Bab 17

46 1 0
                                    


"Kamu bergaduh buat apa? Kamu ingat kamu bagus sangat ke? Nak nampak hebat? Walaupun masa sekolah sudah tamat tetapi selagi kamu belum keluar dari kawasan sekolah, kamu tetap berada di bawah pengawasan kami. Haih! Nasib baik sekuriti ada. Kalau tak, kamu berdua ni dah masuk hospital agaknya" Tergeleng Cikgu Maslan dibuatnya.

Luthfi dan Zack yang sedang berdiri di hadapan meja guru disiplin itu, hanya mendiamkan diri. Sesekali mereka saling menjeling tidak puas hati.

Cikgu Maslan yang perasan akan hal itu, memandang pelajar-pelajarnya itu silih berganti. "Hah! Nak bergaduh kat sini juga ke?"

Serentak mereka berdua menggeleng. Cikgu Maslan menghela nafas panjang. "Saya tak nak hal bergaduh ni berulang lagi. Apa yang kamu tengah gaduhkan tu pun, saya tak tahulah. Tengah berebutkan awek agaknya"

Luthfi sembunyi senyum mendengar kata-kata Cikgu Maslan. Bila dia terdengar perkataan 'awek', dia teringatkan kejadian selepas pergaduhan tadi.

Flashback

Sebaik saja Cikgu Maslan mengetahui pergaduhan itu dari salah seorang pelajar yang memberitahunya, dia segera tampil dengan beberapa orang guru lelaki dan pelajar lelaki untuk menghentikan pergaduhan itu dari berlarutan.

Luthfi dan Zack berjaya ditangkap dan mereka berdua dibawa ke bilik disiplin. Tidak lama selepas itu, hanya keluarga Luthfi yang datang ke sekolah. Tujuan mereka dipanggil adalah untuk menerangkan kejadian pergaduhan tadi kemudian membincangkan tentang denda yang akan Luthfi hadapi.

Puan Marina berkali-kali merayu agar Luthfi tidak digantung sekolah manakala Tuan Haidi hanya berpeluk tubuh, mendiamkan diri. Matanya menentang mata Luthfi dengan tajam sehingga Luthfi menundukkan kepalanya. Akhirnya Cikgu Maslan membuat keputusan untuk mendenda Luthfi menemani makcik-makcik membersihkan kawasan sekolah. Begitu juga dengan Zack.

"Luthfi, cikgu nak membincangkan sesuatu dengan ibu bapa kamu. Kamu nak ikut juga ke?"

Luthfi hanya menggelengkan kepala. "Tak apalah cikgu. Saya nak ambil angin sekejap"

Cikgu Maslan mengangguk. "Baiklah kalau macam tu. Tetapi lepas cikgu dah habis berbincang dengan ibu bapa kamu, kamu jumpa cikgu kat dalam. Cikgu nak bagi syarahan sikit kat kamu dan Hafiz. Ingat jangan bergaduh lagi kat luar tu"

Luthfi hanya senyum dan mengangguk. Setelah pintu ditutup oleh Cikgu Maslan, Luthfi mula berjalan ke luar kawasan bilik guru disiplin itu dan terus menuju bumbung sekolah. Dari bumbung itu, dia boleh nampak kawasan sekolahnya secara keseluruhan. Cantik.

Luthfi meletakkan kedua lengannya di atas palang besi dan menarik nafas perlahan sambil memejamkan mata, cuba menghirup dan menikmati udara segar. Rambutnya yang tidak terurus, terasa dibelai oleh angin bayu yang meniup lembut.

Lama dia dalam keadaan begitu sebelum dia terasa kehadiran seseorang disebelahnya. Luthfi segera membuka mata dan menoleh ke sebelah kanannya. Keningnya sedikit terangkat apabila melihat Aleeya sedang memandang langit sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket hoodie.

"Buat apa kat sini?" Soal Aleeya tanpa memandang Luthfi. Matanya tetap memandang ke arah langit.

Soalan Aleeya membuatkan Luthfi tersenyum nipis. Badannya dipusing, menghadap ke arah Aleeya namun lengan kirinya masih lagi setia di atas palang.

"Cik Aleeya pula buat apa kat sini? Cik Aleeya tengah cari saya ke? Wah! Risau juga Cik Aleeya kat saya ya"

Aleeya menjeling Luthfi sebelum Luthfi terasa sesuatu memukul lengannya membuatkan dia mengaduh. Tangannya menggosok lengan kanannya kemudian matanya tertangkap tangan Aleeya sedang memegang kertas A4 yang dilipat tiga. Nasib baik tak kena pukul guna kayu.

