Bab 10

26 2 0
                                    


Kaki Luthfi dilangkahkan untuk menuruni tangga tetapi mindanya melayang entah ke mana. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Adi semasa mereka berada di kelas tadi.

"Fi, kenapa kau tanya pasal Cik Aleeya. Kau suka dia ke?" Adi menghadapkan badanya ke arah Luthfi. Mentang-mentanglah cikgu diorang tengah MC.

Luthfi menjungkit bahu. Dipandang Adi yang mengurut dagunya.

"Kenapa?"

"Aku rasakan, lebih baik kau jangan suka Cik Aleeya"

Luthfi mengerutkan dahi. "Apasal tak boleh suka?"

"Sebab Cik Aleeya tu garang, dia tak pernah layan mana-mana lelaki kat sini. Buktinya, kau sendiri tengokkan dia hanya melayan pelajar perempuan je. Pelajar lelaki yang cuba mengurat dia, langsung tak dilayan"

"Memang patut pun dia tak layan diorang sebab muka macam pecah rumah," selamba Luthfi membidas.

"Amboi, powernya mulut kau! Lelaki kacak macam kita ni pun dia tak layan tau. Kau nak tahu sebab apa? Sebab dia dah tersuka seseorang"

"Dia suka siapa?"

Adi menoleh sekelilingnya. Semua pelajar kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing. Kemudian dia menarik kerusinya ke depan sedikit untuk memudahkan dia berbual dengan Luthfi daripada didengar orang lain.

"Kau kenal Hafiz Zikry?"

Luthfi mengerutkan dahi. "Siapa pula tu?"

Tidak semena-mena, Adi menepuk dahinya.

"Lupalah pula, kau kan baru pindah. Macam nilah. Aku ceritakan kat kau pasal dia secara ringkas saja. Aku harap kau ingat kata-kata aku ni sampai bila-bila. Kalau boleh sampai keluar sekolah ni pun kau kena ingat"

Luthfi mengangguk malas. "Yelah-yelah, cepatlah beritahu"

"Hafiz Zikry. Dalam sekolah ni orang yang menyebut namanya, akan terus kecut perut. Macam aku sekarang ni. Tiada siapa dalam sekolah ni tak kenal dengan budak samseng tu. Dia merupakan gangster kat sekolah ni. Dalam sekolah ni, dia ada dua orang kepercayaan dia tetapi kat luar sekolah, tak terkira berapa banyak anak buah dia"

"Dah tu, apa kena-mengena dia dengan Cik Aleeya tu?"

"Tadi, aku ada cakap kat kau kan yang Cik Aleeya ada tersuka orang"

Luthfi mengangguk.

"Hafiz Zikry mempunyai seorang abang. Nama dia Hazif Fikry atau pendeknya Fikry. Lelaki tu sukakan Aleeya dan Aleeya pun sukakan dia juga"

Luthfi mengangguk-angguk faham.

Adi berfikir seketika sebelum teringatkan sesuatu. "Aleeya ada adik juga. Nama dia Aisya Az-Zahra. Cuma aku nak beri amaran kat kau sikit. Jauhkan diri kau dari terlibat dengan budak bernama Hafiz Zikry ni atau panggilan famous dia, Zack"

Zack?

Luthfi seperti pernah mendengar nama itu dan mindanya terbayang kembali kejadian kali pertama dia masuk sekolah ini lalu seorang lelaki melanggarinya dan mencari gaduh dengannya.

Luthfi tersenyum sinis. "Aku rasa aku dah jumpa dengan budak yang bernama Zack ni"

Adi terus membuntangkan mata. Dia menjadi kalut mendengar ayat yang terluah dari mulut Luthfi.

"Apa? Kau dah jumpa dia? Jumpa kat mana? Dia ada apa-apakan kau tak? Dia belum lagi declare war dengan kau kan?" Bertalu-talu Adi menyoal akibat kalut sangat.

Luthfi memandang Adi dengan tenang. "Aku jumpa pagi tadi. Tak, dia tak apa-apakan aku cuma tulah masalahnya"

Luthfi memperlahankan suaranya, khas untuk didengari olehnya dan Adi saja.

"Mungkin dia dah start declare war dengan aku agaknya"

*****

Fikiran Luthfi kembali ke realiti apabila dia hampir-hampir hendak berlanggar dengan pelajar perempuan yang menaiki tangga. Mereka berpandangan seketika sebelum terpaku.

"Eh, abang ni yang selamatkan saya masa tu kan?" Soal Zara ingin kepastian. Walaupun kejadian itu sudah berlalu tetapi dia masih ingat lagi wajah penyelamatnya.

Luthfi turut memandang Zara sebelum tersenyum.

"Yup. Lepas ni, kita akan berjumpa selalu agaknya"

*****

"Sorry Zara lambat sikit" Zara segera melabuhkan punggungnya di sebelah Anna.

"Dimaafkan. By the way, Zara. Siapa tu?" Bisik Anna sambil memuncungkan bibir ke arah Luthfi yang bersalaman dengan Aniq.

Zara tersenyum. "Anna ingat lagi tak, abang yang pernah Zara ceritakan kat Anna masa tu?"

Anna cuba mengimbas kembali perbualannya bersama Zara sebelum membuntangkan mata. Dipandang Zara dan Luthfi silih berganti tanda tidak percaya.

"Eh! Abang tu, abang ni ke? Tapi macam mana boleh dia ada kat sini? Takkan dia stalker kau pula? Aduh!" Anna mengusap pahanya yang ditampar oleh Zara.

"Mana adalah. Abang Fi baru pindah sekolah kat sini pagi tadi"

Zara menoleh ke arah Luthfi.

"Abang Fi, kenalkan ni kawan-kawan Zara. Ni Anna Laila dan yang tu, Aniq shortcut for Aniqueddin"

"Panggil Anna je" Anna sempat memberi senyuman kepada Luthfi, sebagai tanda hormat. Luthfi turut membalas.

"Korang bertiga satu kelas ke?" Luthfi memandang mereka satu-persatu. Serentak ketiga-tiga mereka mengangguk. "Tingkatan berapa?"

"Dah masuk tingkatan tiga. Abang Fi pula, tingkatan berapa?"

"Abang tingkatan lima dah"

"Oh, jadi tahun ni abang SPM lah?" Aniq sedikit melopong.

Luthfi hanya senyum dan mengangguk. Kemudian dia menilik ke arah jam tangannya sebelum berdiri.

"Abang balik dulu, kita jumpa lagi esok. Rajin-rajin belajar tau" mereka mengangguk lagi dan Luthfi terus berlalu dari situ setelah memberi salam.

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now