AKU mula beredar apabila jam sudah menghampiri angka 4 petang. Perlawanan aku bakal bermula tidak lama lagi, nak kena dengar takimat keselamatan lagi. Selepas berjalan selama 15 minit, aku sudah nampak sekumpulan shooter sebelum aku segera berlalu ke sana. Aku dan yang lain dikumpulan terlebih dahulu sebelum bergerak ke arah outdoor shooting range yang berada di bahagian belakang bangunan. Melihat keluasaan kawasan sudah membuatkan aku sedikit teruja. Melihat Daddy berada beberapa tapak di hadapan, membuatkan aku berlari anak dan terus memeluk lengannya mesra.
"Sorry about this morning, Dad." ujar aku sebelum memandang ke arah dia. Melihat dia tersenyum sudah mampu membuatkan hati aku sedikit lega.
"Sorry too, I hope I don't ruin your breakfast." pinta Daddy sebelum cium ubun aku lembut. Macam mana aku tak sayang dia, kalau dia sentiasa ada dan selalu maafkan keterlanjuran aku.
"Wanna bet who will get highest point?" Daddy mula angkat kening tanda mencabar aku.
"I'm not that rusty, Daddy. If I meet your standard, I want Walther P99!" bidas aku tak nak kalah. Yang lain sudah ke hadapan, jadi aku agak berani dalam membuat tawaran.
"You make a higher bet over shooting game, girl! I maybe can granted all your dream 'toys' if you can defeat me this time. Make me proud as your coach!" Daddy mula menepuk perlahan bahu aku sebelum kami berkumpul untuk dengar taklimat keselamatan oleh jurulatih menembak. Tak sampai 20 minit, taklimat telah berakhir dan kami seramai 8 orang sudah lengkap memakai pakaian keselamatan. Daddy Juan selaku pemain pertama telah berada di atas padang bersama pemain pertama yang lain.
"Go Adam!" kata semangat daripada kumpulan pertama.
"You can do it, bro!" itu pula sokongan daripada kumpulan kedua.
"Stay focus, Uncle Atai!" sokongan daripada kumpula ketiga pula.
Apabila aku hanya diam tidak bersuara, mereka semua berpaling ke arah aku... pelik. Oh, kena sorak juga, ke?
"Go... go Daddy!" laung aku sedikit kekok.
Daddy pula disebalik kaca yang yang memisahkan kami hanya mampu tersenyum melihat gelagat aku. Sumpah, malu! Mana pernah aku sorak Daddy untuk permainan semudah makan roti bakar jem strawberry! Tak lama kemudian, perlawanan pun bermula dan Daddy hanya dengan sekelip mata sudah kehabisan peluru. Dalam sekelip mata, kesemua peluru yang berada dalam pistol itu lesap! Yang lain mula pandang Daddy dengan rasa kagum.
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
AléatoireKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...
