Part 27

13K 554 28
                                    

Zia's pov

Aku mencubit kuat pipi Fareez beberapa kali sambil tersengih nakal.

"Wey, jangan! Aku nak tidur ni." Fareez pusingkan badan membelakangi aku.

"Dah pukul 6.50 ni. Bangunlah, awak hehe." Sekali lagi pipi Fareez jadi sasaran bertubi-tubi tapi kali ni sekali dengan badan aku naik atas dia. Kira selamatlah nyawa dia sebab aku tak gemuk.

"Urgh, please, Zia."

Tak aku jangka, dahi aku ditolak menggunakan jari telunjuknya. Tipulah kalau aku kata tak sentap. Jari telujuk tu, wei! Kurang ajar betul.

"Suka hatilah." Tak menunggu lama, aku terus melanglah keluar dari bilik. Dapur dituju dengan hati yang panas.

"Amboi, awalnya bangun, anak mama ni." tegur mama sebaik saja aku masuk ke dapur. Pipi dicubit sekali sebelum mama kembali sibuk dengan nasi yang digorengnya.

"Well. Anak mama kan." Aku tersenyum riak. Mama dan ibu ketawa besar. Terubat juga luka di hati ni apabila melihat tawa mereka, acehhh!

Sepanjang di dapur, kami bergurau senda tanpa henti. Ketawa tak putus-putus. Borak punya borak, jarum jam dah menunjukkan pukul 8.00 pagi.

"Dah boleh dah ni nak sarapan. Zia, pergi panggil Fareez dengan Ryan makan."

Aku kerut kening dengar arahan ibu.

"Habis tu ayah dengan papa?" soalku Aneh.

Ibu tersenyum sebelum menjawab, "Dah keluar. Ada mesyuarat kelab golf katanya."

Aku mengangguk sebelum berjalan ke bilik Fareez. Tak sempat mengetuk, pintu dikuak dari dalam.

"Ibu panggil makan," beritahuku ringkas.

Fareez mahu membalas tapi aku cepat-cepat melanglah ke bilik Ryan pula. Merajuk sekali sekala tak apa. Tapi dia nampak berserilah pagi ni, haih.

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

Sengaja aku ketuk kuat-kuat tanpa henti.

"Sabarlah, woi!" laung satu suara dari dalam.

Aku menahan tawa mendengar suara Ryan yang menjerit dari dalam. Sekali lagi tangan aku galak mengetuk pintu bilik dia. Kuat macam nak roboh.

"Ish, macam pencuri aje ketuk bilik orang!" Ryan terus membuka pintu bilik tapi...

"Ahhhhh!!" Bergema satu rumah dengan jeritan aku.

"Wuarghhh!!" Ryan turut sama ikut terjerit. Tak sangka mungkin aku yang mengetuk. Aku lagilah tak sangka sebab dia tengah pakai tuala aje. Rambut yang basah menandakan dia baru selesai mandi.

Laju aku mengundurkan langkah kemudian terjatuh sambil tangan menutup mata. Terkejut sangat masalahnya! Ah, mata aku ternoda! Eiii!

"Masha Allah. Kamu berdua ni kenapa?" Kedengaran suara mama menyoal dengan kelam kabut. Ibu dan Fareez turut ada. Aku menggeleng laju. Tangan yang masih menutup mata diturunkan sedikit, mengintai.

"Ah, Zia, Ryan-" Ryan menapak ke arah aku kemudian mencangkung. Tangannya bergerak mahu memegang bahu kanan aku.

"Dont touch her!" Terdengar suara kuat Fareez kemudian tangan Ryan ditepis kuat oleh dia. Terasa tubuh aku ditarik agar berdiri dan dipusingkan menghadap badan dada. Rapat, sampai aku boleh bau haruman minyak wanginya.

"Aisy Ryan! Pergi pakai baju!" Suara ibu memetir. Ryan sepantas kilat masuk ke bilik.

Aku masih kaku. Habislah kalau Fareez marah. Angin cemburunya bukan boleh dikawal. Pasti aku bakal ditengking nanti. Argh!

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now