BAB 15
HAZIZUL membuka matanya tatkala alarm yang dikunci untuk solat Subuh berbunyi. Segera dia menekan 'Snooze'. Tangannya terasa lenguh manakala tubuhnya terasa dihempap sesuatu. Hazizul menoleh ke kiri dan semerta matanya terbuka luas. Mata dikedipkan berkali-kali untuk memastikan dia tidak bermimpi atau berkhayal. Tahu-tahu sahaja bibirnya sudah mengulum senyum.
"Best dapat bantal peluk cik kak?" soalnya sendiri. Airina yang lena diulit mimpi sedang memeluknya sambil kepalanya berbaring di atas lengan Hazizul.
"Comel pulak Airina ni," puji Hazizul. Wajah Airina yang sedang tidur dirasakan comel, lebih-lebih lagi bila Airina memeluknya persis anak kecil memeluk bantal busuknya. Entah kenapa hatinya dicuit rasa gembira.
Alarm berbunyi lagi, menyedarkan Hazizul dari lamunannya. Hazizul berdehem untuk mengusir sebarang perasaan yang terdetik di hatinya. Dia cuba mengalihkan tangan Airina perlahan-lahan. Bila Airina bergerak sedikit, pergerakan Hazizul pula terhenti. Seboleh mungkin dia tidak mahu Airina terjaga dalam keadaan mereka berpelukan sebegini. Pasti Airina malu dengannya.
Namun Airina tetap jua terjaga. Hazizul pantas menarik tangannya membuatkan kepala Airina terjatuh di atas bantal.
"Dah pukul berapa ni?" tanya Airina sambil memisat matanya.
"Er hm pukul 6.15 pagi dah ni. Bangunlah, Subuh," jawab Hazizul acuh tak acuh.
Airina mengangguk mendengarkan perkataan Subuh. Dia turun dari katil dan jalan menonong menuju ke bilik mandi untuk mengambil wudhu'. Hazizul pula menghelas nafasnya lega. Seketika, Airina sudah kembali dengan wajahnya lebih segar berbanding tadi.
Sejadah dihampar ke lantai, telekung disarung dan selepas itu bibir Airina terkumat-kamit membaca niat solat Subuh. Tanggungjawabnya kepada Ilahi ditunaikan dengan penuh khusyuk hinggakan Airina tidak sedar sepasang mata milik Hazizul ralit memerhatinya. Jika tadi Hazizul terleka memerhatikan Airina tidur, sekarang dia perhatikan Airina menunaikan solat pula. Semuanya Airina lakukan dengan tertib.
Muncul perasaan lega dalam hatinya apabila memikirkan gadis sebaik Airina tidak jatuh ke tangan lelaki berhati busuk seperti Harris.
Tapi aku pulak? Layak ke dengan orang sebaik Airina? Soalan itu terdetik di dalam hatinya.
Soalan yang diajukan oleh dirinya sendiri berjaya membuat Hazizul terpempan.
"Kau dah solat?" suara itu menerjah masuk ke telinga Hazizul, pantas Hazizul menggeleng. "Pergilah solat dulu, aku nak sambung tidur balik," kata Airina selamba.
Hazizul angguk sekali sebelum dia pandang Airina semula.
"Airina.. Kenapa kau tak tunggu aku tadi? Kita boleh solat sama-sama," tanya Hazizul.
Mata Airina yang baru terpejam untuk beberapa saat terbuka semula. Benarkah apa yang dia dengar? Suaminya sedang mengajaknya untuk menunaikan solat bersama? Airina dapat rasakan tubir matanya mulai hangat. Sememangnya sudah lama Airina berangankan itu. Dia selalu mengagumi Halim dan Salbiah solat berjemaah. Pada Airina, dari situlah kasih sayang sesama suami isteri semakin kuat terutamanya apabila mereka sama-sama berusaha mencari redha Ilahi.
Airina pejamkan matanya dan pipi mulai terasa basah. Duvet ditarik hingga ke kepala untuk menyembunyikan perasaannya daripada Hazizul.
"Sorry. Lepas ni aku tunggu kau," jawab Airina. Di bawah duvet, Airina mengulum senyumannya.
PERHATIAN Hazizul tertumpu seratus peratus pada kertas kerja di depannya. Sesekali matanya beralih pada skrin komputer riba pula. Kira-kira sepuluh minit kemudian, barulah kerjanya selesai. Hazizul senyum lebar hingga ke telinga. Tangannya didepakan dengan gembiranya. Telefon bimbitnya berjenama Samsung dicapai untuk menghantar whatsapp kepada Benjamin.
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romance100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...