Part 40 (Ending)

18.7K 555 78
                                    

Zia's pov

"Hello? Ha? Serius? Tunggu abang, sayang!"

Tergelak aku mendengar suara teruja Fareez. Selepas tamatkan perbualan, aku melangkah ke salah satu restoran dan membuat pesanan.

Sementara menunggu Fareez menjemput KLIA, aku termenung sejenak. Rasanya baru seminggu aku tinggalkan anak beranak tu dekat rumah. Entah apalah jadi.

Memandangkan terlalu banyak benda yang perlu diberi tumpuan masa kursus berlangsung, aku jarang sangatlah tengok phone. Boleh bilang pakai jari berapa kali kami berbual di telefon. Tak sampai lima pun. Terasa rindu nak gomol-gomol si Syira.

Dengan papanya?

RINDU GILA!

Phone berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

Sweetbun, abang ada dekat depan restoran yang Zia cakap. Mana Zia? I miss u :(

Senyuman makin melebar. I miss you too, encik suami!

Aku meletakkan duit di bawah gelas sebelum berlari laju ke luar restoran. Ada satu susuk tubuh yang sedang berdiri membelakangi aku. Tak membuang masa, aku memanggil perlahan.

"Abang..."

Fareez pusingkan badan.

"My angel!"

Serentak itu, badan aku ditarik ke dalam pelukan. Aku tergelak kecil kemudian membalas. Pelukan terasa sangat erat. Kesempatan ini diambil untuk lepaskan rindu yang bersarang.

"Rindu saya tak?" soal aku.

"I miss you, sayang."

"Me too," balasku.

Seminit.

Dua minit.

Pelukan dileraikan. Buat apa nak malu? Ni KLIA, okay. Macam-macam ragam orang ada kat sini. Normallah lama tak jumpa lepas tu nak bersinetron 100 episod pun.

"Jangan tinggal abang lagi. Sunyi rasa," kata Fareez sambil menarik bagasi aku.

"Ala, Zia pergi seminggu ajelah. Bukan lama pun. Dramalah, abang ni." Lengannya dipeluk erat dan jari disulamkan.

"Seminggu aje awak kata? Abang rasa macam 'tujuh' hari tau! Sengsaranya hidup." Kedengaran perkataan tujuh sengaja ditekankan.

Lima saat berlalu.

Krik krik.

Hambar tau?

"Auw, sakit! Stop it, Zia! Auw-auw!" protes Fareez.

Cubitan di perutnya dilepaskan. Dah tujuh hari tu bukan seminggu, ke?

"Ingatkan dah lama tak jumpa dapatlah kiss. Rupanya... haih..." Fareez mengeluh. Bagasi diletakkan di dalam bonet. Aku masuk ke dalam kereta.

"Nampaknya ada orang obses saya punya kiss," ejek aku sengaja.

"Memang pun!" Terus Fareez menolak tubuh aku dan... ah, tak perlu cerita!

Bibir dikesat dengan ibu jari. Fareez yang mula memandu sambil tersengih dijeling.

"Strawberry," komen Fareez sepatah.

Pak!

"Pedih, sayang..." adu Fareez.

Aku memeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap. Suasana sepi. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

"Syira mana?"

"Ingatkan dah tak ada suara," balas Fareez selamba. Aku pusingkan bebola mata.

"Syira tunggu awak dekat rumah. Ada surprise katanya. Untunglah." Fareez mencebikkan bibir.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now