BAB 14
BIJIRIN oat di dalam mangkuknya dikuis menggunakan sudu. Sesekali Airina bermain mata dengan Salbiah, mengharapkan bantuan Salbiah untuk memecahkan keheningan ini. Kebiasaannya mulut mereka sibuk berceloteh itu dan ini sewaktu menikmati sarapan pagi tetapi hari ini, mulut Halim bagaikan terkunci pula. Airina pandang Hazizul yang duduk bersebelahannya dan bertentangan dengan Halim.
Mesti ayah marah lagi.. hati Airina berdesis.
"Apa plan Rin lepas ni? Jadi pergi ke Jepun untuk honeymoon? Ataupun dah ada plan lain?" Akhirnya Salbiah membuka topik perbualan. Harapnya perbualan ini akan berterusan sekaligus melembutkan sedikit hati Halim.
Airina pandang Hazizul pula. Rancangan berbulan madu ke Jepun itu ialah rancangan dia dan Harris. "Jadi ke?" tanyanya pada Hazizul memandangkan lelaki itulah yang menguruskan segala-galanya.
"Rasanya tak kot.. Saya ingat nak bawak Rin pergi Johor lepas ni.."
"Johor?" tanya Salbiah hairan.
"Kenapa? Tak ada duit nak bawak Rin pergi Jepun tu?" Halim bertanya kasar.
"Abang.." Salbiah menegur suaminya itu. Ekspresi Airina sudah berubah manakala Hazizul masih lagi tenang seperti biasa.
"Ayah ni, ada pulak tanya dia macam tu. Sebelum ni pun, Rin tunang dengan Harris bukannya sebab duit dia," tukas Airina kurang senang dengan soalan Halim. Bimbang juga Airina kalau Hazizul menganggap dia mata duitan dan pisau cukur.
"Bukan.. Saya ada kerja.." jawab Hazizul pendek tetapi masih berlembut.
"Kamu ada kerja apa kat Johor tu? Bukannya selama ni kamu berjimba je ke?" tanya Halim. Cerita-cerita besannya tentang perangai buruk Hazizul seakan melekat di dalam kepalanya. Entah apa lebihnya Hazizul berbanding Harris hinggakan Airina memilih dia, Halim tidak tahu.
Hazizul mengulum senyum tipisnya, tidak langsung kata-kata itu berbekas di hatinya. Sedangkan ahli keluarganya sendiri pun melemparkan kata-kata nista itu kepadanya, inikan pula Halim yang tidak pernah mengenalinya secara personal.
Serba salah dengan ketelanjuran suaminya, Salbiah meminta maaf bagi pihak Halim.
"Sorrylah Zul. Ibu pun tak tahu kenapa ayah kamu ni emotional pagi-pagi. Bila Zul nak gerak ke Johor? Hari ni jugak ke? Bila balik KL semula?" tanya Salbiah. Dia memanggil menantunya dengan panggilan mesra 'Zul' seraya menggelar dirinya 'ibu' dan Halim 'ayah'. Salbiah mahu Hazizul rasa diterima walaupun hakikatnya Halim masih lagi melancarkan perang dingin.
Hazizul terpempan sendiri mendengar gelaran yang diguna Salbiah. Tak pernah lagi ada insan yang memanggilnya semesra itu.
"Saya ingat habis makan ni nak terus balik Johor. In shaa Allah lagi seminggu nanti kitorang balik KL semula. Tapi kalau ibu rindu Rin, bagitahulah. Saya boleh tolong hantarkan dia ke rumah.." jawab Hazizul yang masih menggunakan kata nama diri 'saya'.
Tangan Salbiah sudah tergawang-gawang sambil kepalanya tergeleng-geleng.
"Eh tak apa. Sekarang ni dia dah jadi isteri Zul. Tempat seorang isteri kat sisi suami dia. Jangan risaukan ibu ayah. Kan boleh call kalau rindu," balas Salbiah.
Halim yang hatinya masih berbuku pula memberi jawapan yang kontra dengan Salbiah.
"Baru kahwin dah nak pisahkan kami anak-beranak. Kamu nak buat apa kat Rin sebenarnya?"
Kali ini kesabaran Airina semakin menipis. Kata-kata itu selayaknya diberi pada Harris tetapi kenapa Hazizul pula yang menerimanya?
"Ayah, Rin mintak maaf. Tapi kalau ayah terus provok suami Rin macam ni..."
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...