BAB 5
BERBUKU perasaan Airina setiap kali memandang Harris. Lelaki itu beriya-iya mengajaknya keluar makan malam bersama. Pada mulanya Airina menolak dengan alasan mereka berdarah manis tetapi Halim pula menyokong Harris. Kata Halim, apalah salahnya luangkan masa sebentar bersama tunang tercinta. Nak tak nak, terpaksalah Airina akur walaupun perkataan 'tercinta' itu tidak boleh diguna pakai sama sekali. Itupun Airina pandai-pandai mengajak Syida ikut sama. Syida pula tidak banyak cakap, laju sahaja dia bersetuju.
"Inilah chance Syida nak makan kat hotel!" kata-kata Syida sebentar tadi bermain semula di fikiran Airina. Dikerlingnya Syida sekilas yang sedang ralit berbalas whatsapp dengan seseorang.
Airina pandang Harris semula.
"Ada apa awak nak jumpa saya ni?"
"Saja. Saya rindukan tunang sayalah," ucap Harris lembut.
"Awak tak rindukan saya ke?" tanyanya pula.
Airina pamer muka selanganya.
"Saya bagitahu kawan saya yang kita dah nak kahwin. Diorang suruh kita buat anak cepat-cepat, ramai-ramai. Awak kenalah ready, Rin.." kata Harris gatal.
Mahu terjerit Airina dibuatnya. Rasa marah dan malu bergabung menjadi satu.
"Kenapa awak menggatal tiba-tiba ni?" sela Airina geram.
"Kita kan dah nak kahwin.." kata Harris dengan nada meleretnya. Airina mengetap giginya. Sungguh, dia tidak mengerti apa yang merasuk Harris malam ini. Meremang bulu romanya mendengar kata-kata Harris.
Syida yang sejak tadi mendiamkan dirinya mula mencelah.
"Abang Harris, janganlah menggatal macam ni. Kak Rin tak sukalah," kata Syida. Airina pandang Syida bersama senyumannya, gembira apabila adiknya masuk campur.
"Syida pulak? Syida suka tak kalau boyfriend Syida menggatal macam ni?" Harris bertanya kepada Syida pula. Airina menghela nafasnya lega. Sekurang-kurangnya perhatian Harris sudah teralih pada Syida. Sempat Airina menghadiahkan jelingan maut kepada Harris.
"Kalau lelaki tu betul-betul sukakan Syida, apa salahnya. Tapi kalau dia cakap dia cintakan Syida dan menggatal dengan perempuan lain, Syida tak boleh terima," jawab Syida sebelum matanya kembali tertumpu pada telefon bimbitnya.
Harris mengangguk perlahan. Ada senyuman terbit di bibir Harris yang sukar untuk Airina tafsirkan. Telefon bimbit Harris berbunyi tanda ada whatsapp diterima. Airina tajamkan matanya untuk membaca nama si penghantar mesej tetapi lelaki itu terlebih dahulu mencapai telefon bimbitnya.
Airina perhatikan Harris yang sudah tersenyum lebar. Akal Airina laju sahaja melontar soalan demi soalan. Siapa whatsapp Harris? Kenapa Harris macam happy? Buah hati dia ke? Soalan-soalan itu bukannya kerana Airina cemburu tetapi hatinya menggesa ingin tahu.
"Si..."
Tak sempat Airina bertanya, Syida sudah mencantas kata-katanya terlebih dahulu.
"Kak, Syida nak ke tandas sekejap eh," kata Syida meminta diri. Airina sekadar mengangguk. Perginya Syida meninggalkan Airina dan Harris berdua.
Tiba-tiba wajah Hazizul menjelma di fikirannya.
"Harris, Hazizul ada balik rumah tak?" tanya Airina.
Mendengar nama Hazizul disebut sudah cukup untuk mengalih perhatian Harris. Jari yang tadinya lincah menaip sesuatu terhenti. Harris pandang Airina.
"Tak ada. Kenapa awak tanya pasal dia?"
"Tak adalah. Kan dia pergi fitting session in your place. Tiba-tiba saya teringat kat dia," bohong Airina. Sebenarnya dia mahu bertemu Hazizul untuk bertanya perihal nota yang ditinggalkannya. Hingga ke hari ini, Airina masih tidak tahu apa yang Hazizul cuba sampaikan.
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...