Thanks for all your support from the beginning and please leave any comment if you want to say anything!
Have a nice reading, guys!
AKHIRNYA! Semuanya menayangkan muka bahagia selepas berjaya mengisi ruang perut yang kekosongan dan mengantikan semula tenaga yang habis sedari awal pagi tadi. Grandpa dan Grandna aku lihat terus ke arah ruang tamu untuk berbual dengan ahli keluarga yang terdekat. Daddy dan papa awal-awal lagi angkat bendara putih untuk terus berada di situ. Penat kata mereka. Dan beberapa keluarga lain, aku lihat terus menaiki anak tangga sebaik habis saja makan tadi.
Amilio dan beberapa lagi lelaki yang aku cam mula menghilangkan diri ke gelanggang bola keranjang yang terletak di bahagian belakang rumah. Biasalah, man hangout time kononnya. Jessica Naura, dan beberapa lagi gadis aku agak sebaya aku masing-masing sibuk dengan gadget di suatu sudut. Kanak-kanak yang bermain hide and seek malam haritu pula buat hal sendiri dengan barang permainan yang sedia ada di satu sudut lain. Ada juga yang bermain permainan minda seperti tangram dan puzzle. Masa persendirian setelah penat lelah bertungkus lumus sepanjang hari ini.
Tiba-tiba, mata aku menangkap susuk tubuh yang tengah tekun menghadap komputer riba di meja luar rumah menghadap kolam ikan. Segera aku datang dengan membawa secawan kopi.
"Haii..." sapaku ceria. Dia, aku lihat buat-buat macam tak dengar yang aku tengah cakap dengan dia.
"Cyrus, I'm talking with you, ni." aku kuatkan suara aku.
"I'm a dead body after all. Do not make peope think you are insane... just go away." apasal aku ada dengar macam bunyi orang merajuk, huh.
"I'm sorry. Janji, lain kali aku siasat dulu!" janjiku. Aku rasa ini adalah kali pertama dan terakhir aku buat tanggapan melulu macam ni. Ini pun nasib baik Cyrus tidak bertindak kasar tengahari tadi. Aku rasa kalau lelaki lain, mahu patah gigi aku kena belasah dengan dia.
"Sakit tahu, tak. Ingat aku ni kebal ke nak tahan semua benda!" okey, nampaknya pujukan aku berjaya. Dia dah tutup komputer riba dan mula menumpukan perhatian pada aku.
"Promise, this is first and last aku layan kau macam hantu!" dua jemari aku angkat tanda aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap.
Aku keluarkan plaster yang ada dalam bilik aku dan aku lekatkan di pipi yang aku tampar dan rambut yang aku tarik petang tadi. Sekadar bagi cukup syarat, aku nak tampal balik luka dia yang terkoyak. Speechless dia bila aku buat benda tu. Apabila dia berikan pandangan pelik, aku terus bersuara.
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
RandomKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...
