7 TAHUN LEPAS
KRING!
Akhirnya, tamat sudah peperiksaan besar! Kelihatan seorang pelajar lelaki menuju ke arah beg sekolahnya yang digantung di tombol pintu.
'Alamak dia nak datang pulak!' Si gadis cepat-cepat memasukkan sesuatu ke dalam beg pelajar lelaki tadi. Kalau lambat, melepas.
Siap! Tak menunggu lama, terus dia berlari ke arah rakan-rakannya yang lain.
"Weh, Fareez! Cepatlah! Kata nak balik!" jerit salah seorang murid di situ. Lelaki yang dipanggil Fareez itu tergesa-gesa berlari mengambil beg sekolahnya.
Sedari tadi, ada sepasang mata hazel yang memandangnya dengan pandangan hampa. Gadis itu tersenyum tawar.
'Tak apalah. Nanti kat rumah mesti dia tengok juga, kan.' bisiknya sendiri cuba menyedapkan hati. Tidak sanggup rasanya menahan rindu. Tetapi, apakan daya.
SEKARANG
Seorang gadis tergesa-gesa melangkah keluar dari kereta. Sebaik saja tiba depan pagar yang tidak berkunci, matanya menangkap figura seseorang di depan pintu.
"Ya Allah, Fatin!" Gadis itu berlari menerpa ke arah Fatin. Tubuh yang hampir saja menyembah bumi lantas didakap erat.
"Saya dah kata, awak perlukan rawatan tu! Kenapa degil? Tengok apa dah jadi. Saya tak kira. Kita kena pergi hospital!" Tanpa membuang masa, gadis itu terus memapah rakannya masuk ke dalam kereta.
Berkerut-kerut dahi Fatin menahan kesakitan.
"Tolong saya, Zia..."
"Tak! Awak diam. Kita dah nak sampai." Gadis yang dipanggil Zia tersebut cuba untuk fokus dengan pemanduannya.
Tiba saja di hospital, Fatin terus saja dimasukkan ke wad. Zia tidak mampu untuk bertenang ketika menunggu di luar wad. Ke hulur, ke hilir, tak mampu berdiam diri.
Gelisah.
Risau.
"Keluarga Nurul Fatin binti Ismail?" Doktor yang baru sahaja keluar dari dalam wad bertanya. Lagak mukanya tenang tetapi hal itu tidak berjaya menenangkan perasaan Zia tika ini.
"Saya kawan dia. Er... ibu dan ayah dia sudah meninggal dunia." Zia membalas kemudian tangan dibawa menggosok belakang lehernya.
"Maaf. Awak boleh masuk untuk menjenguk Fatin. Saya ingatkan di sini, tolong kawal emosi sebaik mungkin memandangkan hal itu boleh menyebabkan gangguan untuknya."
***
Kubur yang masih merah itu dipandang sayu. Terasa hendak meraung, tetapi mampukah raungannya merubah kenyataan yang ternyata perit? Sungguh dia tidak menyangka teman baiknya ketika di kolej sudah pergi untuk selamanya. Masa terasa pantas berlalu.
Zia tahu, dia tidak sepatutnya mengharap lebih. Setiap yang bernyawa pasti akan mati kerana mati itu pasti.
Longlai kakinya dilangkah menuju ke arah kereta. Tiba-tiba, dia teringatkan sepucuk surat yang diberi oleh arwah sebelum menghadap Ilahi.
Zia memandu laju menuju ke rumah. Sepucuk surat di atas meja solek dicapai. Terketar-ketar tangan itu sewaktu membuka lipatan kertas.
Assalamualaikum, sahabatku, Zia
Ainnur,Semasa awak membaca surat ini, ketahuilah, saya mahu awak redha dengan pemergian saya. Jujur saya katakan, awak merupakan sahabat sejati saya. Sejak ibu dan ayah saya meninggal, awak yang selalu di sisi saya. Di saat semua orang tidak lagi peduli, awaklah yang sentiasa ada. Saya minta tolong supaya permudahkan perjalanan saya di sana. Jangan ratapi saya. Hanya doa yang mampu menghubungkan kita.
YOU ARE READING
Forgotten Love ✔
Romance[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'Rindu Saya Tak?' AMARAN: Ayat tunggang terbalik, little bit cheesy but still selamat dibaca, banyak error sebab first book. Tak suka, back. Thank you? ------------------------------ 'Dia' yang disangka pergi dari...