Bab 5

28 3 0
                                    


"Mana dia ni? Dah hampir setengah jam kita tunggu. Adik pasti ke, lelaki-lelaki kat sana tu bukan dia?" Aleeya melontarkan pandangan ke arah beberapa orang pemuda yang sedang berjogging.

Zara menggeleng. "Adik masih ingat muka dia lagilah akak. Tunggulah sekejap lagi. Mana tahu dia muncul tak lama lagi. Akak boleh bersabar sedikit tak"

Aleeya sedikit merengus. "Nasib baik hari ini tak sekolah. Dan nasib baik mood akak tengah baik sedikit"

Sekali lagi Zara menggeleng sebelum ditoleh ke arah sekeliling taman itu. Masih lagi dia ingat semalam lelaki itu menyampaikan persetujuan hendak menemui mereka di taman pada waktu pagi. Takkanlah dia mungkir janji kot? Tak mungkinlah. Siapa juga tak sayang Iphone sendiri. Dahlah keluaran terbaru.

Sedang mereka menunggu, kedengaran satu suara menyapa mereka membuatkan mereka sama-sama menoleh ke arah suara itu. Mereka nampak terkejut sedikit apabila bertemu dengan tuan empunya suara.

"Aleeya? Zara?"


*****


Kelmarin malam...

Luthfi menutup pintu rumahnya seperlahan dan sesenyap mungkin. Tidak mahu penghuni yang sedang tidur di dalam rumah, terbangun olehnya.

Dia memerhati sekeliling ruang tamu yang gelap dan menghembus nafas lega. Nampaknya papa awal tidur. Nasib aku baik malam ini.

Luthfi cepat-cepat mengaturkan langkah menuju ke arah tangga sebelum kawasan ruang tamu yang tadi gelap menjadi terang benderang. Spontan langkahnya terhenti. Dalam diam dia menyumpah akan kebodohan diri sendiri.

"Baru balik dari mana? Melepak dengan Farhan?" Satu suara garau menyoal Luthfi. Luthfi menelan liur. Kesat!

"Ad, bila papa cakap tu, pusinglah. Jangan membelakangi papa" tegur Puan Marina perlahan. Cepat-cepat Luthfi memusingkan badannya ke belakang, menghadap kedua orang tuanya.

Kelihatan Tuan Haidi sedang bercekak pinggang sambil merenung ke arahnya dengan tajam dan Puan Marina yang sedang memegang lengan suaminya, cuba menenangkan si suami yang hampir hendak 'meletop'.

"Jawab Adnan Luthfi!" Jerkah Tuan Haidi membuatkan Luthfi dan Puan Marina terjungkit bahu. Puan Marina mengusap dadanya perlahan. Sabar sajalah dapat suami garang ni.

"Ad..Ad melawat kedai Farhan kejap" tergagap Luthfi menjawab. Kepala sedari tadi ditundukkan.

Jawapan Luthfi membuatkan Tuan Haidi menghembus nafas panjang. Dipandang sekali lagi anak tunggalnya itu. Dia tidak tahu sikap siapakah yang diwarisi oleh anaknya itu. Adakah dia dan isterinya telah salah mendidik? Ataupun anaknya itu terikut pengaruh kawan-kawannya?

"Sekarang jawab soalan papa. Jawab sejujurnya. Lepas tamat sekolah, Ad ke mana?"

Luthfi berkali-kali menelan liur. Walaupun soalan itu kedengaran mudah tetapi susah dia hendak menjawab. Takkan nak cakap dia tengah bergaduh tadi. Gila namanya tu. Tetapi papa suruh jujur tadi.

"Adnan Luthfi bin Haidi" nama panjangnya disebut oleh Tuan Haidi.

Mendengar suaminya memanggil nama panjang anak lelakinya itu, Puan Marina berasa sedikit kalut. "Jawab sajalah soalan papa tu, Ad"

Luthfi mengeluh pendek. "Ad..Ad tengah ber..ber..-"

"Bergaduh?" Teka Tuan Haidi tepat. Mencerlung matanya memandang Luthfi.

Luthfi semakin menundukkan kepalanya. Kedua mata dipejam rapat. Menunggu denda yang akan dikenakan oleh papanya nanti.

Kedengaran Tuan Haidi mengeluh. "Papa tak tahulah macam mana nak ubah perangai Ad yang satu tu. Nak kata terikut perangai Farhan, papa tengok Farhan tu baik budaknya. Ad, ini dah kali keempat papa dengar Ad bergaduh dan sekolah tu merupakan sekolah yang keempat Ad pindah. Kalau perkara bergaduh ni sampai ke telinga papa lagi, awas. Papa akan denda Ad denda yang seberat-beratnya".

