"Aku rasa korang tak payah lah susah-susah dah nak tangkap target aku tu. Aku dah jumpa cara yang lebih mudah untuk dapatkan budak tu. Korang pergilah cari yang lain," kata lelaki tersebut kepada dua orang suruhannya.
Mereka berdua menganggukkan kepala. Dalam hati masing-masing berasa marah dan lega. Marah kerana usaha selama ini sia-sia dan lega kerana mereka tak perlu meneruskan kerja tersebut lagi.
"Bos, kitorang nak quit boleh tak?," tanya salah seorang dari mereka. Lelaki yang dipanggil bos menjegilkan matanya.
"Apa?! No! Kau berdua kena teruskan kerja ni. Kalau korang still rasa nak berhenti..." tangannya meraba-raba laci kayu di sebelahnya. Di tangannya terdapat sepucuk pistol.
"Nampak ni?," picu ditarik. Satu das tembakan dilepaskan.
Mata mereka membulat. Peluru tersebut menembak tepat mengenai pasu di sebelah mereka.
"Fahamkan? Sekarang keluar!," segera kedua-duanya melangkah keluar.
"Tak sabarnya aku nak jumpa kau lagi, sweetheart," dia mencium sekeping polaroid bergambar sisi tepi seorang gadis yang memandang ke arah pantai.
SKIP
Waktu rehat dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap pelajar di sekolah itu termasuk tiga orang gadis yang sedang berkumpul dengan buku di atas meja.
"Eh, korang tengok tak semalam Maharaja Lawak Mega? Lawak duh..," soal Izyani memecah keheningan antara mereka.
"Tengok," balas Aisy. Jarinya masih bekerja laju menyiapkan tugasan kerja rumah yang harus dihantar sebentar lagi itu.
"Kau Syai?,"
Syaifah memandang mereka setelah lama menunduk.
"Tak. Mak aku tengok TV semalam,"
"Ouh.. Mak kau tengok apa? Akademi Fantasia?," duga Aisy. Syaifah menggeleng kepalanya.
"Tak. Mak aku tengok Da'i," katanya santai membuatkan kedua sahabatnya sentap sendiri.
"Allah.. sentapnya aku," kata Izyani separa merintih sambil memegang dadanya.
"Ye duh. Sentap aku" kata Aisy pula.
Syaifah tergelak kecil. Dalam hatinya, masih mengharap kehadiran dia.
SKIP
"Shaz, apa cerita kau dengan budak tu? Senyap je," terjah Danish tiba-tiba. Nyaris saja Shazmeer tersedak.
"Budak? Siapa?,"soal Shazmeer semula. Danish menatap Shazmeer datar.
"Aqira lah,senduk," Danish mengetuk kepala Shazmeer perlahan. Terdengar hela nafas milik Shazmeer.
"Aku..dah takda apa-apa dah dengan dia."
"Apa?,"soalnya meninggikan suaranya sedikit. Shazmeer hanya diam. Sudah tahu reaksi sahabatya itu.
"Sejak bila? Asal kau tak cerita?,"sambungnya lagi. Simpati dan tidak puas hati dalam waktu yang bersamaan.
"Dah lama dah. Aku cuma malu nak cerita. Bukan penting pun,"ujarnya perlahan. Baginya tidak perlulah membuka pekung di dada.
Danish mengeluh perlahan.
"Tapi aku sahabat kau, Shaz. Suka duka senang susah berjaya gagal sihat sakit, aku sedia dengan kau. Don't never think I will leave you behind. Walau tak sempurna, aku tetap akan tolong kau. Kau kena ingat tu," nasihat Danish panjang lebar. Sedikit serba salah menyuntik sarang hati Shazmeer.
Danish berlalu pergi. Menuju kawasan blok B, tempat dia bertugas. Shazmeer memandang rakannya sehingga hilang dari pandangannya.
SKIP
“Baiklah, kamu semua sedia maklum bahawa esok adalah hari perlawanan senamrobik sekolah kita. Jadi hari ini kita tak perlu push sangat. Santai je. Satu round dan kita boleh bersurai. Faham?” kata guru muda itu kepada squad senamrobiknya.
Melihat semua pelajarnya mengangguk, dia menghidupkan lagu pertama dan sehingga lagu keempat.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Semua pelajar sudah bersurai termasuklah Aqira.
SKIP
Mata Aqira tidak lepas memandang setiap kumpulan yang sedang mempersembahkan senaman mereka. Timbul rasa khuatir di sudut hati.
Tanpa sedar, nama kumpulan mereka sudah dipanggil. Mereka semua saling memberi motivasi antara satu sama lain agar tidak leka mahupun gugup.
Semuanya berjalan dengan lancar sehingga terjadinya perkara yang sungguh Aqira kesalkan.
Duk!
"Aqira!"
Tubuh Aqira tiba-tiba jatuh saat separuh lagu keempat membuatkan keadaan menjadi kecoh.
Beberapa anggota PBSM mengusung tubuhnya ke bilik rawatan sementara rakan sepasukannya yang lain diarahkan untuk meneruskan acara.
YOU ARE READING
New Student 『DISCONTINUED ]
Ficção AdolescenteMengisahkan tentang budak perempuan yang baru pindah ke sekolah lain atas sebab tertentu. Masalah mmg biasa dalam cerita, Perkara silam lantas menyapa, Yang terlupa melekap semula, Segalanya ujian semata-mata. Inilah sinopsis kehidupan Aisyah Aqira...