Chapter 13

25 0 0
                                        


AKU baru sahaja makan beberapa keping roti bakar apabila seseorang datang tegur aku di meja makan. Kebetulan, jam baru sahaja merangkak ke angka 7. Mata yang menahan ngantuk kembali segar sebaik sahaja terdengar nama aku dipanggil seseorang.


       "Morning, Jova!" sapa Annabel sebelum mengambil tempat di sebelah aku. Huish, awal pagi siap lawa-lawa nak pergi mana? 


       "Yeah, urgent matter come up last night. I'm going Brunei this morning, before night I will be here back. Please make sure Grandpa and Grandna knew about it. It could not bear all their bubbling things if I told them by myself." ulas Annabel panjang.


Aku sekadar mengangguk mendengar segala kata-kata dia, dan dalam sekelip mata dia terus lesap daripada pandangan. Nampak sangat tergesa-gesa. Nasiblah jadi orang penting syarikat memang kena on call 24/7, sama macam aku sekarang ni. Telefon daripada semalam lagi berbunyi, tapi hanya beberapa nomber sahaja yang aku angkat. Orang penting.


         "By the way, Jeviar... you know right, him? He will be arrived today. Make sure show your face to him. He hardly could know this is real you." ujar Annabel tiba-tiba. Laa, ingat pergi dah tadi.


Aku buat sekali lagi mengiyakan sebelum menghabiskan roti di dalam pinggan, dan terus ke tingkat paling atas untuk berenang sekejab sebelum tidur. Amilio sudah setengah jam keluar ke tempat kerja seperti yang dia cakapkan malam tadi. Teringat lagi, Amilio mengadu sakit badan sebab tidur dalam kereta sepanjang perjalanan malam tadi. Tapi, dia suka sebab memang sudah lama Gentleman tak keluar bersiar-siar.




Tengahari itu...


Aku baru sahaja bangun daripada tidur apabila terdengar kecoh daripada luar bilik. Tak tunggu lama, comforter aku tolak kasar dan terus maju ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku dibaling dengan bola kecik. Nasib, bola itu sempat ditahan sebelum terkena tepat batang hidung aku.


        "Sorry." ujar seorang kanak-kanak lelaki sebelum bola bertukar tangan. Pandangan itu membuatkan aku memandang ke arah ruang tamu tingkat dua tersebut. Tergamam sekejap sebab keliru datang daripada mana pula kanak-kanak seramai 10 orang. Seingat aku, kanak-kanak dalam rumah ni ada dua tiga orang sahaja.


        "You are so beautiful, kakak!" puji salah seorang daripada kanak-kanak yang berada di situ. Yang lain mula menumpukan perhatian pada aku. 


         "Who are you, stranger?" soal pula seorang kanak-kanak lelaki dengan nada berlagak. Adoi, siapalah mak ayah budak ni!


        "Hey, don't be rude to older people!" marah seorang lagi.


        "Mind your business." balas kanak-kanak lelaki tadi sebelum merampas bola yang ada di tangan kanak-kanak seorang lagi. Sudah! Mulalah drama menangis akibat rebut bola tadi. Tak ambil pusing, aku kembali semula ke dalam bilik dan punat pintu aku kunci. Malas nak melayan. Lebih baik pergi mandi, sebab perut mula minta diisi dengan kadar segera.

Nafas Cinta KitaWhere stories live. Discover now