Keesokkan harinya, aku turun untuk bersarapan. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi semasa aku melintasi ruang tamu tingkat paling bawah. Suasana yang agak sunyi sepi membuatkan aku berasa sedikit lega. Entah, mungkin aku masih perlukan masa untuk mengenali semua ahli keluarga ini. Sekurangnya aku sudah berjumpa dengan Annabel, salah satu manusia yang paling aku kenal dalam rumah ini. Pasal Cyrus pula, aku tak dapat nafikan yang aku mula selesa dengan dia walaupun semalam adalah kali pertama aku kenal dia. Dia jenis tak kisah dan ringan mulut ceritakan itu ini pada aku.
Tiba-tiba, aku terdengar suara Grandpa dan Grandna sedang berbual sebelum kaki aku melangkah ke arah meja makan di mana mereka berada.
"Morning, Hasya."
Sapa Grandpa apabila nampak susuk tubuh aku memasuki ruang makan tersebut. Tak tunggu lama, aku seraya mengucapkan selamat pagi kepada Grandpa. Mata aku meliar melihat raut wajah yang berada di meja makan. Ada beberapa wajah yang masih lagi aku tak kenal sebelum mata aku mendarat tepat ke arah Amilio. Kebetulan, kerusi di sebelahnya kosong dan aku segera ke arah itu.
Sumpah aku jadi pelik dengan diri aku sendiri! Semua rasa positif yang ada dalam diri seakan-akan kian pudar dengan kehadiran aku ke Malaysia. Rasa takut kadang kala ambil alih diri aku tanpa rela. Adakah semangat seorang insan bernama Jova del Enriqlas tersangkut dalam kapal terbang?
"What you want?" soal Mel membuatkan fikiran aku berkecai. Mata melirik ke arah dia. Apabila aku berdiam diri, dia sambung ayat dia.
"Stop staring at me, girl. I would not bite you. Wanna some toast?" soal dia seraya menayangkan kepingan roti di depan mataku.
"Anything is fine." balas aku sebelum berdeham kecil. Pandangan aku beralih ke arah wanita yang berusia 40-an apabila nama aku terpacul keluar daripada bibir dia.
"Are you okey, dear?"
"Yes, I'm fine."
"For now, I will let you have your breakfast. Once you done, we will talk." putus dia.
Roti yang sudah berada dalam aku ambil sebelum aku kunyah dan telan.
Setengah jam kemudian...
"So, tell us about yourself." wanita tadi mulakan perbualan sebaik saja punggung aku melabuh ke atas sofa di ruang tamu. Nampaknya, kisah aku macam highlight news untuk pagi ini.
"Yeah, tell us about your life in Mexico." sampuk Grandpa pula. Grandna dan beberapa lagi turut mengangguk tanda setuju dengan cadangan itu. Mata masing-masing melekat pada aku. Ada juga beberapa orang yang sudah buat andai sendiri di suatu sudut.
"So, as you all know... my name is Jova del Enriqlas, I have big brother name John Javier aka Hadie. We stay in Mexico for almost 20 years. My dad's name is Adli Abdullah, you guys can call him as Papa Juan. Currently, I work with my uncle, Jethro in one of his company... at Monterray." henti aku mencari udara baru. Melihat semua diam tanpa bicara, aku sambung semula ayat aku.
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
DiversosKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...