa yang jadi, yang buat guanlin berubah 100 peratus.

Aku terus sampai ke aras di mana office Guanlin berada. Aku memegang erat mangkuk tingkat tu dengan kemas,  takut jatuh lak kalau aku cuai nanti. Aku terus berjalan ke arah pintu office Guanlin dan ternampak benda yang tak sepatutnya. Takkanlah..

Aku buka pintu tu dengan berhati hati dan ternampak Tzuyu yang sedang duduk di atas riba Guanlin sambil bermain main dengan kolar baju suami aku.

Aku dapat rasa hati aku retak seribu bila Guanlin hanya biarkan perempuan tu.

"chaerin?"

Oh,  lelaki tu perasan aku wujud kat sini rupanya. Aku terus letakkan mangkuk tingkat tu atas meja dia.

"aku datang sini nak bagi ni je sebenarnya. Sorry ganggu," aku hanya mampu menunduk.

Tetiba, mangkuk tingkat tu jatuh daripada meja dan membuatkan semua makanan kat situ bersepah atas lantai. Mata aku membulat.

"you don't need this, kan guanlin?"

Aku menggenggam penumbuk dengan kemas sehingga menggeletar. Air mata ? Tak keluar. Aku tak menangis.  Dan aku takkan menangis.

Aku terus berpaling dan blah daripada situ.

Kuat, Chaerin.

Kuat demi anak kau.

dare 2 . guanlinWhere stories live. Discover now