Bab 4

37 3 0
                                    


Zara yang selesai membuka kasutnya di hadapan pintu rumah, terhenti langkahnya apabila memandang gerangan yang sedang berpeluk tubuh di pintu utama. Tahulah dia selepas ini dia akan dimarahi oleh kakaknya yang garang seperti singa, mengalahkan ibunya yang lemah lembut.

"Dari mana?" Tanya kakaknya setelah Zara menyalami tanganya.

Zara tersengih. "Hehehe.."

"Hehe..sengih-sengih. Dah masuk cepat, solat lepas tu makan. Akak nak 'interview' adik puas-puas lepas ni"

Zara hanya mengangguk tanpa rela. Dia masuk ke dalam rumah diikuti kakaknya dari belakang. Puan Noralam yang sedang menonton televisyen di ruang tamu, menoleh ke arah Zara.

"Adik ni buat ibu dan akak risau saja. Adik kata nak melawat kawan kat hospital. Takkan melawat sampai hampir lewat senja?" Soal Puan Noralam lembut setelah Zara menyalaminya.

Zara rasa serba salah. "Nanti lepas makan malam, adik ceritakan kat ibu dan akak ya. Adik naik atas dulu"

"Yelah, pergi cepat"

Zara segera berlari-lari anak menuju ke tangga, hendak naik ke tingkat atas. Aleeya yang melihat kelibat adiknya menghilang, menggeleng perlahan.

Dia berjalan ke dapur, hendak menghidangkan lauk-pauk yang sudah dimasak tadi. Pinggan dan mangkuk disediakan di atas meja. Makanan mereka pada malam itu ringkas saja. Ayam goreng, udang masak merah dan sayur kailan. Kehidupan mereka tidaklah semewah mana dan tidak juga terlalu miskin. Hanya sedang-sedang dan masih mampu cuma di sekolah, Aleeya dan Zara akan diberi barang-barang sekolah secara percuma dan mereka berdua merupakan pelajar bantuan. Puan Noralam pula, untuk menampung keperluan mereka, dia bekerja sebagai penjual di kantin sekolah Aleeya dan Zara dengan dibantu oleh sepupu-sepupunya yang tinggal di kawasan yang berdekatan dengannya. Tetapi semenjak ini, tenaganya semakin lemah jadi dia memutuskan untuk menyuruh Aleeya menggantikkan tugasnya memandangkan Aleeya sudah tamat sekolah sementara dia menyediakan makanan di rumah. Zara pula, bakal naik di tingkatan tiga.

"Ibu, tengah angankan apa tu? Makanan dah siap. Adik pun dah turun. Jomlah makan" teguran lembut Aleeya membuatkan Puan Noralam kembali ke dunia realiti. Puan Noralam hanya senyum dan mengangguk.

Selesai mereka makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu. Aktiviti kebiasaan mereka. Jika ayah mereka masih hidup lagi, pasti mereka akan tergelak dengan lawak yang dibuat oleh ayah mereka dan usikan ayah kepada ibu mereka sehingga Puan Noralam naik malu. Namun semuanya hanya sementara setelah ayah mereka telah disahkan menghidap kanser dan menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat yang hening.

Puan Noralam dan Aleeya sama-sama memandang ke arah Zara dengan pandang berbeza. Aleeya dengan pandangan seriusnya dan Puan Noralam dengan pandangan lembut.

Zara menarik nafas dan menghembuskan perlahan. "Okey, adik ceritakan semuanya dari awal. Tentang adik melawat Anna tu, adik memang betul-betul dah lawat dia"

"Kalau adik dah melawat, kenapa balik lewat sangat? Banyak sangat ke benda yang nak diborakkan tu?" Laju Aleeya menyoal. Puan Noralam menampar perlahan pehanya, menegur akan kelakuan Aleeya yang nampak gelojoh itu. Aleeya memang seorang yang tidak penyabar bila ia berkaitan dengan keluarganya. Ternyata sikapnya itu sedikit sebanyak mewarisi ayahnya, seorang yang amat memetingkan dan melindungi keluarga sendiri.

Zara menunduk sedikit. "Adik tahu adik salah tapi sebenarnya ada kemalangan semasa adik on the way nak balik rumah"

Kedua perempuan itu mengerutkan dahi. Kemalangan?