"Hah! Baru pukul sekali dah merengek macam budak-budak. Tahu pun sakit. Dah tu, yang pergi bergaduh tu kenapa? Nak tunjuk samseng? Huh! Samseng taik kucing!" Bebel Aleeya kemudian tangannya mencekak pinggang.

Luthfi hanya tersengih kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Jadi zina mata nanti kalau dipandang Aleeya lama-lama.

Aleeya menurunkan tangannya dan memerhatikan wajah Luthfi yang terdapat luka di bibir dan pipinya yang bengkak sebelah. Dia yang tengok ni pun, boleh membayangkan bagaimana sakitnya.

"Emm..luka awak macam mana? Awak dah rawat ke?" Soal Aleeya sambil menundukkan kepalanya. Baginya, dia hanya risau sebagai kawan ataupun risau sebagai kakak.

Luthfi mengerling Aleeya dan memegang mukanya. Apabila disentuh pipinya yang bengkak, dia meringis kesakitan. "Dah. Mama saya yang rawatkan"

Aleeya hanya mengangguk. Tidak lama, Aleeya seperti teringatkan sesuatu dan segera menyeluk seluarnya dan mengeluarkan sesuatu sebelum dihulurkan tepat-tepat di depan muka Luthfi.

Luthfi memandang ke arah barang di hadapan matanya dan Aleeya silih berganti. "Apa ni?" Dia mengambil keychain berwarna hitam putih berbentuk teddy bear dari tangan Aleeya. Comel.

"Motivator"

Luthfi mengerutkan dahi. "Motivator?"

Aleeya mengangguk. "Awak anggap sajalah hadiah ni sebagai pemberi semangat semasa awak menjawab soalan peperiksaan nanti"

Luthfi angguk perlahan tanda mengerti. Dibelek-belek keychain itu berkali-kali dan digantungkan ke arah beg sandangnya. Padan dengan begnya yang berwarna hitam putih.

Dia memandang ke arah Aleeya apabila dia terasa diperhatikan. Kening dinaikkan tanda 'apa?'

"Ucapan terima kasih tak ada ke?"

Luthfi tersenyum. "Tak nak. Apa kata saya tukar 'terima kasih' dengan sesuatu yang lain"

"Apa?"

"Saya akan balas pemberian Cik Aleeya dengan mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan pertengahan ni dan peperiksaan akhir tahun nanti. Amacam?"

Aleeya berfikir sekejap dan mengangguk setuju. "Hmm..boleh juga tu"

"Dengan syarat. Hah! Sebelum tu Cik Aleeya kenalah berjanji dulu"

"Buat apa pula?"

"Cakap 'janji' dulu"

"Okey-okey, saya berjanji" Aleeya memandang Luthfi curiga.

Luthfi tersenyum lebar mendengar lafaz Aleeya. "Syaratnya Cik Aleeya kena bantu saya belajar nanti. Macam mana?"

"Okey juga tu. Lagipun tarikh peperiksaan Zara sama macam tarikh peperiksaan awak juga"

"Okey, dan janjinya..Marry me!"

Luthfi segera melarikan diri apabila Aleeya mula naik hantu. "Adnan Luthfi!"

Flashback End

Luthfi terlepas tawa kecil sebelum menyedari dia masih berada di bilik disiplin. Dipandang Cikgu Maslan yang sedang memandang ke arahnya dengan pelik. Luthfi terus berdehem dan mula membuat muka serius. Acah-acah je tu.

"Baiklah, cikgu dah mengumumkan denda khas untuk kamu berdua tadi pagi. Jadi mulai esok, kamu berdua boleh memulakan kerja kamu. Faham?"

Luthfi dan Zack serentak mengangguk.

"Baiklah, kamu berdua boleh keluar" Luthfi dan Zack akur lalu keluar dari bilik disiplin.

Sebaik saja pintu bilik disiplin ditutup, Zack tiba-tiba mencekak kolar Luthfi namun Luthfi hanya membiarkan.

"Kau jangan ingat hal antara kita dah selesai. Ingat, kau masih lagi ada hutang kat aku"

Luthf menepis tangan Zack dari memegang kolar bajunya. Dikemaskan bajunya sambil berkata, "aku ada pinjam duit kat kau ke? Tak ada kan?" Kemudian dia selamba meninggalkan Zack di situ.

Zack hanya memandang kelibat Luthfi berlalu. Kejadian pagi tadi masih lagi bermain-main difikirannya. Dia tergamam apabila Luthfi boleh menumpaskan anak-anak buahnya seorang diri walaupun dia sendiri turut cedera. Kekadang dia tertanya-tanya, Luthfi ini manusia ke tak?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now