Chapter 6

21 1 0
                                    


Aku baru aje nak angkat kaki daripada situ apabila tiba-tiba Zayd panggil aku.


                 "Who are you actually?" soalan yang aku sendiri belum temui jawapannya.


'Siapa kau yang sebenarnya, Jova?' Soalan yang sering kali bermain dalam fikiran aku sejak kebelakangan ini.


Adakah selama 26 tahun kau hidup, kau suka dengan jalan kehidupan yang kau pilih? Daripada hidup kau sebagai seorang kanak-kanak riang, sehingga kau besar dewasa menjadi seseorang yang sukakan keganasan, penindasan, itu tak termasuk lagi kisah kau juara dalam apa jua acara yang melihatkan aktiviti fizikal sampai kau disanjung tinggi dan digerumi oleh orang ramai. Dalam masa yang sama, kau hidup dengan suasana yang kadang aman tak aman ni membuatkan kau lagi suka untuk kekal kental dan kuat. Ada kala kau cuba hidup sebagai orang biasa, walaupun pada dasarnya kau sudah lama hidup dalam dunia yang penuh debu dan noda.


Mungkin dikenali dalam dunia perniagaan sebagai seorang Hasya Layyin adalah permulaan yang baik dalam mencari identiti diri. Hasil penat lelah selama 4 tahun ternyata menghasil ganjaran yang sangat tak dapat aku bayangkan. Tapi, untuk selamanya aku mencuci tangan daripada apa yang aku ada sejak kecil, mungkin belum tiba lagi masa. Bukan semudah petik jari aje aku boleh pergi daripada lingkungan kasih perlindungan seorang insan bernama Jethro Mateo. Tak mudah nak pujuk hati batu kerikil tu. Lebih kepada mustahil.


Aku mengeluh berat. Zayd masih lagi menanti jawapan daripada aku. Walaupun aku tahu, dia hanya minta jawapan semudah satu perkataan, tapi sumpah... aku rasa itu adalah soalan yang paling susah kalau nak dibandingkan dengan soalan-soalan yang pernah hadir dalam hidup aku.


                "Hey, catch."  serentak dengan itu telefon bimbit dia sudah berada dalam genggamanku.


                 "What for?" soal aku pelik.


                 "Valid until tonight only." ujar dia sebelum hilang daripada pandangan.


                  Bip! Bip! Bip! Bip!


Bunyi bising daripada telefon memaksa aku mematikan pandangan daripada terus mencari bayangan Zayd. Tak tunggu lama, mesej yang sampai aku buka dan baca.


                 'Jova, are you that lucky?!'

                 Mesej pertama.


                'I talk about him first, but out of blue you are the one found him!'   Mesej kedua.


                'Talk to me, now! How you meet my crush?!'

                 Mesej ketiga.


                 'I'm in waves with his beautiful dimple!'

                  Mesej keempat.


Tersenyum aku baca mesej daripada William. Terbang sudah kegusaran aku tadi. Walau kadang aku sendiri rasa nak kerat leher William, tapi dia pandai bawa aku jauh dari masalah yang menjerut hati ni.

Nafas Cinta KitaWhere stories live. Discover now