BAB 9
AIRINA tidak dapat lelapkan matanya walau sepicing. Dari berbaring, Airina duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Persoalan demi persoalan timbul di benaknya. Sejak bila Harris dan Syida mula mengenali satu sama lain? Airina pejamkan matanya untuk mengingati semula apa yang didengarinya tadi.
'I takkan approach dia untuk jealouskan you kalau daripada dulu lagi you terima I!'
'Kalau dia sengaja approach perempuan lain untuk jealouskan Syida?'
'Dah lama I tunggu you. I betul-betul nakkan you..'
Semua kata-kata itu bermain semula di telinganya. Semerta Airina melopong. Mengertilah dia kini apa yang terjadi.
"Harris approach aku semata-mata untuk jealouskan Syida? Wah kasanovanya perangai!" omel Airina seakan tidak mempercayai sikap sebenar Harris.
"Patutlah selama ni dia senyum pelik kalau sebut nama Syida. Rupanya dia memang nakkan Syida ke?"
Airina terus-terusan mengorek mana-mana momen yang boleh mengaitkan Harris dan Syida.
"Malam yang Syida menangis mintak maaf kat aku tiba-tiba..."
Bibir Airina mengulum senyuman sinisnya. Kepalanya sudah tergeleng-geleng. Masih sukar rasanya untuk dia mempercayai perkara sebegini terjadi kepadanya.
"Hari tu Ika kata aku takkan faham perasaan dia. Aku kena lagi teruk, Ika. Aku dipergunakan tunang aku sendiri sebab dia nak jealouskan adik aku.." kata Airina perlahan.
"Ah malaslah aku nak fikir!" Airina baring terlentang di atas katil. Mata dipejam dan entah kenapa, wajah Hazizul pula yang muncul. Airina mengeluh lalu tubuhnya kembali tegak di atas katil.
"Mamat ni pun sama playboy jugak. Memang ada darah kasanova dalam diri diorang ke? Mengalir daripada siapa? Uncle Zainal?" Tidak semena-mena Hazizul dan Zainal pula yang menjadi mangsanya. Airina cerunkan matanya ke arah pintu seolah-olah dia sedang memandang Hazizul.
Lamaran Hazizul yang lebih kepada rayuan untuk menyelamatkan Zainal sekaligus menjaga maruah mereka dua keluarga mula dipertimbangkan Airina. Gadis itu turun dari katil dan menuju ke pintu tengah itu. Airina mengetuk pintunya berkali-kali.
"Hazizul, kau dah tidur ke?" tanyanya perlahan. Tangannya mengetuk pintu perlahan.
"Hazizul.." panggilnya lagi seraya telinga dilekapkan ke dinding.
"Kenapa, Airina?" balas Hazizul. Melompat Airina dari duduknya apabila suara itu kedengaran begitu dekat dengannya.
"Kau tak boleh tidur ke?" tanya Hazizul lagi, meyakinkan Airina bahawa lelaki itu berada di sebalik pintunya.
"Hm.." jawabnya jujur. Airina bersandar di pintu. Dia menghela nafasnya panjang.
Mendengarkan itu, Hazizul duduk bersila di depan pintu sambil tubuhnya disandarkan ke pintu pemisah.
"Kau masih fikirkan diorang ke?"
Airina mengangguk. Tipulah kalau dia menafikannya. Rasa kecewa dan tidak percaya masih menghantui dirinya walaupun dari luaran dia kelihatan baik-baik sahaja.
"Janganlah fikirkan sangat. Kau tak salah pun.." kata Hazizul.
Airina tunduk. Malam ini ringan pula mulutnya mahu berbual dengan Hazizul yang baru ditemui untuk kali ketiga itu.
"Tadi Harris cakap Harris pun fikirkan pasal Uncle Zainal jugak. Syida pun mula-mula cakap dia risaukan ibu ayah. Sebelum ni Syida pernah menangis mintak maaf kat aku. Barulah aku faham kenapa," kata Airina pendek.
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...