P/S : Buat mereka yang tertanya mengenai baju apa yang Jova pakai masa Majlis Doa Selamat.
Continues..
AKU terkaku buat sesaat sebelum aku bersuara dan ucap, "Hai." dengan muka tak bersalah aku pandang dia yang turut berbaju melayu. Bila pula dia masuk?
"What are you looking for?" soal dia balik.
"Oh, Jevi ask me to take a document in his bag." ulas aku.
"Okey, then what is the connection between that and you touch my stuff?" soal dia lagi.
"I touch nothing except for this... bag? It is yours?" soal aku pada dia. Melihat dia mengangguk, aku segera letak balik beg itu dan tanyakan lokasi beg Jevian. Apabila dia tunjuk, aku terus ke arah yang ditunjukkan. Dalam beberapa saat sahaja dokumen itu sudah berada di tangan aku dan dengan pantas aku keluar daripada bilik itu. Baru perasan, ini kali pertama aku nampak dia selepas kejadian serangan panik tu.
Dalam 5 minit sahaja dokumen sudah bertukar tangan.
"Why ask me when your friend going up too?" soal aku pelik.
"That's why I can't found him out here. What he doing upstairs?" soal dia balik. Ehh, tanya kita pula! Kau ingat aku Personal Assistant (PA), dia? Melihat aku buat muka 'lebih baik kau jangan tanya benda pelik sebelum dokumen tu aku campak masuk dalam kuah' dia segera berlalu pergi selepas ucapkan terima kasih.
Dalam kesibukan yang melanda rumah, tiba-tiba aku teringat pasal Cyrus. Mana dia sebenarnya? Kata tuan rumah, takkan majlis ni pun dia tak datang? Pelik. Aku bawa kaki aku ke meja makan di dapur sebelum kerusi aku tarik dan aku duduk. Saudara aku di sebelah pandang aku semacam sebelum dia buka mulut beramah mesra dengan aku.
"Ini Hasya kan?" soal dia. Aku sekadar mengangguk.
"Nasib baik makcik tak salah orang. Panggil Hasya ke..." dia biarkan soalan dia tergantung.
"Panggil Jova."
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
RandomKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...