Bab 15

18 2 0
                                    




   Luthfi hanya berlegar-legar di sekeliling kawasan dalam kedai Farhan. Farhan pula, meminta dia menjaga kedai lelaki itu buat sementara kerana dia ada hal yang penting. Entah apa yang pentingnya, Luthfi malas nak ambil tahu.

   Penat berjalan, Luthfi duduk di hadapan meja kaunter dengan belakang badannya disandarkan ke arah meja kaunter manakala sebuah kerusi kecil disebelahnya, ditolak ke hadapannya. Membiarkan kedua kakinya bersilang di atas kerusi kecil itu.

   Iphone 7 ditangannya, direnung tajam. Menunggu panggilan dari seseorang. Sesekali dia menghidupkan telefonnya, melihat jam. Sudah hampir setengah jam dia menunggu tetapi orang di sana belum juga menelefonnya.

   Tunggu punya tunggu, akhirnya penantiannya berakhir juga apabila telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.

   Cepat-cepat Luthfi menekan punat hijau dan spontan dia berdiri. Tangan sebelah menekapkan telefon ke telinga manakala sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket.

   "Hello! Kau ni, bukan main lama lagi aku tunggu baru kau nak telefon aku. Kenapa tak telefon aku habis satu jam ni?" Sindir Luthfi geram.

   Adi di sebelah sana, tersengih. "Ala, sorry la. Macam kau tak tahu, aku tengah cari tempat dan masa yang sesuai daripada diketahui kawan-kawan aku semata-mata hendak menelefon kau. Kau hargailah sikit pengorbanan aku ni"

   Luthfi hanya membalas dengan nada malas. "Yelah..yelah. Terima kasih ya, encik Hady Zikrullah kerana sanggup mengorbankan masa kau untuk aku. Tak ku dapat balas macam mana budi kau tu"

   Adi hanya tersengih. "Sama-sama"

   "Dahlah. Balik ke topik asal. Ke mana saja si 'not cool man' tu bawa kau dan kawan-kawan kau?" Tanya Luthfi. Sesekali dia membetulkan cakera padat yang tidak tersusun sebelum tangannya kembali dimasukkan ke dalam poket jeans.

   "Sekarang kitaorang tengah makan kat restoran. Banyak betul duit dia nak belanja kitaorang makan kat restoran mahal-mahal ni. Kau jangan jealous pula"

   "Huh! Tak ada masa aku nak cemburu. Aku pun boleh lah belanja kau makan kat restoran lima bintang. Tapi semua tu tak penting. Yang penting sekarang aku nak tahu, Aleeya tengah buat apa?"

   "Agaknya Aleeya pergi ke tandas kot. Boleh kau bayangkan tak, dia melayan Aleeya macam tuan puteri dah tu sanggup temankan Aleeya ke tandas. Kalau dia tu perempuan, tak apalah juga. Nasib baik Aleeya sempat menghalang" Adi membebel panjang. Sesekali matanya mengawasi kalau-kalau kawannya ada muncul.

   Luthfi mengeluh geram. Tidak tahulah apa yang ada kat si Fikry tu sampai Aleeya suka kat dia. Nak kata hensem, rasanya dia lagi hensem. Macam mana dia tahu. Adi ada memperlihatkan gambar rakan-rakannya ke arah Luthfi sambil memperkenalkan mereka seorang demi seorang.

   Sedang dia mengeluh, matanya terpandangkan salah satu cakera padat yang bertajuk 'Twilight'. Spontan dia terbayang sesuatu.

   Terbayang dalam fikirannya, Fikry adalah vampire dan Aleeya manusia biasa pada mulanya. Akhirnya Aleeya bertukar menjadi vampire juga setelah berkahwin dengan Fikry.

   Luthfi geram dan terus mengambil cakera padat itu dari raknya. Tidak mahu terbayangkan benda yang sama, namun dia terpandang pula tajuk bernama 'Romeo and Juliet'.

   Sekali lagi dia terbayang, Aleeya sedang berdiri di hadapan bot kemudian dia terpandang Fikry yang berada di jambatan. Mereka berpandangan seketika sambil tersenyum, membibitkan rasa cinta.

   "Hish! Tak mungkinlah!" Luthfi tidak dapat menahan rasa, menjerit sedikit dan diambil cakera padat itu dari raknya sekali lagi. Susah betul bila hati dah kacau ni!

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now