TERNYATA, seminggu aku di sini telah merubah diri aku sedikit demi sedikit. Hidup ini kalau tanpa insan yang bergelar keluarga, kadang boleh sengsara juga hidup. Dulu, aku takut kalau aku kenal lebih ramai ahli keluarga maka lagi besarlah tanggungjawab yang aku kena pikul demi melindungi setiap satu mereka dengan perangai dan 'pekerjaan' separuh masa aku itu. Tapi sekarang semua tanggapan itu mula pudar hari demi hari. Beban akan jadi ringan apabila kau ada orang yang bersama-sama dengan kau galas beban tersebut. Gunung pun boleh kau galas kalau kau mampu.
Melihat hubungan yang terbina semenjak hari pertama aku jejak rumah ni, baik buruk atau baik... membuatkan aku terfikir, kenapa bukan daripada dulu aku buka hati untuk terima mereka dalam hidup aku? Apa salah mereka untuk aku menidakkan hak mereka ke atas aku? Makin aku fikir, kesalahan itu bukan ada pada mereka. Tapi pada aku sendiri. Aku yang tutup mata dan hati untuk mengenali mereka. Biarpun, misteri tentang ibu masih lagi tiada berita... aku rasa aku patut tanamkan kepercayaan mereka pada aku, sebelum aku mempercayakan mereka.
Aku percaya, tidak semua darah daging yang berada di depan mata aku menggalas tanggungjawab terhadap misteri tersebut. Jadi, tidak seharusnya aku menghukum mereka yang tidak bersalah, bukan. Mereka yang tidak bersalah berhak untuk dapatkan kepercayaan aku. Tapi, aku akan rasa dikhianati kuasa infinity kalau orang yang aku percaya tikam aku daripada belakang. Aku rasa kalau benda tu benar-benar terjadi pada aku, hati aku akan benar-benar tawar untuk bina semula hubungan yang sudah lama pudar ni. Besar sangat harapan aku, dan aku tahu itu juga merupakan harapan arwah ibu.
"Jauh termenung. Ingatkan siapa?" suara itu telah membawa aku ke dunia nyata. Lelaki yang tarik kerusi di hadapan aku pandang dengan senyuman tawar.
"Nobody, papa." balas aku pendek sebelum hirup kopi panas yang aku bawa daripada dapur tadi.
"So, how was it? Are you having fun here?" soal Papa sebelum melemparkan pandangan ke arah kolam ikan.
"Yes. I'm totally enjoy this time punya vacation." jujur aku sebelum bermain dengan sudu kopi.
"It's okey to have someone else beside you, Jova. There are no wrongs at all." ujar Papa seperti mengerti apa yang sedang berlaku dalam innerself aku.
"Don't presume all people are same when they are different from each others. I think, you better stay longer here. Be social with others... try acknowledge the new culture and family matters." sambungnya lagi.
"I'm sorry for hold you for a long time without telling you about this family. I knew you will be awkward at first, but believe me... time will make it close." sambung Papa apabila aku hanya diam tidak bersuara.
Aku tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini. Baik Papa yang tidak beritahu aku mengenai keluarga belah ibu, baik Daddy yang sukar bagi sokongan apa sahaja yang berkaitan dengan keluarga belah ibu, ataupun baik John yang tak pernah buka cerita mengenai keluarga ini. Aku hanya dibesarkan dengan suasana dan perayaan keluarga belah Papa. Segala di sebelah Asia ini hanya aku ketahui selepas beberapa tahun lepas selepas aku paksa Papa buka cerita. Hanya selepas itu.
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
AcakKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...
