Bab 13

20 2 0
                                    




Semenjak kejadian Luthfi menegur Aleeya dengan ayat pick up line dia, lelaki itu semakin lama semakim suka mengusik dan mengganggu Aleeya.

Kalau Aleeya tidak diganggu pada waktu rehat, dia akan mengganggu gadis itu semasa tamat sekolah. Tak aman hidup Aleeya dibuatnya.

Aleeya yang selalu diganggu Luthfi, berasa rimas. Namun semakin lama juga dia mengenali lelaki yang setahun muda darinya itu. Dia juga tidak menyangka bahawa Luthfi adalah lelaki yang menyelamatkan adiknya.

Dia kembali teringat kata-kata Zara ketika mereka hendak balik.
*****
Ketika itu, Aleeya sedang menyusun barang-barang dapur tetapi perbuatannya dilakukan sedikit laju kerana tidak mahu diganggu oleh Luthfi. Namun seperti yang dijangka, Luthfi muncul di hadapan gerai dengan wajah yang sedikit basah akibat bersukan tadi.

Luthfi tersengih. "Hai Aleeya!"

Aleeya yang tidak tahan diganggu Luthfi, memutuskan untuk berhadapan dengan lelaki itu. Dia menghentikan kerjanya dan memandang Luthfi. Terkebil-kebil seketika melihat Luthfi yang dalam keadaan berpeluh. Budak ni nak goda aku ke apa? Eh! Jangan kau nak macam-macam Lia. Fikry kau nak letak mana?

Aleeya kembali ke realiti. Dipandang Luthfi dengan tajam. "Adnan Luthfi, boleh tak awak jangan ganggu saya lagi"

Luthfi segera menggelengkan kepala"Tak boleh. Kalau saya tak ganggu awak, awak akan ganggu saya"

Aleeya mengerutkan dahi, pelik. Apa maksud dia yang aku akan ganggu dia? "Bila masa pula saya ganggu awak?"

"Yelah, setiap malam saya asyik termimpikan awak datang ke rumah saya dan melamar saya. Dalam mimpi tu, saya terkejut dan pengsan tetapi bila saya bangun, saya kembali ke dunia realiti pula. Tak sempat nak terima lamaran awak"

Aleeya menjeling. Tidak percaya dengan kata-kata Luthfi.

"Awak ingat saya akan percaya mimpi awak tu. Mimpi hanya mainan tidur. Tak akan pernah terjadi. Entah-entah awak tak basuh kaki dan membaca doa sebelum tidur"

"Saya dah basuh kaki. Masa saya tadah tangan, saya membaca doa dan sempat bermohon agar awak masuk dalam mimpi saya. Tetapi yang pasal awak datang rumah saya dan melamar saya tu, bukan saya yang berdoa"

"Dahlah, awak nak apa lagi ni? Gerai ni saya nak tutup"

Luthfi tersengih. "Nak awak boleh?" bisiknya, tidak mahu Aleeya dengar.

"Apa?" Aleeya menyoal. Dia seperti ada terdengar Luthfi mengatakan sesuatu.

"Nak air. Dahagalah" Luthfi cepat-cepat memberi alasan. Lagipun dia memang tengah dahaga pun cuma bila bertemu dengan Aleeya, dia terus terlupa semua tu. Terlupa okay!

Aleeya mencapai botol air sejuk di dalam peti ais yang memang disediakan di dalam gerai itu dan diberi kepada Luthfi.

Luthfi mengeluarkan not sepuluh ringgit dan sempat berkata. "Keep the change. Saya ikhlas"

Luthfi senyum dan mengenyit sebelah mata.

"Okeylah saya balik dulu, Assalamualaikum"

Aleeya memandang kelibat Luthfi berlalu sebelum menjawab salam Luthfi di dalam hati. Dia menoleh ke arah duit yang diberi Luthfi. Duit itu besar sikit jumlahnya dari harga asal air yang dibeli Luthfi tadi tetapi dah rezeki. Terima sajalah.

Aleeya mencapai duit itu dan menyimpannya ke dalam beg duit yang selalu dibawa olehnya. Selepas itu, semua duit yang dikumpul itu, akan diberi kepada ibunya.

