Aleeya menjenguk ke dalam kelas, mencari-cari orang yang ingin ditemuinya. Semasa rehat tadi, dia perasan Luthfi tidak singgah ke gerainya seperti biasa. Jadi dia membuat keputusan hendak berjumpa dengan Luthfi di kelasnya, malangnya kelibat yang dicari tidak juga ditemui.
'Haih! Mana pula budak Luthfi ni? Masa aku tak cari dia, dia muncul. Dah aku tercari-cari dia, tak pula dia muncul' rungut Aleeya dalam hati.
Sedang dia mencari, dia ternampak Adi dan Asyraf sedang berbual sambil berjalan bersebelahan, hendak masuk ke dalam kelas.
"Eh kejap-kejap!" Segera Aleeya menahan mereka. Adi dan Asyraf yang terperanjat dengan kelakuan Aleeya, terhenti.
Dahi Adi sedikit berkerut, tidak percaya bahawa kakak garang yang menjual makanan di kantin menyuruh dia dan Asyraf berhenti. Walaupun dia selalu berjumpa dengan Aleeya tetapi dia tidak pernah berbual dengan gadis itu, sebab itu dia macam tak percaya. Betul ke perempuan di hadapannya ini Aleeya?
"Dia tengah bercakap dengan kita ke?" Sempat dia berbisik ke arah Asyraf namun boleh didengari Aleeya. Asyraf hanya diam manakala Aleeya tidak mempedulikan kata-kata Adi.
"Ehem..kawan korang yang seorang tu mana?" Soal Aleeya berkias-kias. Pandangannya senghaja dilarikan ke sekeliling. Perasaan malu, cuba diendahkan.
Sekali lagi dahi Adi berkerut dan dia kembali berbisik ke arah Asyraf. "Weih! Dia tengah bercakap dengan kitalah. Aku tengah bermimpi ke?"
Aleeya menggigit bibir menahan geram. Budak ni! Memanglah aku tengah bercakap dengan korang, ingat aku tengah bercakap dengan dinding ke? Ikutkan hati memang nak saja aku bagi pelempang, biar dia sedar dia tengah bermimpi ke tak.
"Maksud Cik Aleeya, Cik Aleeya tengah mencari Luthfi ke?" Tiba-tiba Asyraf bersuara dengan nada serius. Dia memang dingin sedikit dengan manusia bernama perempuan. Siapalah yang boleh cairkan si dingin ni?
Aleeya menahan malu dengan soalan Asyraf. Belum sempat dia bersuara, muncul seorang pelajar lelaki sedang berlari dari hujung koridor sehingga melintasi mereka sambil menjerit-jerit.
"Korang! Korang! Ada pergaduhan kat belakang sekolah! Ada pergaduhan kat belakang sekolah!" Semua pelajar di kawasan itu yang mendengar, saling berpandangan.
Salah seorang pelajar menarik kawannya yang menjerit macam kehilangan suara tadi, lalu menyoal. "Weih! Cuba kau cerita kat aku dengan sejelasnya. Apa yang terjadi?"
Selesai menyoal, kawan-kawan mereka yang lain pula menyusul dan turut menyoal soalan yang sama.
"Korang! Cuba tengok ni!" Seorang pelajar berkacamata sedang berdiri di hadapan jendela, memanggil kawan-kawannya. Mereka mula berebut-rebut berdiri di hadapan jendela, hendak melihat apa yang disaksikan oleh pelajar berkacamata tadi.
"Apa yang terjadi?" Soal salah seorang dari mereka.
"Zack tengah bergaduh dengan pelajar baru kat luar pagar sekolah." Pelajar lain tukang menjawab.
"Pelajar baru?!" Dua perkataan itu cukup membuatkan semua pelajar menjadi riuh rendah. Mereka mula berlari-lari anak menuju ke tempat yang disebutkan, hendak menyaksikan pergaduhan di hadapan mata mereka sendiri kecuali tiga orang manusia yang masih lagi berdiri tegak.
Mereka berpandangan, tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
"A..Aku tak salah dengar kan?" Soal Adi tergagap-gagap.
"Budak ni memang nak kena!" Ujar Aleeya yang sudah naik geram. Dia terus membuka langkah.
