BAB 12
"AKU terima nikah Airina Hanissa binti Halim dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."
Hanya dengan sekali lafaz, Airina sah bergelar isteri kepada Hazizul. Barulah Airina tahu nama penuh lelaki itu ialah Hazizul Amin. Air mata Airina menitis tanpa sebarang sebab.
"Rin!" Nama Airina dipanggil seseorang. Baru sahaja dia toleh ke belakang, tubuhnya sudah diterpa seseorang.
"Tahniah weh!" ucap Aisyah. Airina mengulum senyumnya tatkala matanya melihat Atikah dan Farah. Aisyah meleraikan pelukannya dengan cebikan di bibir.
"Tak sangka kau dah kahwin. Kalau macam ni, aku soranglah yang single," kata Aisyah mengenang nasibnya pula.
Airina menepuk lembut bahu rakannya itu.
"Mengadalah kau ni. Nanti adalah tu jodoh kau," kata Airina. Airina pandang Atikah pula.
"Tu hadiah aku ke?" katanya tanpa sebarang rasa malu. Apabila Atikah mengangguk, Airina panjangkan tangannya untuk mengambil hadiah tersebut.
"Thanks, sebab tu aku sayang korang.." ujar Airina seraya mengenyit matanya.
"Banyaklah kau punya sayang. Aku masih emo sebab kau tak bagitahu kitorang awal-awal. Mana suami kau? Tadi aku tengok daripada jauh je. Tak nak jumpa kitorang ni ke?" tempelak Farah pula. Sewaktu upacara nikah tadi, dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Sejam selepas upacara nikah, majlis bersanding pula berlangsung dan Farah masih tidak dapat melihat wajah suami Airina itu dengan jelas.
Atikah mencuit bahu Farah.
"Yang kau ni bitter sangat kenapa?"
"Mestilah! Aku nak jugak tengok lelaki mana yang dah curi hati kawan aku ni. Salah ke?" balasnya membela diri.
Aisyah sudah menggelengkan kepalanya.
"Biasalah weh, sindrom mak-mak. Dahlah dia mengandung, confirm mood swing tu," kata Aisyah, mengingatkan Atikah kepada status Farah yang akan berubah menjadi ibu itu.
Ternganga Airina.
"Seriuslah?"
"Dia baru bagitahu kitorang dalam kereta tadi.." jawab Atikah.
"Wahhh, tahniah!!" jerit Airina. Dia memeluk tubuh Farah, tumpang gembira dengan berita tersebut. Atikah dan Aisyah saling berpandangan sebelum mereka memeluk Airina dan Farah dari belakang.
"Airina.." panggil seorang lelaki.
Serta-merta empat sekawan itu terdiam. Pelukan dileraikan. Mata mereka semua tertumpu pada lelaki tersebut sebelum Airina menghampirinya. Panjang umur!
"Korang, inilah suami aku. Hazizul. Yang ni Farah, Atikah dan Aisyah," Airina memperkenalkan suaminya kepada ketiga-tiga rakannya itu. Hazizul mengulum senyumnya. Daripada kemesraan Airina dan mereka bertiga, Hazizul tahu mereka mempunyai hubungan akrab.
Atikah dan Aisyah sekadar mengangkat tangan mereka seraya berkata 'Hi' manakala Farah pula sudah terkebil-kebil melihat lelaki itu.
"Rin, kacaknya suami kau.." pujinya dengan mulutnya yang sudah ternganga.
"Ya Allah, budak ni! Istighfar sikit. Laki orang woi. Kau pun dah bersuami!" marah Atikah. Tangan Atikah menutup mulut Farah tetapi ditepis Farah berkali-kali.
"Tadi nak sangat jumpa suami Rin. Bila dah jumpa, buat perangai pulak. Tak senonohlah kau ni," omel Atikah yang turut merasa malu dengan sikap Farah.
Hazizul pandang Airina tetapi isterinya itu sekadar menjungkit bahu. Sudahnya tawa mereka meledak.
"Eh tapi kan Rin. Seingat aku kad jemputan tulis nama lain. Bukan Hazizul. Kan?" soal Aisyah polos. Berkerut dahinya cuba mengingati nama yang tercetak di kad pengantin. Apa ye?
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...