P/S : Jenis pistol yang Jova inginkan daripada Daddy Juan.
AKU mula meregangkan jemari aku ke atas. Lawan aku kali ini bukan calang-calang orang. Melihat pada board result membuatkan aku berdeham kecil sebelum mencari fokus semula. Orang disebelah aku pandang sebelum mata aku berjaya menangkap dia tersenyum sinis kepada aku.
"I already say so, Jova... do not underestimate my team." ujar Adam, sedikit bongkak.
'Maknanya tadi, bila dia cakap dia ada best shooter, dia maksudkan diri dialah, ni.' desis hati aku.
Daddy yang selang dua tempat daripada aku kelihatan tenang aje tengah berlawan dengan Uncle Atai. Kumpulan dua sudah jauh ketinggalan. Sekarang, keputusannya adalah untuk mencari juara bertahan dengan catatan markah yang tertinggi. Makin lama, jarak target semakin jauh. Tajam anak mata aku memandang ke arah target yang berada jauh 35 meter. Nafas aku tarik sebelum aku tahan dan dalam beberapa saat kemudian, aku melepaskan beberapa das tembakan. Habis sahaja peluru, aku segera pasangkan semula butang safe sebelum aku meletakkannya di atas meja dan headphone aku lurutkan jatuh ke bahu. Papan board tadi menjadi tarikan semua penembak.
Juan - Excellant!
Atai - Good job!
Adam - Excellant!
Jova - Excellant!
Hasil daripada result tersebut tadi, Uncle Atai sudah terkeluar dan kumpulannya mendapat tempat ketiga dalam sukan menembak. Kini, hanya tinggal aku, Daddy dan Adam sahaja. Bahu aku longgarkan sebelum pistol tadi aku isi dengan peluru yang sedia ada di situ. Untuk beberapa round seterusnya, Adam masih lagi menjadi penghalang untuk kumpulan aku mencapai title juara. Melihat Adam yang bersungguh-sungguh untuk merebut tahkta juara, membuatkan Daddy mengamit aku pergi ke arahnya semasa break time selama 5 minit.
"Should I walk away?" tanya Daddy pada aku, tiba-tiba.
"Por qué?" soal aku yang membawa makna kenapa.
"You could play with him with more fun!" balas Daddy sebelum tersenyum sumbing. Benci! Senyum senget macam tu pun tetap lagi indah di mata aku.
"Por favor, Juan Mateo... I already have fun with him. I don't want make him afraid with me. You should stay so that he will not feel too challenged," ujar aku.
"I'm getting bored, girl. My hand feel a bit cramp for a while. I'm holding the gun more than usually, you know. Mostly, I use my fists." alasan!
"You are not that old, Dad!" balas aku dengan muka malas nak layan.
Tiba-tiba, fikiran aku mula berubah.
"Maybe we should stop here." ujar aku tiba-tiba. Aku pandang ke arah Daddy.
"It's bored, right?" bisik Daddy pada aku. Tersenyum aku terdengar ayatnya sebelum aku mengangguk setuju memandangkan jauh lagi jarak untuk mencapai had aku, 50 meter.
"Nobody will get mad over us right?" soal aku pada Daddy.
"I guess, nope. We may say that we have a cramp hand to hold gun for a long time." adoiii, alasan Daddy!
"If you really wanted to go there, I will brings you, girl." ucap Daddy macam tahu-tahu aku inginkan tempat pertama kerana hadiah yang ditawarkan itu.
"Maybe soon, Daddy." ucap aku sebelum kembali ke arah tempat aku tadi. Lima minit rehat sudah berlalu. Rancangan kami adalah Daddy akan beransur kalah dahulu sebelum aku pula yang kalah. Daddy cakap dia akan buat-buat kalah pada jarak 38 meter. Aku pula akan mengundur diri sebelum capai meter 40.
Seperti yang kami rancang, Daddy sudah terkeluar pada jarak 38 meter dan Adam mula berbangga dengan kejayaan dia. Tiada apa kalau nak dibandingkan senyuman dia dengan skills yang aku dan Daddy ada. Apa salahnya mengalah, bukan. Tak adalah dia malu kalah dengan gadis seperti aku. Eh, gadis ke aku ni? Sudah!