"Jom cepat!" Asyraf menarik Adi yang masih lagi seperti patung dan mereka bertiga mengekori pelajar-pelajar lain dari belakang.
"Kau mesti budak baru yang berlagak tu kan?" Soal Zack, sinis. Matanya menentang mata coklat cair milik Luthfi.
Luthfi senyum senget. Kedua tangannya selamba dimasukkan ke dalam poket seluar sekolahnya. Pelajar-pelajar lain yang memerhatikan mereka dari jauh, tidak dipedulikan.
"Tak sangka kau masih lagi ingatkan aku"
"Aku tak akan pernah melupakan muka musuh aku. Kalau kau nak tahu, tak ada seorang pun pelajar kat sini yang berani cari pasal kat aku. Sesiapa yang berani mencari pasal, akan menerima akibatnya. Semua hampir sempurna sampailah kau muncul dengan muka tak tahu malu kau tu. Aku pun naik malu tau dengan muka ala-ala jambu kau tu"
Dua orang sahabat Zack yang berdiri di belakang Zack, tergelak sinis. Seolah-olah mengejek Luthfi tetapi Luthfi hanya bersikap biasa.
Luthfi tersenyum. "Aku pun macam kau juga. Aku nak keamanan. Tak ada musuh atau orang yang cari gaduh dengan aku. Dah berkali-kali aku pindah sekolah, semata-mata tak nak memalukan ibu bapa aku. Kau dari mula sampai sekarang sekolah kat sini, kau rasa keluarga kau tak berasa malu ke dengan sikap kau ni?"
Terus berubah air muka Zack apabila mendengar kata-kata Luthfi. Tidak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman sinis. "Keluarga aku tak kisah. Oh lupa, baru aku teringat. Bapa kau kan polis sebab tu lah dia selalu pindahkan kau. Kenapa? Sebab malu nak mengaku ada anak gangster macam kau kan."
Luthfi hanya diam namun riak wajahnya diseriuskan sedikit. Kedua tangannya digenggam kuat, menahan amarah. Zack perasan dengan genggaman tangan Luthfi di sisi paha lelaki itu.
"Dan lagi satu..." Zack kembali bersuara. Dia menundukkan sedikit kepalanya dan memandang Luthfi dengan tajam dan sinis.
"Aku dengar kau ni handal berlawan"
"Kenapa? Kau nak merasa ke?"
Zack yang tadi menyandar dinding sambil berpeluk tubuh, berdiri tegak. Kakinya berjalan menuju ke arah Luthfi, dengan langkah sedikit perlahan.
"Aku teringin sangat menyebut perkataan 'nak' tetapi memandangkan kita berada di luar kawasan sekolah, apa kata kalau kau tunjukkan skil berlawan kau tu kat..."
Zack merendahkan sedikit suaranya separa berbisik. "..anak-anak buah aku"
Selesai saja dia berkata, muncul seorang lelaki dari belakang Zack lalu membuat lompatan tinggi, melepasi atas kepala Zack sebelum menendang tepat ke arah dada Luthfi. Luthfi yang belum bersedia, tumbang ke tanah dan terbatuk-batuk. Batuknya terhenti apabila terpandangkan berpuluh-puluh orang lelaki sedang berbaris di belakang Zack sambil memandang ke arahnya dengan tajam.
Zack di tengah-tengah tersenyum sinis dan badannya di ke hadapankan sedikit. "Are you ready now?"
Luthfi tergelak kecil dan dikemaskan pakaian sekolahnya yang sedikit kotor lalu bangkit perlahan-lahan, berhadapan dengan berpuluh-puluh orang. Antara kelima-lima sekolah yang dia pindah, sekolah ini lah merupakan sekolah pertama dia akan menghadapi musuh yang terlalu ramai bilangannya.
Luthfi melepaskan keluhan perlahan dan berdiri dengan santai menghadap musuh-musuhnya. "I'm always ready..."
"From the beginning"
YOU ARE READING
My Samseng Junior
Novela Juvenil"Bilalah kau nak berhenti ni" - Farhan "Sampai aku jumpa dengan bakal permaisuri hati aku. Cia cia cia" - Adnan Luthfi. Disebabkan asyik bergaduh, dia terpaksa berpindah sekolah buat kali kelima. Tetapi siapakah yang akan menjadi 'bakal permaisuri'...