16

62 2 0
                                    

Ashraff menekup mulutnya. Tak menyangka bahawa Aqira dilanggar oleh kereta.

"Tapi sekarang dia dah stabil. Cuma, belum sedarkan diri je," Arsyad berkata seolah memahami isi hati abangnya yang semestinya merisaukan keadaan puteri keluarga mereka.

Ashraff menganggukkan kepalanya. Tangannya mengusap kepala Aqira yang tidak bertudung.

"Haih, kenapalah kau cuai sangat. Dah berapa kali dah pesan,melintas  jalan tu tengok-tengok kiri kanan," Ashraff membebel sambil baring di atas lantai hospital.

SKIP

"Kau ada dengar cerita tak?," Kening Aisy dan Izyani terangkat sebelah mendengar soalan Syaifah.

"Cerita apa?,"Aisy bertanya sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Begity juga Izyani.

"Aqira kena langgar kereta,"

'Pfft!'

'Uhuk uhuk!'

Serentak kedua-duanya tersedak dan lebih malang tepat di muka Syaifah yang duduk menghadap mereka berdua.

"Kepala dia! Agak-agaklah nak terkejut pun. Hujan sia..," dia menuju ke sinki berdekatan untuk membersihkan muka dan tudungnya. Kan dah mencarut budak tu..

"Seriously?," Izyani menyoal Syaifah setelah dia duduk semula.Syaifah menggulingkan matanya.

"Dah kena hujan nasi, memang taklah aku memain. Lagipun buat apa aku nak buat main pasal langgar-langgar ni,"Syaifah berkata lancar.

"So? Dia kan kata tak payah sibuk pasal dia dah. Dia,dia. Kita,kita ," Aisy menghabiskan suapannya sebelum mengangkat kaki. Sungguh dia sangat terkesan dengan peristiwa hari itu.

Izyani memandang Aisy sebelum dia turut mengikutinya. Syaifah menghembus nafasnya berat.

SKIP

Aqira membuka matanya yang terasa berat. Anak matanya dilemparkan ke seluruh ruangan wadnya. Perlahan-lahan semuanya menjadi jelas.

Sekarang cuma satu yang dia mahu.

Nak hatinya menjadi kuat.

No more tears.

Dia hanya diam merenung dinding bilik wadnya. Dalam hatinya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terus hidup.

Dalam masa yang sama dia terfikir, adakah ini balasan untuknya kerana meninggalkan tiga sahabatnya dulu?. Dia hanya mampu menghembuskan nafas berat sebelum tertidur semula.

SKIP

Aqira memasuki kelasnya setelah dua hari tidak hadir. Memikirkan yang dia telah ketinggalan banyak matapelajaran membuatkan dia risau.

Seketika kerisauannya hilang bila memikirkan bahawa mungkin dua hari ini guru-guru hanya membincangkan kertas soalan peperiksaan.

Setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi, kelihatan beberapa set kertas soalan berlainan matapelajaran berada di bawah mejanya. Tangannya sigap mengambil kesemuanya dan hanya membuat muka datar kerana hanya markah B yang dia mampu lihat.

"Eh! Kertas apa ni? Amboi,dua hari cuti banyak kertas ,"sambil mengomel dia membuka lipatan kertas A4 tersebut.

Pemilihan anggota senamrobik baru.

Tarikh yang menunjukkan dua hari dari sekarang membuatkan Aqira betul-betul gembira.

"Wah, dah lama tak sertai senamrobik macam ni! Rindunya," Aqira mengepalkan kedua tangannya di hadapan dadanya tanda keterujaan yang dirasainya.

New Student 『DISCONTINUED ]Where stories live. Discover now