BAB 10
MATA dicelik sebelah. Melihat Harris di sisinya membuatkan senyumannya melebar. Bahagia rasa hatinya apabila dia dan Harris sudah sama-sama berterus-terang tentang perasaan masing-masing. Tangan Syida memegang pipi Harris lalu diusapnya lembut.
Perlahan memori perkenalannya dengan Harris tiga tahun lepas menyusup masuk ke fikirannya. Waktu itu Syida ke kelab malam atas desakan rakan-rakannya. Kata mereka, itulah masanya untuk mereka bersuka ria sebelum SPM. Rakan Syida mempunyai kenalan di kelab malam itu maka mereka dibenarkan masuk walaupun masih di bawah umur.
Syida turutkan sahaja walaupun dia sebenarnya benci tempat-tempat sesak sebegitu. Syida sedang berbual dengan rakannya apabila Syida dapat rasakan dirinya diperhati seseorang. Syida sekadar berbalas senyuman dengan lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki itu berjalan mendekatinya dan memperkenalkan dirinya sebagai Harris. Syida yang waktu itu sudah mempunyai teman lelaki tidak memberi perhatian kepada Harris. Namun lelaki itu tidak pula berputus asa. Harris meminta nombor telefon Syida daripada rakan Syida pula.
Pada mulanya Syida melayan Harris ala kadar. Syida sudah bertukar teman lelaki berpuluh kali pun, Harris masih tetap mahukannya. Setahun selepas itu, tiba-tiba Harris muncul di depan rumahnya dengan alasan untuk berjumpa Airina. Halim dan Salbiah pula berkenan dengan peribadi Harris, laju sahaja mereka menerima pinangan Harris. Walaupun selepas bertunang, Harris masih rajin menghubunginya seperti biasa. Lelaki itu berterus-terang kepadanya sejak awal lagi bahawa dia menjadikan Airina sebagai alat untuk memancing cemburu Syida.
Syida terpaksa akui rancangan Harris berjaya. Kini Syida benar-benar sudah jatuh cinta dengannya dan enggan melihat Harris di dalam pelukan mana-mana wanita lain selain dia.
"You termenung apa tu?" tanya Harris, membawa pergi semua lamunan Syida.
Syida merangkul tubuh Harris dan kepalanya dilentokkan di dada lelaki itu. Harris pula membelai rambut Syida.
"I takutlah. I rasa bersalah dengan Kak Rin. Apa agaknya perasaan Kak Rin kalau dia tahu benda sebenarnya?"
"Tak ada apalah. Kenapa you nak fikirkan dia? Yang penting you ada I and I ada you. Kita berdua je pun dah cukup.." jawab Harris, langsung tidak memikirkan perasaan Airina. Apa yang penting dia sudah berjaya mendapatkan Syida.
Syida melepaskan keluhannya seraya meleraikan pelukan.
"You pergilah mandi, lepas tu balik. I takut Kak Rin bangun awal pulak hari ni. I pergi check dulu kat luar," kata Syida yang sudahpun berdiri. Baju tidurnya ditarik lalu disarung ke tubuh. Kaki diatur ke pintu.
Harris mengeluh kecil. Terpaksalah dia akur jika tidak mahu ketahuan oleh Airina. Matanya melilau mencari baju kemejanya yang dipakai semalam.
"You!" Tiba-tiba Syida masuk ke bilik dengan wajah pucatnya.
"Sayang.. Kenapa ni?" tanyanya.
Syida meluru mendekati Harris di atas katil. Matanya mulai berkaca dek rasa takut.
"Kereta Kak Rin ada kat bawah tapi Kak Rin tak ada kat bilik dia. Dia tak ada dalam rumah ni pun.." beritahu Syida. Tubuhnya terketar-ketar.
"Dia keluar pergi mana-manalah tu," kata Harris acuh tak acuh. Matanya memandang leher Syida penuh nafsu. Tak peduli langsung pada Syida yang sudah terketar-ketar ketakutan.
"I takut.. Macam mana kalau dia dengar suara you? Macam mana kalau dia tahu pasal kita?"
Harris menggeleng perlahan.
"Kakak you tidur luar agaknya. Kan dia pergi jumpa kawan-kawan dia. I tahu, sebab itulah I berani datang sini jumpa you.."
Syida yang masih belum terpujuk bertanya soalan lain pula.
KAMU SEDANG MEMBACA
100 Hari Mengenal Cinta [TERBIT - PENULISAN2U]
Romantizm100 HARI MENGENAL CINTA: 'Cinta ini bukan untuk 100 hari. Bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!' Tentang Airina Hanissa yang dipergunakan tunangnya Harris, untuk memburu cinta si adik tiri, Syida. Airina nekad mahu putuskan pertunanga...