"Abang Han buat apa kat sini? Nak kata berjoging, Abang Han tak pakai baju sukan pun" Zara memandang pelik ke arah abang sepupunya itu.
Farhan menggaru belakang kepalanya. Rupa-rupanya gadis yang diceritakan oleh Luthfi petang semalam, adalah sepupunya. Tak sangka betul dia. Kecilnya dunia!
"Abang Han bukan nak berjoging tetapi Abang Han nak pulangkan balik barang yang kawan abang 'terpinjam' tu. Kira Abang Han ni wakil kawan abanglah. Nah, telefon Zara!" Farhan menyerahkan Samsung itu kepada Zara. Bercahaya mata Zara melihat telefon kesayangannya kembali padanya.
"Terima kasih Abang Han. Ni telefonnya. Tak sangka pula abang yang selamatkan Zara semalam tu, kawan Abang Han" ujar Zara sambil menyerahkan Iphone ke arah Farhan.
Farhan hanya menyambut dengan senyuman. "Abang Han pun tak sangka. Okeylah, abang pergi dulu. Kang merajuk budak tu sebab abang lama-lama kat sini"
"Oh yelah, kenapa kawan awak tak datang saja? Tu kan Iphone dia?" Aleeya bersuara setelah lama mendiamkan diri. Rasa tertanya menguasai minda.
"Dia tak dapat keluar rumah sebab kena denda. Dendanya, rahsia. Pergi dulu, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab Aleeya dan Zara serentak. Mereka hanya memandang kelibat Farhan yang berlalu dari taman itu.
Aleeya menoleh ke arah adiknya dan menggeleng. Gembira sangatlah tu dapat Samsung dia balik sampai tersengih bukan main lebar lagi.
*****
"Assalamualaikum, aunty" Farhan memberi salam setelah pintu rumah milik Luthfi dibuka oleh Puan Marina. Tangan wanita itu disalam hormat.
"Waalaikumussalam. Ha, nasib baik Farhan datang. Cepat pergi naik atas. Nampaknya dah mogok anak aunty tu"
Farhan tersengih dan mengangguk. "Baiklah aunty" Dalam diam, dia sudah menggeleng dengan sikap Luthfi. Umur dah nak meningkat remaja tetapi sikap macam budak-budak. Maklumlah anak tunggal.
Farhan menaiki tangga dan berjalan menuju ke bilik Luthfi. Pintu bilik lelaki itu diketuk perlahan lalu dibuka. Matanya mencari-cari kelibat Luthfi sebelum pandangannya terjatuh ke arah manusia yang sedang berselubung selimut dari kepala hingga ke kaki di atas katil. Menggeleng dia dibuatnya. Parah kawan aku ni!
"Wei! Bangunlah. Waktu dah nak hampir tengah hari tetapi masih juga nak sambung tidur. Nak jadi anak teruna apalah kau ni. Cepat bangun!" Bahu Luthfi digoncangkan berkali-kali.
Perbuatannya itu membuatkan Luthfi sedikit mengeliat sebelum kembali menyambung tidurnya. Sekali lagi Farhan menggeleng. Sudah berputus asa dia hendak membangunkan kawannya yang liat hendak bangun itu.
Farhan melabuhkan punggung di hujung katil sambil memerhati sekeliling bilik Luthfi. Masih sama seperti dulu, tiada yang berubah. Matanya jatuh ke arah bingkai gambar yang tersusun di atas meja belajar. Tersenyum dia melihat gambar itu.
Gambar itu merupakan kenangan dia dengan Luthfi ketika mereka sama-sama menerima ijazah setelah selesai peperiksaan akhir tahun sekolah rendah. Dia sedikit beruntung kerana mendapat keputusan yang boleh membanggakan keluarganya manakala Luthfi hanya mendapat keputusan yang cukup-cukup makan saja. Ingat dia lagi dengan muncung Luthfi semasa mereka telah mendapat keputusan.
"Untunglah dia dapat 4A 1B. Aku saja yang tak beruntung" sindir Luthfi apabila melihat kawannya yang tersengih gembira.