"Just back off, Jova."
"I fight for my team, not for you."
"I hope, you're not crying when I defeat you later."
"Same goes with you."
Dalam beberapa minit kemudian, mulalah round yang kelima bagi sukan menembak. Aku mulakan merancang untuk gagal. Lain yang aku rancang, lain pula yang jadi. Aku mula pandang tajam ke arah Adam. Kau apahal?! Aku yang mula dulu capai sasaran markah rendah, dia pun sama sasarkan markah rendah. Hasilnya, markah aku dengan dia hanya beza dua markah yang menjadikan kumpulan aku adalah juara bagi sukan menembak!
Perasaan aku? Entah. Tak tahu nak gembira atau kecewa. Masa aku mula nak lepaskanlah, kau nak datang pada aku. Adam? Mestilah bengang dengan diri sendiri sebab kalah dengan perbezaan markah yang sipi sahaja. Tapi, dia bersifat professional. Tangan dia diudara aku sambut sebelum dia ucapkan tahniah atas title yang kumpulan aku dapat. Dia cakap lagi, dia seronok bermain pada hari sukan tahun ni sebab ada lawan yang membuatkan dia rasa tercabar selain Jeviar dan Fahri yang memang pasti bukan lawan dia lagi. Menjadikan dia lebih bersemangat untuk mencapai had limit diri dia sendiri. Lawan diri dia.
JAM sudah merangkak pukul 6.30 petang apabila kami semua keluar daripada shooting field, menjadikan kami adalah sukan terakhir yang habis pada hari ini. Kebanyakannya sudah kembali ke villa apabila kami keluar daripada kawasan menembak menuju ke arah pintu utama. Peluh yang merenik di dahi aku sapu pakai hujung baju sebelum air yang Daddy hulur aku sambut dan aku teguk rakus. Entah, mana Daddy dapat air ni. Daripada jauh, sudah nampak Jedd berdiri dengan gaya pakaian renang dia tadi di suatu sudut. Mungkin baru keluar kolam kut, telahku.
"I though you guys wanna sleep over here." okey, sarkatiknya ayat tu Jedd.
"Where's papa?" soal aku tanpa pedulikan ayat dia tadi.
"Already go home with Uncle Daud."
"And left you here?" soal Daddy.
"Nope, I want to swim more after the tournament. He stay for a while before I told him to go first." ulas Jedd panjang.
"Okey. Let's go, kids!" ucap Daddy sebelum merangkul bahu aku dan Jedd dalam pelukan dia dan kami bertiga beriringan kembali ke arah villa yang terletak 200 meter daripada kawasan ini.
"Daddy, you know menu for dinner is?" soal Jedd.
"I heard it will gonna a barbecue buffet right?" Daddy.
"Like seriously, guys?" ujar aku tiba-tiba.
"What?" jawab mereka berdua serentak.
"Are we gonna talk about dinner menu all way to villa?"
"Close your ear if want hear nothing! I hope we can get grill chicken, Dad!"
"I'm prefer lamb chop maybe... I hope I can get at least around 3 heavy foods tonight."
"I'm really starving right now." sayu je suara Jedd sambil pegang perut dia.
"So do me, boy. I need to eat more tonight. I'm super starving!"
"You could not beat my starving, dad!"
"You the one who could not beat me, young man."
"But, I'm has big appetizer."
"Mine is larger than you!"
Sudah! Gaduh pula dua orang ni, rasa macam nak langgarkan aje dua kepala ni. Seorang otak tak cukup matang, seorang lagi otak tak cukup cerdik!
YOU ARE READING
Nafas Cinta Kita
RandomKisah Jova yang cuba mencari identiti diri yang sebenar. Segalanya bermula apabila dipaksa oleh papanya Adli Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Jay untuk mengikuti perjumpaan keluarga belah arwah ibu di Malaysia. Dalam cerah, ada saja yang menunj...
