Chapter 22

6 0 0
                                        


TEPAT jam 2.30 petang, semuanya sudah berkmpul di ruang legar bangunan di tingkat bawah. Masing-masing kelihatan bersemangat dengan tenaga yang luar biasa. Dengan seramai lebih kurang 100 orang di sini, menampakkan Hari Sukan Keluarga ini semakin meriah dengan suara sorakan, kanak-kanak yang menjerit sana sini dan para ibu bapa yang tidak kurang melaungkan kata semangat kepada ahli kumpulan.



         "Leader of each group, please update your group member to me in 2 minutes." laung Idris di tengah-tengah pentas mengunakan microphone.



Aku sekadar buang pandangan sebelum Safa langgar kecil bahu aku ketika menuju ke arah seseorang. Tiba-tiba, aku terdengar perbualan mereka yang tidak jauh daripada aku.



         "Pa, abang tak sampai lagi ni!" Safa cakap pada lelaki yang bernama Daud, selaku ketua kumpulan.



         "Jangan cakap dia lupa sudah!" ucap Daud sebelum menyeluk ke dalam poket mencari telefon, barangkali.



        "Ehh, tak apa pa. Tu pun abang." sambungnya tak lama kemudian.



       "Abang, sini!" laung Safa sambil melambai tangan ke arah seseorang. Apabila mata aku turut mencari dia, aku tersenyum nipis apabila terserlah raut wajah orang itu.



       'Finally, some familiar face!' jerit aku.



       "Sorry, am I late?" soal dia sebaik sahaja sampai di hadapan kumpulan kami.



      "Sikit lagi abang lambat, kumpulan kita akan kena merit tau!" ucap Safa sedikit bengkak dengan perangai abang dia.



      "Maaf, pa. Sangkut dalam jem tadi."



      "Safa, cukup dah ke semua ni?" Daud menyoal minta kepastian.



      "Cukup, ketua!" balas Safa dengan gaya tabik hormat.



      "Eh, satu kumpulan!" Hariz angkat tangan tanda sapa dia pada aku.



      "Nampak gayanya." balas aku pendek.




Tak berapa lama kemudian, kami semua diagihkan mengikut permainan yang telah ditetapkan. Ada permainan yang berjalan serentak, maka semua ahli kumpulan terpaksa berpisah. Aku pula telah memilih untuk ikuti Daddy dalam aktiviti menembak, manakala Hariz memilih untuk berenang dan badminton. Lelaki yang dipanggil Uncle Jo pula telah menawarkan diri dalam perlawanan tennis.

Nafas Cinta KitaWhere stories live. Discover now