BAB 13
MALAM itu, Airina dan Hazizul menginap di hotel bersama Halim dan Salbiah manakala Zainal dan Norli terus pulang ke banglo mereka. Airina berlalu keluar dari bilik mandi. Air sejuk membuatkan tubuhnya terasa segar. Mata Airina jatuh pada katil yang dihiasi kelopak bunga ros. Sekeping kad yang terletak di atas katil menarik matanya.
"We wish you a pleasant stay. Here is our gift for you. Congratulations, Harris and Airina!" Airina membaca ucapan kad itu. Tahu-tahu sahaja tangannya sudah merenyukkan kad tersebut. Geli geleman rasanya apabila membaca nama Harris.
"Aku tak kahwin dengan dialah," marah Airina sebelum kad itu dibaling ke dalam tong sampah yang tersedia.
Airina teringat Atikah pula. Pada awalnya Atikah bertanya kalau-kalau Syida mempunyai teman lelaki. Apabila Airina menjawab 'entah', Atikah menceritakan perihal Syida berpelukan dengan seorang lelaki di dalam kereta. Airina berpura-pura terkejut mendengar cerita tersebut sedangkan akalnya dapat menebak identiti lelaki itu dengan mudah – Harris. Lelaki itu tidak menghadiri majlis perkahwinannya tadi, barangkali malu kerana dirinya menjadi 'pengantin lelaki tak jadi'.
"Biarlah. Yang penting semua dah selamat. Abah pun tak kena heart attack, ibu ayah tak kecewa sebab tahu benda sebenarnya, family kitorang pun tak tanggung malu.." kata Airina sendiri. Kini barulah dia yakin dengan keberkesanan idea Hazizul. Untuk masa ini, Airina yakin dirinya membuat keputusan tepat apabila dia menerima lamaran Hazizul.
"Mana pulak Hazizul ni?" tanya Airina apabila menyedari lelaki itu tiada di dalam bilik. Airina keluar dari bilik tidur dan berjalan menuju ke ruang tamu.
Sempat Airina mengagumi Classic Premiere Suite ini. Terima kasih kepada Hazizul yang sudah membayarkan segala-galanya kepada Harris, dapatlah Airina merasa tidur di hotel mewah bertaraf lima bintang ini. Harapkan upahnya selaku jurufoto bebas, entah bila agaknya dia berpeluang untuk menikmati kemewahan ini.
"Hazi.." Panggilan Airina terbantut tatkala matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa. Dilihatnya Hazizul sudahpun lena di atas sofa itu. Lelaki itu masih belum menyalin bajunya.
"Aku mandi lama sangat ke tadi? Kesiannya.." katanya perlahan.
Airina mengatur langkahnya mendekati Hazizul. Tangannya menepuk bahu Hazizul perlahan.
"Hazizul, bangunlah. Kenapa kau tidur kat sini?"
Hazizul yang tersentak dari lenanya mencelik matanya sebelah. Dia duduk di atas sofa sambil tangannya memisat matanya. "Kenapa, Airina? Kau nak apa-apa ke? Ada something jadi ke?" Hazizul bertanya kepada Airina. Dia sendiri tidak sedar bila masanya dia terlena di atas sofa. Perkara terakhir yang diingatnya ialah dia termenung merenung siling sementara menunggu Airina mandi.
Kepala digeleng sebagai jawapan.
"Kau dah habis mandi ke?" tanya Hazizul walaupun dia sudah mendapat jawapannya. Matanya memandang Airina dari atas ke bawah. Tiba-tiba mulutnya membentuk senyuman nakal. Segar terus matanya apabila muncul idea untuk mengenakan Airina.
"Sebelum ni kau guna towel untuk tutup kepala dan leher kau. Siap pakai seluar pun. Ni selamba pulak kau sekadar pakai bathrobe depan aku.."
Merah wajah Airina sebaik mendengarkan itu. Dia tertunduk ke bawah dan barulah dia sedar dia sedang mendedahkan kakinya di depan Hazizul. Mata Airina tertumpu pada bahagian dada pulak dan semerta matanya membulat. Automatik tangannya disilang di dada.
Hazizul ketawa besar melihatkan reaksi Airina itu.
"Sorrylah, aku main-main je. Lagipun kita dah halal dah pun. And by the way, aku takkan ambik kesempatan kat kau. Jangan risaulah," kata Hazizul selamba. Lelaki itu sudahpun berdiri dan berjalan masuk ke bilik mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...