"Akak kenal Abang Fi ke?" Tiba-tiba satu suara muncul membuatkan Aleeya tersentak sedikit. Ingatkan Luthfi berpatah semula ke arahnya, rupanya itu adalah Zara.

"Abang Fi?"

Zara mengangguk. "Abang yang berbual dengan akak tadi. Ha! Kalau akak nak tahu, dialah yang selamatkan Zara masa tu. Tak sangka pula akak kenal dia"

Aleeya terdiam mendengar kata-kata Zara. Jadi lelaki yang menyelamatkan Zara dan lelaki yang bertelefon dengannya adalah Luthfi. Keciknya dunia!
*****
Di luar kelas...

Hari ini adalah giliran Aleeya menyapu di bahagian koridor tingkat dua. Dia menyapu dari hujung kelas sehingga dia tiba di kelas yang berhampiran dengan tangga. Dia sempat menjenguk ke dalam kelas sebelum terpaku melihat kejadian di hadapan matanya.

Di dalam kelas...

Semua pelajar tingkatan lima sedang sibuk mengulangkaji pelajaran kerana mereka bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun tidak lama lagi.

Luthfi yang biasanya mengusik tidak kira pelajar mahupun cikgu-cikgu, menjadi serius belajar. Tabik spring buat budak nakal ni!

Tetapi Luthfi terganggu dengan kelakuan Adi yang tidak henti-henti mengipas mukanya menggunakan fail nipis lamanya.

Luthfi menoleh ke arah Adi. "Wahai Hady Zikrullah, boleh tak kau berhenti kipas fail tu? Dahlah berbau hapak. Aku sensitif tau dengan habuk ni"

Adi tidak mengendahkan kata-kata Luthfi. Dia hanya terus menulis sesuatu di atas buku latihannya sambil tangan kanan masih setia mengipas. Jangan pelik macam mana Adi boleh pandai tulis guna tangan kiri tetapi makan guna tangan kanan. Itulah keistimewaan seorang Adi. Poyo je!

Luthfi yang tidak tahan dengan bau hapak itu, menutup hidungnya namun dia sudah terlambat apabila bau itu sudah menusuk ke dalam hidungnya membuatkan dia terasa seperti hendak bersin.

Adi berhenti menulis apabila menyedari Luthfi tidak melukunya seperti biasa. Dah taubat ke kawan aku seorang ni?

Kemudian dia menoleh ke arah Luthfi. Sedikit pelik apabila melihat Luthfi menutup hidung dan mulutnya menggunakan tangan.

"Wei, Fi! Kau okay tak ni?" Soalnya risau. Takkan menangis pula? Sebelum ni aku tak layan pun, dia buat derk saja.

"Aku..Aku nak...Haacuhhmmm!" Spontan Luthfi tertoleh ke arah Adi membuatkan Adi berundur sedikit ke belakang.

"Eeee....~" Adi mengeliat kegelian. Segera dia mencapai fail nipisnya tadi dan dikipaskan ke arah Luthfi, seolah-olah cuba mengusir penyakit bersin Luthfi dari terkena ke arahnya.

Luthfi tidak mengendahkan Adi. Digosok hidung mancungnya yang sedikit gatal sebelum matanya terpandang Aleeya diluar kelas. Eh?

Luthfi tersengih lalu melambai ke arah Aleeya. Aleeya malu apabila Luthfi melambai ke arahnya. Entah kenapa dia tiba-tiba berasa malu. Mungkin masih tidak menyangka Luthfi adalah orang yang menyelamatkan adiknya dan dia pula membalas kebaikan Luthfi dengan melayan kasar dan acuh tak acuh pada lelaki itu. Segera dia mengatur langkah dan berlalu dari situ.

"Kau tengah lambai siapa tu?" Adi menoleh ke arah luar jendela kelasnya. Tiada apa-apa pun. Okey ke tak si Luthfi ni?

Luthfi tidak membalas sebaliknya dia kembali menghadap ke arah bukunya. Hendak sambung membaca. Tetapi hatinya masih berbunga-bunga apabila terpandang Aleeya di luar kelasnya dan gadis itu juga memandang ke arahnya. Ecehmen! Aleeya dah jatuh suka kat dia ke?

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now