Bab 3

33 3 0
                                    


'Adik, kenapa ni?'

Luthfi terpaku, tidak tahu hendak menjawab apa. Kang dia bersuara, pasti orang yang menggelarkan dirinya kakak itu pelik. Kalau adik dia lelaki tak apalah juga. Ini perempuan.

'Adik ada tak ni? Jangan buat akak risau, jawab soalan akak. Adik kat mana ni?'

Luthfi menggigit bibir bawah. Dia dalam dilema. Macam mana ni? Nak jawab ke tak? Jawab ke tak? Argh! Jawab sajalah.

Sempat Luthfi menelan liur kesat sebelum bersuara. "Err..." Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

Orang di sebelah sana, mengerutkan dahi. Apa dah jadi dengan suara adik aku ni?

'Adik, kenapa suara berubah jadi macam lelaki ni? Adik demam ke? Demam Anna dah terjangkit kat adik ke? Ibu, adik tak sihatlah pula'. Sempat si kakak memberitahu ke arah Puan Noralam. Puan Noralam yang mendengar terperanjat sedikit.

Manakala Luthfi sudah menepuk dahinya. Aduh! Ada ke patut dia cakap adik dia demam. Mentang-mentanglah suara aku serak-serak basah sikit.

"Tak-tak-tak. Ini bukan adik cik. Adik cik, saya dah hantarkan dia kat rumah dia dengan teksi tadi. Agaknya dia belum sampai kot"

Sunyi seketika.

'Jadi yang tengah telefon dengan saya ni, bukan adik sayalah?' Soal suara lembut itu, ingin kepastian.

Luthfi mengangguk sebelum dia sedar perbuatannya itu tidak dilihat orang sana. "Ya, betul tu".

'Tapi nombor telefon yang saya hubungi ni, nombor adik saya kan?' Sempat si kakak mengerling sekilas skrin telefonnya. Memang betul nombor itu adalah nombor telefon adiknya.

"Memang betul ini nombor adik cik, jangan risau. Sekarang telefon dia ada kat saya".

Si kakak mengerutkan dahi. 'Macam mana boleh telefon adik saya ada kat awak?'

Luthfi menggaru belakang kepalanya. Aduh! Susahnya nak menjelaskan keadaan sebenar kat kakak si adik ni. Dari tadi asyik tanya tak henti-henti.

Luthfi menjenguk ke arah pintu kedai. Budak Farhan ni pun satu. Dari tadi dah keluar, belum juga balik-baliknya. Terpaksalah dia yang menjaga kedai kawan baiknya itu. Tadi kata ada hal entah apa-apa. Lantaklah kawan!

"Macam ni sajalah cik. Boleh tak saya tutup panggilan dulu sebab saya nak cuba telefon nombor saya. Lagipun telefon saya ada kat adik cik"

Luthfi yang dapat merasakan si kakak hendak menyoalnya tentang keberadaan telefon miliknya ada pada adik si kakak itu, cepat-cepat menyambung.

"Nanti saya akan cuba jelaskan semuanya ataupun bila adik cik dah pulang ke rumah dengan selamat, dia yang akan menjelaskan semuanya. Saya tutup dulu ya, bye" dengan selamba Luthfi memutuskan panggilan.

Si kakak yang hendak bersuara, tidak jadi apabila panggilannya terputus tiba-tiba. Terpinga-pinga dia dibuatnya.

Puan Noralam yang dari tadi mendengar perbualan anak sulungnya, mendekati. "Kenapa kakak? Adik ada kat mana?"

Si kakak menoleh ke arah ibunya dan menjongket bahu. Dalam diam, dia berasa geram dengan lelaki yang tidak diketahui namanya itu. Sesedap rasa dia saja memutuskan panggilan aku!

Manakala Luthfi yang sudah memutuskan panggilan, merenung ke arah skrin telefon itu. Dia perasan sebelum dia mengangkat panggilan kakak si adik, dia ada ternampak gambar di homepage telefon itu.

Baru saja dia hendak membuka balik telefon yang sudah ditutupnya itu, telefon itu yang baru menyala kembali gelap. Tercengang Luthfi sebelum menyedari bahawa telefon itu sudah kehabisan bateri.

Luthfi mengeluh perlahan. Pada masa yang sama, kedengaran pintu kedai dibuka dari luar membuatkan dia menoleh ke arah pintu.

Kelihatan Farhan sedang tersengih ke arahnya. Perlahan lelaki itu mengangkat kedua-dua tanganya. Tangan kanan, memegang plastik yang berisi dua kotak KFC manakala tangan kirinya memegang plastik yang berisi empat minuman pepsi bertin yang masih sejuk. Kita makan KFC dulu!


*****


Mereka berdua sedang menikmati makan malam mereka, atau lebih tepat lagi, hanya Farhan seorang saja yang menikmati ayamnya. Dia memandang Luthfi yang tidak habis-habis merenung telefon yang tidak diketahui nama pemiliknya.

"Hoi! Fi, sudah-sudahlah tenung telefon tu. Sampai naik malu telefon tu jadinya kau tenung. Tengok tak dapat dihidupkan balik" Farhan menggeleng apabila dia cuba hidupkan telefon itu tetapi skrin telefon masih gelap.

Luthfi menjeling Farhan sebelum kembali menyambung makan. "Kau jangan nak perasan yang kata-kata kau tu betul"

"Betul apa yang aku cakap" Farhan mengangkat kedua keningnya.

Luthfi menggeleng. "Kau ada tak charger jenis Samsung yang macam ni? Buat pengetahuan kau, telefon ni tak dapat dihidupkan sebab kehabisan bateri bukan sebab naik malu dengan aku. Aku tahulah aku kacak"

Farhan menjuihkan bibir. Rasa mual pula bila lelaki di hadapanya memuji dirinya sendiri walaupun memang kenyataan bahawa Luthfi sememangnya hensem.

"Rasanya tak ada kot. Kenapa?" Farhan seperti dapat hidu apa yang difikirnya. Memang kawan 'terbaik' dia ni.

"Tak adalah. Aku cuma nak tengok gambar kat homepage telefon tu. Aku rasa aku nampak gambar tiga orang perempuan. Mungkin keluarga budak tu kot"

Farhan hanya mengangguk dan terus menghabiskan makananya. Baru saja dia berdiri, dia menoleh ke arah Luthfi.

"Fi, kau gaduh lagi ke?"

Luthfi memandang Farhan dengan pandangan terkejut.

"Tak payah nak terkejut sangat. Aku hafal dah dengan riak muka tak boleh blah kau tu. Buktinya baju sekolah kau yang sudah 'dicorak' dengan cantik sekali. Haih! Bilalah kau nak berhenti ni"

Luthfi sekadar menjongket bahu. "Sampai aku jumpa dengan bakal permaisuri hati aku. Cia cia cia" tangan kanan diletakkan di atas dada kirinya sambil tersenyum nakal ke arah Farhan.

Farhan mengacah-acah hendak membaling bekas makananya ke arah Luthfi sebelum keluar dari situ. Dari luar, kedengaran gelak besar Luthfi di dalam kedainya.

Farhan menggeleng sebelum mengeluh dalam diam. 'Bilalah kau nak berubah ni, Fi. Tak penat ke asyik bergaduh. Dah tu pindah sekolah lagi. Ni dah masuk kali keempat dia pindah. Sabar sajalah dapat kawan samseng ni'

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now