Chapter 15

12 0 0
                                    

ELEKTRIK baru sahaja ada balik selepas beberapa minit kejadian tadi. Budak tadi terus aku suruh pergi sambung cari yang lain. Itu pun kalau mood main mereka masih ada selepas kejadian bekalan elektrik terputus tadi. Ada tadi aku nampak siap menangis bagai. Tak pun, mereka ada permainan lain. Malas ambil peduli, diri sendiri pun baru 60% berfungsi. Aku terus ke dapur untuk minum air. Aku rasa macam tak percaya yang aku baru sahaja terkena serangan panik! Macam mana boleh kena, selepas hampir sekian lama ia tidak datang?! Dalam pada aku tengah minum air, Jeviar datang duduk di hadapan aku. Tersengih dia pandang aku tak berkelip. Sudah, apa pula kes lelaki ni!


         "Sorry about Fahri." ujar dia mulakan perbualan.



         "My bad too, break out your room without your permission." balas aku. Gelas yang sudah kosong aku letak atas meja bar.



        "When you arrived? 2000?" soal aku tiba-tiba.



         "Supposely, yes. But, there are a few traffic jam on the journey... so, we been here around an hour." balas dia seraya melirik ke arah jam tangan miliknya. Aku sekadar mengangguk tanda mengiyakan. 



          "I don't see John... he is coming or not actually?" sambung Jeviar.


          "Oh, he could not make it. He say sorry." ujar aku sebelum ambil buah epal yang berada dalam bakul atas meja bar. Dalam sekelip mata, buah epal sudah aku gigit separuh.


          "Too bad. I really want to meet with him. So, are you coming alone?"



         "No, I came with my little brother, Jedd. You still remember that I told you my dad has new wife, so Jedd born from that marriage. By the way, he was up there if you notice. " jelas aku panjang.


          "Oh yeah. It is okey, tomorrow never dies." balas dia.



          "So, what is your current job these day?" soal aku.


Jeviar pula tak kekok bercerita itu ini dengan aku membuatkan aku selesa berbual dengannya di dapur bar. Dengar daripada cerita Jeviar, mereka berdua adalah anggota polis. Buat sementara, mereka masih lagi berada di dalam 'cuti' sebelum menyambung semula tugas mereka lagi 2 minggu. Ini pun mereka baru habis latihan intensif di Kuala Terengganu dan terus terbang balik Kuala Lumpur untuk satu urusan penting.



           "End discussion about me. Let's talk about you. I think I need detail explanation regarding that one." anak matanya terpaku pada lengan aku yang berbalut. Malas fikir panjang, aku terus cakap terkena kaca masa keluar dengan Amilio malam tu. 



Tepat angka jam pukul 11 malam, Jeviar sudah minta diri untuk beristirehat sementara aku pula terus ke tingkat paling atas. Peluh dalam tubuh badan merayu untuk keluar. Sementara orang lain sedang sibuk di tingkat bawah dan kebanyakannya sudah beradu, aku sangat bahagia jikalau gim dekat atas tu aku punya seorang!

Nafas Cinta KitaWhere stories live. Discover now