05

119 3 2
                                    

  Assalamualaikum readers semua...Ni nak bagi penjelasan.
  Kat bab 1 nama bapak Aqira kan Abdullah.Tapi kat bab 3 nama wad tu En.Izmeer.Tu salah tau.
  Nama sebenar dia Aisyah Aqira Binti Abdullah.
                      Lagi satuuuu!!!
Maafkan andai ada typo..
Ayat terlebih skema..
Dan sorry kalau yang berbelit belit punya ayat and hambar...dan klise..

Sorry sesangattt

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Hari ni hari Isnin.Sabtu dah lepas,maknanya kejadian tulang apa semua tu pun dah lepas.
    
Aqira menyusun langkah menuju dewan.Harini ada perhimpunan rasmi.Isnin kan..
    
Sepanjang perhimpunan,dia tengok muka sebilangan besar pelajar kan..perghh..mcm hape.Ada yang menguap tak henti-henti,ada yang tido,ada yang kacau orang.Tapi Aqira dengar apa yang cikgu cakap.
    
Tapi lama kelamaan,dia pun mula bosan sikit.SIKIT je..sehinggalah pengetua mengupas tentang kedatangan polis..
    
Matanya terus segar.Badan tegak.Nampaknya bukan dia sorang,ramai gaklah yang macam dia..
   
"Saya di sini mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada 2 orang pelajar sekolah kita ini.Tapi identiti mereka akan saya simpan.Okaylah sampai sini sahaja ucapan saya.Pengawas yang bertugas,boleh naik bacakan doa."
    
Aqira dah tadah tapak tangan dah.Kelihatan seorang lelaki yang tinggi berjalan masuk ke dewan.
    
Tapi yang dia peliknya,kenapa budak perempuan ni ada bisik-bisik kata 'semangat nak baca doa','calon suami aku..'
    
Tah pape tah..Masa doa dibaca,Aqira akui,merdu je suara dia.Sape yang baca dia tak tau..Kalau dia tau siapa pembacanya,confirm jadi crush.
Jangan terlalu serius kay.
    
"Terima kasih saudara Shazmeer atas bacaan doa tadi."
    
'Uhukk!Shazmeer?Okay,Aku tak jadikan dia crush..'Aqira membidas dalam hati.
    
"Semua pelajar dah boleh masuk kelas,Mula dari 4 Gamma jalan.."Aqira dan rakan..erk?!rakan? Tak kott.Dia dan budak kelas dia angkat kaki pergi kelas.
    
Tapi dia kena pergi pejabat.Sebab?Pengetua nak jumpa.

     "Nah.Ini penghargaan yang diberikan oleh pihak polis kepada kamu berdua.Kami amat bangga dengan murid macam kamu ni."seorang polis menghulurkan satu bungkusan yang berwarna coklat kepada mereka.
    
Mereka?Ya.Aqira dan Shazmeer.
Rupanya pengetua nak jumpa pasal hal hari jumaat tu lah..
    
Aqira ambil dan melihat isi dalamnya.Ternyata duit dalam bilangan yang sangat banyak.
    
"Banyak sangat ni tuan."Aqira berkata.
Polis itu tersenyum seraya berkata.

"Takpa.ambil je.Jasa korang berdua lebih besar.Dah pergi balik kelas sana.Nanti tak belajar pulak."
    
Mereka pun keluar dari pejabat.Ketika mahu turun tangga,dia ada nampak budak haritu.Kini dia tersenyum sambil melambaikan tangannya.
    
Aqira membalas senyuman dan lambaiannya.Seketika kemudian,dia dengar 'dia' cakap terima kasih dan hilang macam tu je.
    
"Budak tu dah pergi,kau tak nak pergi kelas ke?"Tanpa membalas,Aqira berjalan dan terus ke kelas.

......................................................................
     Waktu rehat.Kantin penuh Aqira mengeluh.Stress tau.

Dengan langkah longlai,dia memasuki barisan untuk membeli makanan.Aqira rasa macam tak leh bernafas.Sesak sangat.

Setelah membeli sandwich,dia berjalan mencari tempat duduk.

Aha!Rezeki menyebelahinya.Ada meja dan kerusi kat hujung kantin.Sambil menatang pinggan,Aqira berjalan ke situ dan duduk.

.....................................................................
      Sekarang matapelajaran add. math.Cikgu pulak tak de.Budak kelas 4 Gamma pulak dah takde rupa dah.Macam zoo dah tengok kelas ni.

Memang ni kelas first,tapi kalau takde cikgu,dah macam kelas last.Disebabkan terlalu bosan,Aqira mengeluarkan buku berkulit keras warna coklat.

Diari.Ni yang arwah ayah Aqira suruh amik.Mata dah mula bergenang kerana rindu dekat arwah En.Abdullah.

New Student 『DISCONTINUED ]Where stories live. Discover now