Sebaik saja Luthfi tiba di kedai yang menjual bermacam-macam cakera padat, dia terus meletakkan telefon gadis tadi di atas meja kaunter.
Farhan yang sedang menikmati pop mee, hampir tersedak dengan kemunculan Luthfi yang tiba-tiba.
Dia berdehem sebelum mendongak, memandang kawannya. Dahinya sedikit berkerut melihat kawannya yang nampak tidak terurus. Dengan butang di bahagian atas baju sekolahnya dibuka, tali leher yang dimasukkan ke dalam kocek seluar dan rambut yang sudah kusut masai. Apa dah jadi dengan kawan aku ni?
"Kau dah kenapa macam orang hilang bini ni?"
Luthfi tidak menjawab sebaliknya dia menggosok kepalanya membuatkan rambutnya bertambah kusut sebelum meraup wajahnya. Kerusi di hadapan meja kaunter, ditarik dan segera dilabuhkan punggungnya. Ah! Baru terasa selesa sedikit.
Farhan menoleh ke arah telefon yang berada di atas meja kaunternya. Sekali lagi dahinya berkerut. Telefon di atas meja itu, dibelek-belek dan diperhatikan.
"Dan sejak bila telefon kau ada sticker hello kitty ni? Warna pink pula tu. Kau ni okey ke tak?"
"Aku okeylah"
"Dah tu?" Desak Farhan. Sebelah kening diangkat.
Luthfi mengeluh seketika. Dia memandang ke arah Farhan kemudian dia menceritakan hal yang berlaku sebentar tadi. Sesekali Farhan menggangguk dan sesekali dia menggeleng.
"Tulah kau"
"Aku pula?"
"Yelah, salah kau. Siapa suruh cuai sangat. Sekarang menangis tak berlagulah kau bila Iphone 7 kau kat tangan budak tu. Mesti budak tu dah berjoget sebab dapat Iphone 7. Free pula tu"
Luthfi memandang Farhan seperti hendak menelan bulat-bulat kawannya itu. "Kau, kalau nak merasa sepakan padu aku, sambunglah ayat kau tu. Sambunglah"
Farhan tersengih sebelum dia kembali serius. "Jadi kau nak buat apa?"
Luthfi menjongket bahu. "Manalah aku tahu. Minda aku tengah kosong sekarang ni. Macam mana kalau papa tiba-tiba telefon aku lepas tu budak tu pula yang jawab. Buat naya saja"
"Apa susah, sebelum papa kau telefon kau, baik aku pinjamkan kau telefon aku ni dah tu beritahu hal sebenar"
"Tu bukan menyelamatkan aku tapi tu menempah maut namanya. Mama dah larang aku melepak dengan kau sebab dah banyak cikgu kat sekolah aku buat aduan pasal aku bergaduhlah, aku ponteng kelaslah, aku buli budak-budaklah" keluh Luthfi.
Farhan tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menepuk perlahan bahu sahabatnya itu. "Aku tak tahu macam mana nak tolong kau. Hanya diri kau sendiri yang boleh membantu kau"
Luthfi hanya senyum. Kemudian dia memandang ke arah telefon di atas meja kaunter. "Wei! Kau tahu tak macam mana nak hidupkan telefon ni"
"Nak hidupkan telefon pun kau tak tahu?" Farhan memandang Luthfi dengan pandangan tidak percaya.
Luthfi membetulkan rambutnya sambil berkata, "manalah aku tahu. Benda-benda macam ni, aku malas nak ambil tahu. Dahlah, aku nak tidur kejap. Lepas kau dah dapat hidupkan telefon ni, kau bangunkan aku"
"Yelah" balas Farhan malas. Dia segera mencapai telefon itu dan cuba menghidupkannya lagi sekali. Manakala Luthfi bangkit dari duduknya dan terus masuk ke dalam sebuah bilik rehat yang terdapat di sudut kedai itu. Jika papa dia naik hantu dengan dia, di bilik itulah tempat dia beradu.
*****
Mana adik ni? Bisiknya. Sesekali dia menjenguk ke luar jendela. Manalah tahu adiknya ada tetapi batang hidung comel dia pun masih tak nampak.
Jam di dinding, dikerling sekilas. Waktu hampir nak masuk maghrib tetapi kelibat adiknya masih belum kelihatan. Tak boleh jadi ni!
Dia yang dari tadi mundar-mandir, membuat keputusan untuk keluar rumah tetapi langkahnya terbantut apabila muncul ibunya dari dapur.
"Akak, adik belum pulang lagi ke?" Soal Puan Noralam. Gusar hatinya bila anaknya yang bongsu masih belum sampai di rumahnya. Sudahlah anak bongsunya itu perempuan. Bermacam-macam boleh berlaku diluar rumahnya itu.
Di sudut hati, timbul rasa menyesal kerana memberi keizinan kepada anak bongsunya untuk keluar rumah pada petang tadi. Kata anak bongsunya itu, dia ingin melawat kawannya yang demam teruk kat hospital. Tetapi takkanlah anak bongsunya itu melawat sehingga hampir waktu senja.
"Belum bu. Akak pun risau juga ni" balas anak sulungnya. Di dalam rumah yang sederhana ini, hanya dihuni oleh mereka tiga beranak. Suami Puan Noralam sudah lama meninggalkan mereka sejak anak sulungnya baru saja masuk sekolah menengah.
"Cuba hubungi dia lagi. Manalah tahu dia jawab panggilan tu"
Si kakak mengangguk dan terus menghubungi lagi adiknya. Kali ini sudah masuk panggilan keenam dia buat. Harap-haraplah adiknya ini menjawab panggilannya.
Talian diam seketika sebelum panggilan disana menjawab. Betapa lega hatinya bila orang sana mengangkat panggilan. Dia menoleh ke arah Puan Noralam dan mengangguk kecil.
Puan Noralam yang mengerti akan bahasa isyarat anak sulungnya itu, tersenyum lega. Risaunya sedikit memudar namun belum sepenuhnya.
"Adik, kenapa lambat sangat nak jawab panggilan akak. Risau akak tahu tak?" Si kakak terus menghamburkan amarahnya tetapi marah-marah sayang. Kakak mana yang tak risau akan adiknya.
Namun soalannya tidak dibalas membuatkan dia berasa sedikit pelik.
"Adik, kenapa ni?"
YOU ARE READING
My Samseng Junior
Fiksi Remaja"Bilalah kau nak berhenti ni" - Farhan "Sampai aku jumpa dengan bakal permaisuri hati aku. Cia cia cia" - Adnan Luthfi. Disebabkan asyik bergaduh, dia terpaksa berpindah sekolah buat kali kelima. Tetapi siapakah yang akan menjadi 'bakal permaisuri'...