17

55 1 0
                                    

"Tak! Saya dah tak sanggup. Saya dah insaf!," Dalila memalingkan kepalanya ke kanan. Setelah pertemuan antara dia dengan cikgunya tadi, dia dipelawa untuk minum bersama di sebuah restoran.

"Awak pasti?" Pantas Dalila menganggukkan kepalanya. Lelaki di hadapannya tersenyum senget.

"Apa kata saya tolong awak, awak tolong saya?,"

Kening Dalila terangkat sebelah. Memandang gurunya penuh tanda tanya.

"Maksud cikgu?"

"Saya bayarkan hutang ayah awak, awak tolong saya," kata-kata itu berjaya membuat Dalila tersepit di antara dua rasa.

Menolong cikgunya dan membuatkan seseorang merana..

Atau..

Membiarkan dirinya tetap menjadi buruan pemiutang.

"S-ssaya.." Dalila tergagap-gagap.

"Ssaya tt-tolong cikgu," Dalila memejam matanya rapat.

"Bagus! Nah,ni nombor telefon saya. Apa-apa hal senang. Ingat, ni rahsia antara kita berdua!,"

Dalika mengangguk.

"Baik,cikgu Iskandar"

SKIP

"Aqira!,"

"Ya,saya. Kenapa?,"dia menghampiri Cikgu Hani yang berada di atas pentas depan dewan.

"Kamu okay tak? Muka kamu nampak pucatlah," soal gurunya prihatin. Bukan dia tak perasan muka Aqira yang agak pucat. Ditambah lagi dengan kedudukan Aqira di barisan hadapan membuatkan dia nampak dengan jelas.

"Eh! Mana ada. Saya okay je," Aqira tergelak kecil sambil melekapkan tapak tangannya di kedua-dua belah pipinya.

"Yelah. Kalau tak sihat,skip je latihan. Pertandingan lama lagi. Bulan depan," kata cikgu Hani sambil mengemas barang miliknya.

"Baiklah. Saya balik dulu ya? Jaga diri," Aqira bersalaman dengan gurunya sebelum turut mengemas barangnya lalu pulang.

SKIP

Syaifah,Izyani dan Aisy duduk di bawah salah satu pondok sekolah.

"Kau rasa,dia ada rasa bersalah tak buat macam ni kat kita?," soal Izyani.
Dua yang lain hanya diam dan mengangkat bahu.

"Aku sebenarnya masih....," Syaifah menghembus nafas perlahan.

"Tak boleh move on?,"

Perlahan dia menganggukkan kepalanya. Helaan nafas dilepaskan.

"Kenapalah kita jumpa dia?,"Izyani menghela nafas.

Seakan ada aura yang membuatkan mereka senyap dan berat lidah sekiranya berkaitan manusia bernama Aisyah Aqira Abdullah itu.

"Boleh tak kalau kita berhenti cakap pasal dia. Aku penatlah nak cakap pasal dia. Fikir pasal dia. Dia? Bukannya dia ada ambil kisah pun kat kita. Harini aku skip practice, dia okay je," tanpa disangka, ayat yang panjang berjela itu di ungkapkan oleh Syaifah sendiri.

Izyani menganggukkan kepalanya serentak dengan Aisy.

"Forget the person who forgetting you"

Tapak tangan mereka dikumpulkan di tengah-tengah sebelum melonjakkannnya ke atas.

SKIP

Shazmeer tergelak kecil bila mengingatkan kejadian yang berlaku di hospital suatu masa dulu.

Waktu dimana dia hampir disepak oleh seorang makcik yang menyangka dia menculik anaknya sebelum berkata bahawa Shazmeer adalah anaknya.

Setelah berjumpa buat kali kedua, baru Shazmeer faham yang makcik itu tersalah orang. Suami kepada makcik itu menyatakan isterinya merindui anaknya yang telah meninggal dunia.

New Student 『DISCONTINUED ]Where stories live. Discover now