"Tak de pape pon kat atas ni."Aqira mengomel lalu memutuskan untuk pergi balik ke wad.Kejap lagi time sarapan.
SKIP
"Jom balik.Abang kau dah check out.
Cepat turun."Shazmeer bingkas bangun dari duduknya dan keluar dari wad.Aqira yang baru keluar dari tandas hanya mengangguk.
Dia mencapai telefon bimbit,dompet dan beg sandang disangkut sebelah.Pintu wad yang berat ditarik.Disebabkan keadaannya yang 'penuh',agak sukar untuknya membuka pintu membuatkan pintu lansung tak terbuka.
Tetiba pintu terbuka sendiri.Aqira pantas mendongak.
"Thanks"Ujar Aqira ringkas.Shazmeer hanya mengangguk dan mereka berjalan menuju ke lif berdekatan.
"Meh lah aku angkatkan beg kau.Macam berat je."Shazmeer selamba menarik beg yang tergantung di belakangnya.
Aqira berdecit kecil.Kini dia dan Shazmeer sedang berdiri di depan lif.Seketika kemudian,pintu lif terbuka.Diorang masuk dan pintu tertutup.Agak ramai dan sesak.
Aqira berdiri di sudut hujung lif sebelah Shazmeer.Kini lif menurun ke tingkat 4 dan ketika menuju ke tingkat 3,lif berhenti atau lebih tepat,tersangkut.
Suasana sunyi sebelum bising semula.Baru 10 minit keadaan dalam lif sudah panas.
Semuanya kerana mereka bercakap.Getus Aqira dalam hati.Kini sudah 20 minit tetapi masih tidak bergerak.Ramai penumpang yang mula bising dengan ketidakpuasanhati mereka.
Kepala Aqira mula pening dan nafasnya sesak.Al maklumlah dia kan pendek.
Sebelah tangannya menggenggam pemegang di dalam lif itu erat."Rilek..Jangan stress.Berhenti bercakap kerana ianya akan meningkatkan suhu di dalam lif ini.Diminta kerjasama tuan puan semua"Shazmeer bertindak rasional.
Nampaknya berkesan.Mereka mula diam dan bertenang.
"Mama..Panas,Nina panas"seorang budak perempuan menarik-narik kaki baju yang ibunya pakai.Rambutnya yang dipotong mangkuk sebahagiannya melekat di dahi dan leher tanda peluh yang terlalu banyak.Bajunya juga basah.
Aqira meminta Shazmeer mengeluarkan satu buku rampaian kecil dari begnya.
"Dik,meh sini.Kakak kipaskan.Kesian mama adik.Sini"Aqira memanggil kanak-kanak perempuan itu.Budak itu berjalan kepadanya sambil tersenyum.
Aqira menyandarkan badannya pada dinding lif sebelum perlahan lahan separa mencangkung.Agak sakit tapi kesian kat budak yang berusia kira-kira 4 tahun ini.
Budak itu ditarik dan diletak di atas pehanya.
"Terima kasih kakak comel"Spontan budak itu mencium pipi Aqira."Sama-sama""Nama adik apa?"Sambil mengipas,Aqira mengajaknya berbual
"Nina"
"Nama mak?"
"Fatimah"
"Nama ayah?"
"Tak tau.."Nina menggaru kepalanya.
Aqira tersenyum.Biasalah tu kalau lupa."Nama kakak apa?"Nina menyoal dalam nada pelatnya.
"Aqira"
"Kak,abang tu asik pandang kakak.Kenapa?"Dia menunjuk ke arah satu arah.Segera dia menoleh.
Shazmeer segera menoleh ke arah lain.
Aqira menggeleng kepala."Kan kita tengah bercakap,abang tu terdengar tu yang dia pandang kita"ujar Aqira.
Tanpa sedar,air mata seseorang tumpah di dalam lif tersebut.
Selepas satu jam...
"Weyh..Budak tu tidur,"Shazmeer memuncungkan mulutnya ke arah Nina.
YOU ARE READING
New Student 『DISCONTINUED ]
Teen FictionMengisahkan tentang budak perempuan yang baru pindah ke sekolah lain atas sebab tertentu. Masalah mmg biasa dalam cerita, Perkara silam lantas menyapa, Yang terlupa melekap semula, Segalanya ujian semata-mata. Inilah sinopsis kehidupan Aisyah Aqira...