"Huh!""Hoi! Tak baik mengeluh. Apa yang kau tengah keluhkan tu?" Tanya Adi ingin tahu. Dari tadi dia asyik mendengar Luthfi mengeluh, mana nak tahan.
"Susahlah. Aku belum hafal lagi semua sifir enam ni. Masa aku kat sekolah rendah dulu, aku cuma hafal sampai sifir lima je"
Adi menggeleng. "Teruk betulah kau ni. Macam manalah kau boleh dapat kelas ketiga terpandai tetapi belum hafal semua sifir. Entah-entah sifir dua belas pun belum lepas"
"Dah tu, kau hafal ke semua sifir enam?" Luthfi memandang Adi jengkel.
Adi tersenyum sambil meraup rambutnya ke belakang. "Ni Adilah. Setakat sifir enam, apalah sangat"
"Okey, kalau kau cakap macam tu. Enam kali enam berapa?"
"Tiga puluh enam"
"Enam kali lapan?"
"Empat puluh lapan"
"Enam kali dua belas?"
"Tujuh puluh dua"
"Sembilan kali sembilan"
"Lima puluh..jap. Tu bukan sifir enam" Adi cuba mengingati soalan Luthfi tadi.
"Sifir enamlah. Cuma kau terbalikkan je, jadi sembilan. Ha, jawablah! Sembilan kali sembilan berapa?"
"Err..hehehe" Adi tersengih panjang.
"Kau tak dapat jawab kan?" Luthfi senyum sinis ke arah Adi yang nampak kebuntuan hendak mencari jawapan.
"Err...Eh! Aleeya!" Tiba-tiba Adi menjerit kecil sambil memandang ke luar kelas membuatkan Luthfi turut menoleh.
Berkerut dahinya apabila melihat luar kelasnya tiada siapa-siapa. Mana Aleeya? Ke budak ni tipu aku?
Luthfi kembali menoleh ke hadapan dan Adi yang berada di depannya tadi, sudah hilang. Terpinga-pinga Luthfi dibuatnya sebelum dia dapat agak apa yang berlaku sekarang. Memang nak kena sekeh budak ni!
Beberapa minit kemudian...
"Okey-okey, aku mengalah. Kau menang" Adi mengangkat kedua tangan serupa penjahat yang menyerah diri. Kepala yang disekeh oleh Luthfi tadi, digosok perlahan. Tak sangka betul dia, Luthfi boleh mengejar dia dalam sekelip mata walhal dia sudah jauh berlari. Memang power si Luthfi ni!
"Heh! Ada hati nak lari dari aku. Sekarang jawab, kau tahu sifir sembilan ke tak?"
"Tahulah"
"Dah tu kenapa masa aku soal tadi, kau tak jawab?" Luthfi menjongket kedua keningnya.
"Aku tak hafal je" sengih Adi.
"Eleh! Tulah, tadi bukan main berlagak" Luthfi berhenti berkata apabila perasan Adi sedang memandang ke arahnya dengan serius.
"Apahal pula kau pandang aku macam tu?" Luthfi mengangkat kedua keningnya.
"Aku masih lagi curios dan tak percaya yang kau suka Aleeya"
"Aku pun tak percaya yang aku boleh jatuh cinta dengan gadis yang aku tak kenal semudah tu"
"Jawab betul-betul. Kau suka kan Aleeya ke, atau kau cinta kan dia?"
"Kau rasa kenapa Aleeya tak suka aku?"
Adi membuat muka. "Bro! aku tanya soalan, kau jawablah"
Luthfi hanya menjongket bahu dan diam, menyambung membuat kerja sekolahnya. Tetapi tidak lama apabila dia tiba-tiba meletakkan pen di atas meja dan pusing menghadap ke arah Adi.
"Kau ada cakap kat aku yang Aleeya ada sukakan seseorang kan?"
Adi berfikir seketika sebelum mengangguk.
Luthfi mengecilkan matanya. "Siapa nama lelaki tu?"
"Fikry. Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?"
Luthfi terus duduk tegak dan mengemaskan penampilannya yang sedikit selekeh tadi. "Kalau nak bandingkan aku dengan budak yang bernama Fikry tu, kau rasa siapa lagi hebat?" Luthfi terus membuat bermacam-macam gaya seolah-olah sedang membuat photoshoot.
Adi hanya memandang kosong kelakuan Luthfi. "Kalau nak tahu jawapan aku, dua-dua sama tak hebat" Jawapannya menghentikan Luthfi dari menjadi 'model tidak berbayar'.
"Kau pernah berjumpa ke dengan budak bernama Fikry ni?"
Adi mengangguk. "Dan aku rasa kau kena betulkan sikit panggilan kau tu. Dia lebih tua daripada kita berdua"
"Tua sangat ke? Tua yang macam mana? Sudah berkedut-kedut dan beruban ke? Teruk betul taste si Aleeya tu" Selamba Luthfi mengutuk.
"Tak adalah tua sangat macam yang kau cakap tu. Dia tu kira-kira empat tahun kot tua daripada kita"
Luthfi hanya mencebik. "Ada aku kisah si 'not cool man' tu tua dua tahun ke, dua puluh tahun ke, seratus tahun ke dari aku. Tapi dari cara kau cakap tu, kau macam kenal si 'not cool man' tu je"
"Memang kenal pun. Dia tu merupakan rakan sekerja aku kat restoran aku bekerja. Dari situ lah cik Aleeya kenal dia, kalau kau nak tahu lah"
"Jadi sekarang kau masih lagi lah kerja kat restoran tu?"
"Masih lagi tapi aku bercadang nak berhenti. Aku nak focus dalam pelajaran aku" Adi cuba membuat muka serius. Luthfi hanya menggeleng melihat Adi. Tak menjadilah bro!
Ketika dia hendak menyambung membuat kerjanya, Adi sempat memanggil.
"Aku baru teringat. Hujung minggu ni, si Fikry yang kau gelar 'not cool man' tu nak belanja aku dan pekerja-pekerja kat restoran aku makan dan tengok wayang"
"Dah tu, apa kena-mengenanya dengan aku?"
"Tak ada kena-mengena dengan kau tetapi ada kena-mengena dengan Aleeya" ayat tersirat Adi mudah saja Luthfi fahami.
"Kau jangan cakap yang dia nak..." Luthfi tidak sempat menyambung ayatnya apabila melihat Adi yang sudah mengangguk-angguk.
YOU ARE READING
My Samseng Junior
Подростковая литература"Bilalah kau nak berhenti ni" - Farhan "Sampai aku jumpa dengan bakal permaisuri hati aku. Cia cia cia" - Adnan Luthfi. Disebabkan asyik bergaduh, dia terpaksa berpindah sekolah buat kali kelima. Tetapi siapakah yang akan menjadi 'bakal permaisuri'...