AKU berdiri di tengah-tengah pintu hadapan sebuah bangunan. Terkesima sementara mata liar membaca kemudahankan apa yang tertera di atas papan tanda.
Tennis Court - Right
Badminton Court - Right
Swimming pool - Left
Bowling - Left
Squash - Right
Archery Field - Left
Shooting - Left
'Adakah ini pusat sukan negara?' soal aku dalam hati. Tempat melatih atlet negara ke? Memang padanlah, semua orang dalam rumah memiliki bentuk badan yang cantik. Mesti semua mesti aktif bersukan, sama ada sukan begini ataupun permainan yang menggunakan minda seperti chess, atau spelling! Nampaknya memang banyak benda aku tak tahu pasal keluarga ni. Dalam kawasan perumahan juga bangunan ini berada, cuma ke arah belakang berdekatan dengan padang kuda dan tasik besar yang diberi nama Amerose Lake.
"Jova, kan?" sapa seseorang.
"Ya." jawab aku. Terkejut juga, tiba-tiba ada orang datang tegur. Rasanya tadi tinggal aku sorang je, yang lain semua dah masuk ke dalam.
"Fuh, ingat salah orang tadi. Saya Safa. Kita satu kumpulan. Jomlah masuk, yang lain mesti dah tunggu." ulas dia.
"By the way, kumpulan ni dibahagikan ikut keluarga. Jadi kumpulan kita ni terdiri daripada 3 buah keluarga, iaitu Safa, Jova dan Aina. Tapi itulah, kumpulan kita ada sikit je lelaki. Kebanyakannya kanak-kanak." sambung dia lagi apabila kami beriringan masuk ke dalam. Apabila kami tiba di ruang legar, Cyrus Idris sebagai tuan rumah segera memberi taklimat ringkas.
"Okey, as we know and usually do... each group consist of three families. Each group need to sent at least two shooter, two player (single) for badminton, two player for golf, two player for tennis and three swimmer. For bowling games, all member will play and the winner will be resulted from collected point by each line. For kids below 12 years old who interest to join the bowling games, we will open another extra line for them to compete. The rest will be enjoy in swimming pool and play ground that located beside it. All get yourself clear?" soal Idris sebaik sahaja taklimat dia habis. Melihat orang mengangguk tanda memahami, maka kami semua diberi masa untuk menjamu selera terlebih dahulu sementara berbincang untuk menghantar wakil kepada permainan yang disenaraikan tadi.
Aku tengah melilau mencari Jedd apabila Jeviar tegur aku.
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
RastgeleKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...
