Bab 12

18 2 0
                                    


"Hahaha! Lawak betul la tadi tu"

Adi dan Luthfi kembali tergelak apabila teringatkan wajah merah Miss Ella yang geram melayan mereka semasa di kelas tadi. Sekarang mereka sudah berada di kantin.

Luthfi menggeleng seraya menyudahkan tawanya. Dia menghela nafas akibat banyak ketawa tadi.

"Tak sangka seronok juga mengusik perempuan ni"

Adi memandang Luthfi, tidak percaya.

"Kau tak pernah mengusik perempuan sebelum ni?"

Asyraf pula, membeli makanan dan minuman. Dah diorang berjaya, kenalah tunaikan janji dia.

Luthfi menggeleng.

"Tak. Tak pernah. Bila dah buat ni, rasa macam nak mengusik lagi"

Dia memerhati sekeliling kantin.

Adi tersengih.

"Wohoo! Kira nak cari 'mangsa' baru lah ni. Okay, kau nak pilih yang mana?" Adi mengikuti perbuatan Luthfi.

Mata Luthfi terhenti ke arah seseorang. Bibirnya terukir senyuman sinis. Sudah dapat targetnya.

"Aku dah jumpa" kata-katanya mrmbuatkan Adi menoleh ke arahnya.

"Dah jumpa? Siapa? Mana?"

Dia cuba melihat ke arah yang dipandang Luthfi. Tergamam seketika setelah dia mengetahui 'mangsa' yang dipilih Luthfi.

"Wei! Takkanlah.. Takkanlah kau nak pilih..-"

"Shhh!"

Luthfi meletakkan jari telunjuk ke bibirnya, menyuruh Adi tidak perlu meneruskan kata-kata.

"Kalau dah tahu, senyap je"

"Wei! Kalau orang lain, bolehlah. Tapi kalau yang tu.. Wei! Fi!"

Adi cuba memanggil Luthfi yang sudah berjalan. Namun nampaknya lelaki itu tidak menghiraukan.

"Dia nak ke mana pula tu?"

Asyraf muncul sambil menatang dulang yang berisi makanan dan minuman.

"Dia dah jumpa 'mangsa' baru lah"

Asyraf mengerutkan dahi. "Mangsa baru?"

Adi mengeluh. "Semua ni kau punya pasal. Ada ke patut buat cabaran macam tu. Sekarang tengok apa jadi"

Mereka sama-sama memandang ke arah Luthfi yang sudah jauh ke hadapan menuju gerai tempat menjual makanan dan minuman.

Sebaik saja tiba di hadapan gerai, Luthfi tersenyum lalu meletakkan kedua tangannya di atas meja. Dipandang seorang gadis yang sibuk menuang minuman ke dalam cawan plastik.

"Hai!" Tegurnya mesra.

Aleeya melihat ke arah lelaki yang tidak dikenalinya dengan kerutan di dahi. Siapa pula lelaki ni? Tak pernah nampak pun.

Dia tidak mengendahkan Luthfi dan kembali menyambung kerjanya. Namun Luthfi tidak mahu mengalah.

Dia menjenguk ke dalam gerai itu. Nampak macam hanya gadis itu seorang saja yang menjaga gerai ini.

"Mana makcik-makcik yang ada kat gerai ni? Diorang tak tolong awak ke? Kesian awak. Nak saya tolong?" Senyum lagi.

Aleeya menghentikan kerjanya dan berpusing menghadap ke arah Luthfi.

"Ya, nak beli apa?"

Luthfi tersenyum.

"Nak beli hati awak boleh?"

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now