Bab 6

30 3 0
                                    


Luthfi memandang pantulan dirinya melalui cermin yang tergantung di belakang pintu biliknya. Tersenyum lebar dia melihat dirinya yang nampak kacak dan bergaya di pagi itu padahal perjanjiannya akan diadakan pada 10 pagi. Dah hilang skru agaknya si Luthfi ni.

Setelah dia berpuas hati dengan penampilannya, dia sempat menjenguk ke arah beranda biliknya. Ingin memastikan papanya masih lagi berada di rumah atau sudah keluar bekerja. Melihat kereta Mercedes Benz milik ayahnya sudah tidak ada di garaj rumahnya, membuatkan Luthfi tersengih gembira. Kalau dia nak keluar pun, bukannya papanya tahu.

Cepat-cepat dia mencapai Samsung milik Zara dan sempat dikerling jam di pergelangan tangannya. Pukul lapan tepat. Fuh! Bersemangat sungguh dia walhal perjumpaan mereka bermula dalam dua jam lagi. Biarlah, ada aku kesah!

Dia membuka pintu biliknya perlahan, mengintai kalau-kalau ada kelibat mamanya. Tak ada! Okey, clear.

Luthfi menutup perlahan pintu biliknya dan dia menuruni tangga dengan langkah sedikit terjengket-jengket lagaknya seperti pencuri. Ketika dia sedang melintasi dapur, langkahnya terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Perlahan dia menoleh melalui bahu.

Terpamer riak hampa di wajahnya apabila ternampak Puan Marina sedang berdiri, berpeluk tubuh di belakangnya. Puan Marina dengan muka serius, membuat isyarat menyuruh Luthfi naik ke atas bilik.

Luthfi mengeluh perlahan sebelum dia naik tangga dengan langkah longlai. Hancur! Tak apa. Plan A tak menjadi, kita guna plan B.

*****

Plan B...

Luthfi menjenguk ke arah bawah beranda biliknya. Memang rasa gayat sedikit. Mana taknya, biliknya terletak di tingkat dua. Boleh tahan tinggi juga tu. Tetapi Luthfi tidak kisah. Disebabkan ingin berjumpa dengan gadis bernama Aleeya, dia sanggup menempuhi cabaran seperti ini.

Dia menilik lagi jam tangannya. Pukul 8:56 a.m. Tak lama lagi ni. Baiklah, mari kita mulakan Plan B!

Tali nipis yang tersimpan di stor, dikeluarkan lalu dilepaskan ke bawah beranda. Memang sah Luthfi hilang skru!

Ketika Luthfi baru saja meletakkan kaki kirinya di atas beranda, dia menjenguk lagi ke bawah.

"Luthfi!" Jerit Puan Marina dari arah bawah beranda. Terdongak dia melihat anak tunggalnya yang nampak macam hendak membunuh diri itu. Kebetulan dia baru saja selesai menyiram tanaman bunganya. Nasib baik dia tergerak hati mendongak ke arah beranda bilik anaknya. Kalau tidak pasti dah 'jalan' anak tunggal dia tu.

Luthfi yang tadi tersengih, menjadi kendur apabila melihat mamanya berada di bawah beranda biliknya. Terkebil-kebil matanya memandang Puan Marina dengan bibir tersebik-sebik. Plan B..Failed!

Plan C...

Luthfi cepat-cepat mencapai kunci kereta Audi dan terus keluar dari rumah apabila melihat mamanya sedang tertidur di sofa, ruang tamu. Sorry mama, ketahuilah bahawa anakandamu ini sayang padamu.

Dia masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba dia terasa seram sejuk membuatkan dia menoleh ke luar jendela kereta.

Hampir terjerit dia melihat Puan Marina sedang berdiri di luar kereta, berpakaian baju kelawar sambil bercekak pinggang. Siap pakai krim di muka lagi. Plan C..Failed!

Plan terakhir...

Luthfi mengetuk-ngetuk jari di permukaan meja belajarnya. Matanya tidak henti-henti merenung jam digital di hadapannya. Tinggal beberapa minit lagi hendak pukul sepuluh. Semua ini mamanya punya pasal. Patuh sungguh dengan arahan suami.

"Ah! Tak kisahlah kena denda kurung sebulan ke, setahun ke. Aku nak keluar dan jumpa dengan perempuan tu juga" Luthfi mengangguk yakin.

Kali ini dengan keberanian yang dia ada, dia sekali lagi mencuba cari jalan untuk keluar dari rumah ini. Kalau mamanya cuba menghalang dia lagi, dia pula cuba memujuk mamanya. Siapa juga tidak sayangkan anak.

Luthfi berjalan menuju ke pintu bilik dan terus membuka.

"Argghhh!" Cepat-cepat pintu ditutup kembali. Belakang badannya disandarkan ke pintu.

"Mama ni.." gumamnya dengan nada suara hendak menangis. Muka pula, pucatnya usah kata. Terperanjat dia melihat mamanya sedang berdiri di depan pintu biliknya, menyarung telekung dengan tangan kanan memegang tasbih. Siap pejam mata lagi seolah-olah khusyuk dengan bacaannya.

Luthfi membaringkan badannya di atas katil lalu mencapai Samsung sebelum membuat panggilan dengan suara lemah. "Hello, Farhan..."

My Samseng JuniorWhere stories live. Discover now