Farhan tersenyum. "Ala, keputusan kau pun bagus apa. 3A 1B 1C. Okeylah tu"
"Okey bagi kau tetapi tak okey bagi aku" Luthfi memuncungkan bibirnya.
Farhan tergelak melihat reaksi kawannya. Bahu Luthfi dipeluk. "Bersyukur sajalah dengan apa yang kau dapat Luthfi. Yang membuatkan aku terkejut, subjek science kau A. Aku pula B. Dah cukup bagus dah tu"
"Dahlah. Kau boleh tak alihkan tangan kau dari bahu aku. Kalau kau ni perempuan, tak apalah juga" Luthfi cuba mengalihkan tangan Farhan yang masih hinggap di bahunya.
"Apa salahnya aku letak tangan aku kat bahu kau. Kita kan bestfriend. Okey juga kalau kau anggap aku macam perempuan. Mesti aku ni nampak comel dan kau pun tergoda" Farhan mengerdip-ngerdipkan matanya.
Luthfi mengeliat kegelian dan segera menjauhkan dirinya dari Farhan yang sudah tergelak besar. "Blahlah kau! Tak ingin aku!"
Farhan tergelak kecil apabila mengingati kenangan itu. Sampai satu dewan dia mengejar Luthfi yang cuba melarikan diri daripadanya. Nasib baik tak ramai yang perasan.
"Woi! Sengih-sengih. Sukalah tu dapat berjumpa dengan perempuan cantik tadi" jerkahan Luthfi membuatkan Farhan tersedar.
Dia menoleh ke arah Luthfi yang sudah menyandar di kepala katil. Monyok semacam saja muka Luthfi. Kecewalah tu!
Farhan tersenyum nakal dalam hati. Apa kat kita usik si perajuk ni?
"A'ah. Seronok sangat. Diorang siap minta nombor aku lagi tu. Tak sangka juga kan ramai yang minat kat aku. Aku tahulah aku ni hensem" Farhan berkata dengan nada riak. Riak tipu-tipu saja.
Luthfi yang melihat senyuman lebar Farhan, mencebik. "Malaslah nak cakap dengan kau. Dah keluar. Aku nak sambung tidur!" Selimut ditarik dan badannya diselebungkan lagi.
"Wei! Kalau dah bangun tu, bangun sajalah. Tak payah nak acah-acah tidur balik. Mama kau dah suruh aku bangunkan kau tadi"
"Biarlah" balas Luthfi disebalik selimut kemudian diam.
Farhan menggeleng. "Lantak kaulah. Malas aku nak layan. Baik aku sarapan dulu. Untunglah aku sebab aku orang yang pertama dapat merasa masakan mama kau" Farhan pura-pura hendak berlalu dari situ.
Seperti yang dijangka, Luthfi segera menolak selimut dan terus keluar dari bilik dengan rambut yang sedikit kusut masai.
Farhan hanya melihat Luthfi berlalu sebelum tersenyum. Dia tahu akan sikap Luthfi yang tidak suka orang lain terlebih dahulu merasakan masakan mamanya. Dia ingin dialah orang pertama yang makan makanan mamanya itu. Tuan Haidi kadang-kadang turut beralah bila mereka berebut ayam kari yang pernah dimasak oleh mamanya ketika dulu. Sekarang sikapnya masih lagi ada. Ingatkan dah berubah matang.
Farhan menoleh ke arah katil dan mengeluh. Budak ni, aku juga yang terpaksa kemaskan katil dia.
Selimut yang terjatuh di atas katil, diangkat dan dilipat. Cadar katil dibetulkan dan bantal-bantal disusun elok. Selesai mengemas, barulah dia keluar dari bilik dan menutup pintu.
YOU ARE READING
My Samseng Junior
Fiksi Remaja"Bilalah kau nak berhenti ni" - Farhan "Sampai aku jumpa dengan bakal permaisuri hati aku. Cia cia cia" - Adnan Luthfi. Disebabkan asyik bergaduh, dia terpaksa berpindah sekolah buat kali kelima. Tetapi siapakah yang akan menjadi 'bakal permaisuri'...