Shazmeer sedang mengstalk gambar crushnya..
Sekali-sekala mulutnya tersengih-sengih.
Selepas 30 minit stalk,dia offkan handphone dan menarik selimut untuk tidur.."Esok..esok jangan lupa.."
........................................................................
Matanya ditenyeh perlahan.Setelah 5 minit barulah dia fokus untuk mandi.Dia keluar dari bilik air dengan segar.Kakinya diatur melangkah ke almari baju.Setelah memakai baju,dia menuju ke meja solek.Rambut yang tadinya tersanggul dibuka dan disikat sebelum disanggul semula.Dia menyarungkan anak tudungnya diikuti tudung sekolah putih.
Setelah menyembur sedikit minyak wangi,dia menyangkut sebelah tali beg sandang sekolahnya dan menuju ke dapur.
"Harini minum Nestum jelah.Malas noooh"
Tangannya ligat membancuh nestum.5 minit kemudian,dia menuju ke garaj motor."SEKOLAH!!HERE WE GOOO!"Aqira memulas pedal motor membuatkan motornya bergerak laju.
........................................................................
"Mana pulak vest niiiii.Dah pukul 7 nii!"Matanya tak lepas memandang setiap inci biliknya."Dah lah.Malas aku nak cari kau."Shazmeer membebel kerana vestnya yang hilang.Beg sekolah yang terletak di tepi meja belajar dicapai.Tangan ibunya disalam.
"Ummi,orang pergi dulu ye.Macam biasa..doakan keselamatan hari-hari kita tauu."Shazmeer bersuara manja seraya mencium pipi kanan umminya.
"Yelahh.Hati-hati.Dah cepat..Lambat dah ni."Puan Safira a.k.a ummi Shaz menepuk perlahan bahu anak lelakinya.
"Okay.Assalamualaikum"dia melambai-lambai Puan Safira sebelum dia meneruskan perjalanan ke sekolah.
........................................................................
Aqira memperlahankan motornya.Dia menghampiri simpang empat.Setelah yakin tiada kenderaan,dia memulas pedal sebelum..Bumm!
Aqira terpelanting ke bahu jalan.Kepalanya terhantuk sedikit di tiang signboard STOP.
Dia cuba duduk tetapi kakinya sangat sakit.
Berkerut-kerut dahinya memandang kakinya yang dihempap motornya.Matanya mencari orang yang dilanggar atau melanggarnya tadi.Tak de.Kosong.
Aqira mengeluh.'Aku nampak kereta tadi.Tapi mana?'Aqira berbisik perlahan.
Kepalanya berdenyut perlahan.
Tangannya meraba-raba poket bajunya.Kakinya yang kena hempap terasa semakin sakit.Handphone yang berada dalam poket segera di'on'kan.Sayangku abang.Contact abangnya ditekan.Nasib baik semalam dia save.
"Assalamualaikum..Bang.Tolong qira.Uh!"
Aqira pengsan ditepi jalan.SKIP
"Siapa kau?"
Ashraff terkebil-kebil memandang Aqira yang sedang memandangnya.Sebelum matanya terbuntang luas."Kau amnesia ke?Ya Allah.Kau kembalikanlah ingatan adikku ya Allah.."Ashraff menadah tangannya.
Mulutnya terkumat-kamit berdoa."Pffftt"Aqira menahan ketawa.Serta-merta kepala Ashraff menoleh ke belakang.
"Kau percaya ke?Hahahahah!"Aqira mengekek di atas katil sebelum matanya terpandang kakinya.
YOU ARE READING
New Student 『DISCONTINUED ]
Ficção AdolescenteMengisahkan tentang budak perempuan yang baru pindah ke sekolah lain atas sebab tertentu. Masalah mmg biasa dalam cerita, Perkara silam lantas menyapa, Yang terlupa melekap semula, Segalanya ujian semata-mata. Inilah sinopsis kehidupan Aisyah Aqira...