Selesai saja berkata-kata, Tuan Haidi terus membuka langkah. Luthfi yang dari tadi menunduk, mendongak memandang papanya tidak percaya. Dipandang Puan Marina dengan wajah meminta rayu. Puan Marina hanya mampu menggeleng dan mengekori suaminya dari belakang.

"Papa nak penjarakan Ad ke?" Tidak tahan dibelenggu perasaan tertanya dan takut, Luthfi terus menyoal. Soalannya membuat langkah kedua orang tuanya terhenti. Puan Marina memberi pandangan amaran kerana Luthfi telah menyoal soalan yang salah.

Tuan Haidi diam seketika sebelum menjawab. "Walaupun kerja papa untuk menangkap orang yang melakukan jenayah, papa tak akan sampai hati penjarakan anak kandung papa sendiri kecuali benda yang Ad buat tu melebih dan salah di sisi undang-undang" dan dia berlalu dari situ.

Puan Marina yang ternganga sedikit memandang suaminya dan anaknya silih berganti. Sebelum pergi, dia sempat bisik ke arah anaknya.

"Papa ada beritahu mama bahawa mulai malam ini, papa jatuhkan hukuman berkurung. Ad tak boleh keluar dari rumah ni termasuk bila papa tak ada kat rumah. Papa dah suruh mama untuk awasi Ad. Ingat, jangan lawan papa" Puan Marina ikut berlalu meninggalkan Luthfi yang terpinga-pinga.

Luthfi mengeluh buat kali kedua. "Papa ni. Ad bergaduh, berkurung. Ad membuli, berkurung. Cubalah beri denda lain lagi ke? Bosanlah asyik berkurung saja" rungutnya perlahan.

Dia segera naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sampai saja di bilik, dia membuka lampu dan terus merebahkan badanya di atas katil. Diam seketika sebelum dia menggerakkan kecil badannya, merengek tidak puas hati.

Tit tit!

Bunyi deringan telefon menghentikan perbuatan kebudak-budakkan Luthfi. Luthfi mengangkat sedikit kepalanya. Dengan menggunakan sebelah tangan, dia mencapai telefon milik Zara. Tertera nombor telefonnya di skrin kemudian dia menekan punat hijau.

'Assalamualaikum'. Kedengaran orang di sebelah sana memberi salam. Luthfi mengerutkan dahi. Suara ini macam dia kenal. Mungkin kakak si adik tu kot.

"Waalaikumussalam"

'Encik, boleh tak kita berjumpa sebab adik saya nak pulangkan telefon ni kat encik. Encik pun kena kembalikan telefon tu kat adik saya'.

Luthfi diam, berfikir sekejap. "Okey, tentang perjumpaan biar saya yang cadangkan. Kita jumpa kat taman besok. Pukul sepuluh tepat pagi. Deal?" Dalam diam dia berasa geli hati kerana dirinya digelar sebagai 'encik'. Gelaran itu kedengaran macam tua sangat walhal dia baru saja nak masuk 17 tahun.

'Hmm..okey. Deal. Kalau macam tu, terima kasih. Selamat malam'. Talian diputuskan.

Luthfi berbaring kemudian dia kembali bangun. Dia baru teringat sesuatu.

"Tapi bukan ke aku dah kena perintahkan berkurung oleh ayahanda. Hmm..malaslah nak telefon. Nanti suruh Farhanlah saja yang tolong pulangkan telefon ni. Bagus juga idea aku ni". Luthfi kembali berbaring. Tetapi entah kenapa terdetik hatinya hendak melihat gambar di telefon Zara.

Dia mencapai Samsung tadi dan menghidupkanya. Di bahagian homepage, kelihatan tiga orang perempuan sedang tersenyum memandang kamera. Dia kenal gadis comel itu. Gadis itulah yang diselamatkan olehnya petang tadi. Matanya dialihkan ke arah seorang wanita yang nampak sebaya dengan Puan Marina. Mungkin wanita itu emak dia kot. Tekanya dalam hati.

Matanya beralih lagi dan terpandang seorang gadis yang tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Kakak dia agaknya.

Lama Luthfi memandang wajah itu sebelum tersedar ada tulisan kecil yang tersusun di bawah muka masing-masing.

'Zara, Ibu, Kak Aleeya'

Entah kenapa Luthfi berasa tertarik dengan gadis yang bernama Aleeya itu. Nak kata cantik, boleh tahan. Nak kata comel, comel lagi adiknya tetapi dia senyum macam tu nampak menawan juga.

Bila hati dah terpikat, mesti jantung meronta-ronta ingin bersemuka dengan gadis itu. Serta-merta denda papanya sebentar tadi dilupakan buat sementara waktu. Tak kira apa jadi, dia ingin bertemu empat mata dengan gadis bernama Aleeya itu.

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now