Zara mula menceritakan tentang seorang pemuda kacak yang telah menyelamatkannya dari dilanggar, membantu dia menghidupkan telefonnya dan dipinjam telefon lelaki itu buat sementara dan menghantarkan Zara pulang dengan teksi.

Puan Noralam mengangguk-angguk, memahami cerita Zara tetapi tidak bagi Aleeya kerana dia rasa ada sesuatu tertinggal di situ.

"Kalau dia yang baik hati membaiki telefon adik tu, maknanya telefon dia ada kat adiklah?" Soalan Aleeya membuatkan Zara tersengih. Teragak-agak dia mengangguk.

"Akak pun satu juga".

Aleeya kerut dahi. "Kenapa pula akak?"

"Yelah, bukan main lenguh jari adik asyik cuba call akak tapi akak tak juga jawab-jawabnya" Zara mencebikkan bibir. Sakit hati dia apabila mengenangkan ketika dia berasa di dalam teksi, berkali-kali dia cuba menghubungi kakaknya tetapi ada saja halangan. Talian tak dapat disambunglah, panggilan tengah sibuklah, panggilan ditolaklah.

Aleeya membuat muka selamba. Dalam diam, dia mengaku juga akan kesalahanya. Siapa juga tidak pelik, bila nombor yang tidak dikenali berkali-kali menelefonnya. Kalau dia tahu yang menelefonnya itu adalah adiknya, memang dari awal lagi dia dah angkat panggilan itu. Tak adalah nak risau sangat sampau dia mundar-mandir bagai.

"Dahlah tu, yang penting adik dah selamat pulang rumah. Telefon adik tu macam mana?"

Soalan Puan Noralam membuatkan Zara menjongket bahu.

Aleeya berfikir seketika sebelum ideanya muncul. Ting!

"Apa kata macam ni, adik cuba call lelaki tu guna nombor adik lepas tu suruh lelaki tu berjumpa dengan adik kat tempat terbuka dan ramai orang. Atau adik nak akak temankan?"

"Hmm..nak akak temankan adiklah. Segan pula kalau adik seorang-seorang saja yang jumpa dia. Okeylah, kita cuba esok".

"Okey".


*****


Zara merenung Iphone 7 milik lelaki yang menyelamatkannya petang tadi. Ketika skrin telefon itu menyala, kelihatan gambar keluarga lelaki itu di homepagenya. Sepasang suami isteri yang kelihatan berusia duduk di sofa manakala seorang lelaki muda sedang berdiri di belakang sambil memegang bahu kedua ibu bapanya. Sebuah keluarga yang kecil tetapi nampak bahagia.

Zara menggigit bibirnya. Berkira-kira sama ada hendak mesej lelaki yang tidak diketahui namanya itu ataupun dibuat panggilan saja.

Sedang dia berfikir, Aleeya muncul dan duduk di sebelah Zara. Diperhatikan adiknya yang nampak seperti tengah mengelamun itu. Apa pula adik aku angankan ni?

"Adik, tengah angankan apa tu?" Tegurnya perlahan. Zara yang tersedar, menoleh ke arah Aleeya sebelum tersengih pahit.

"Adik tak berangankan apa pun. Cuma adik berfikir saja"

"Adik fikirkan apa?"

Zara memandang kakaknya. "Macam mana ni akak? Adik malulah nak call atau mesej abang tu"

"Takkan Zara nak simpan Iphone dia, dia pula simpankan Samsung Zara. Kalau Zara malu, biar akak saja yang call dia"

Zara tanpa kata, terus menyerahkan Iphone itu kepada Aleeya. Aleeya cuba menghubungi lelaki itu dengan mengunakan nombor Zara. Jam di dinding, sempat dikerling. Hampir pukul sepuluh malam. Puan Noralam pula, sudah beradu di biliknya.

Lama panggilanya belum berjawab. Aleeya memandang Zara yang sudah mengeluh. "Mungkin abang tu dah tidur agaknya. Tak apalah akak, kita cuba sajalah esok"

Baru saja Zara hendak menaiki tangga, tiba-tiba...

"Assalamualaikum" suara Aleeya memberi salam membuatkan Zara menoleh ke arahnya. Mereka berbalas pandangan seketika.

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now