BAB 8
AIRINA menghirup Nescafe panas dengan berhati-hati. Dia sudah kembali tenang.
"Thank you pasal tadi. Sorry jugak.." ucap Airina. Dia benar-benar bersyukur Hazizul muncul tepat pada masanya. Lelaki itulah yang membawanya pergi dari rumahnya dan membawanya ke taman untuk menenangkan hatinya. Dan lelaki itu jugalah yang melindunginya daripada dilanggar budak lelaki berskuter itu. Dalam masa yang sama Airina merasa malu kerana dia membiarkan Hazizul melihat sisi lemahnya. Rasa bersalah pula memenuhi ruangan hatinya tatkala mata Airina jatuh pada siku Hazizul yang berbalut.
"Sikit je ni, tak payahlah rasa bersalah," kata Hazizul seakan dapat membaca fikiran Airina.
"Kau betul-betul okay kan?" tanya Hazizul prihatin yang disambut dengan anggukan Airina.
Fizikal je nampak okay. Mental aku tak okay pun.. jawab Airina di dalam hatinya.
Tiba-tiba Airina teringatkan sesuatu.
"Macam mana kau boleh ada kat rumah aku tadi? Aku try cari kau tapi tak jumpa. Tiba-tiba kau muncul depan mata aku.."
"Kenapa kau cari aku?" Hazizul membalas soalan dengan soalan.
"Sebab nota yang kau bagilah," balas Airina. Akalnya masih belum dapat mencari sebarang jawapan untuk soalan-soalan yang dia punya.
"Kau sebenarnya dah tahu pasal diorang kan?" tebak Airina.
"Hm," jawab Hazizul sepatah.
"Kau..."
"Airina.." Hazizul sudah terlebih dahulu mencantas kata-kata Airina.
"Aku tak tahu nak mula daripada mana jadi jangan suruh aku cerita pasal diorang. Aku tak tahu," kata Hazizul perlahan.
Tiba-tiba hati Airina berbisik jahat.
"Macam mana kau boleh tahu pasal diorang? Sebab korang sama-sama playboy ke? Heh korang kan adik-beradik, mestilah perangai korang sama!" kata Airina pedas.
Hazizul sekadar menggeleng, tiada langsung niat untuk menukas tuduhan itu. Mata Hazizul jatuh pada cincin tunang Airina di atas meja.
"Kau nak pulangkan balik cincin ni ke?"
Airina turut memandang cincin tersebut dan semerta dia mengangguk.
"Aku nak pulangkan balik cincin ni kat tuan dia.."
"Kau nak putus tunang?" tanya Hazizul. Airina angguk.
"Kau nak batalkan wedding korang?" Sekali lagi Airina mengangguk.
"Kau nak bagitahu parents kau pasal diorang ke?" kali ini Hazizul bertanya dengan harapan Airina menggeleng.
"A ah.." jawab Airina pendek.
Hazizul tersentak. Air mukanya berubah. Ketenangan di wajahnya berkocak.
"Please, jangan bagitahu abah.."
Berkerut dahi Airina apabila mendengarkan itu.
"Kenapa? Kau nak aku kahwin dengan lelaki macam Harris tu ke? Kau nak aku perjudikan masa depan aku?"
Hazizul menggeleng menafikan semua soalan tersebut.
"Jantung abah lemah. Kalau kau bagitahu benda ni kat dia, mungkin abah akan kena heart attack.." kata Hazizul lemah. Meski hubungan dia dan Zainal tidaklah sebaik mana, Hazizul tetap menyayangi abahnya. Dia tidak mahu kehilangan abahnya hanya kerana kebodohan Harris.
Airina bungkam mendengarkan itu. Ya, barulah dia teringat kini. Norli ada bercerita kepadanya. Disebabkan itulah Zainal bersara awal untuk berehat di rumahnya dan menyerahkan segala urusan syarikat kepada Harris dan Haikal. Airina pandang Hazizul semula, bersedia untuk mendengar apa yang ingin dikatakan lelaki itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...